Sunday 31 March 2013

Inspektor kesihatan


Inspektor kesihatan

Inspektor kesihatan singkatan IK (juga dikenali sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran dinegara seperti AustraliaEnglandIreland dan Malaysia.) IK adalah pekerja awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat hazard kepadakesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan hazard. Kebiasaannya persepsi umum terhadap tugas inspektor kesihatan hanya terhad kepada tugas untuk menilai dan memeriksa restoran dan memastikan restoran tersebut mematuhi standard sanitasi dan keselamatan makanan serta perkara-perkara yang melibatkan pemprosesan makanan, seperti yang telah termaktub dalam peraturan-peraturan dan akta-akta mengikut daerah, perbandaran, wilayah, negeri dan negara masing-masing. Walaubagaimanapun, kebanyakan inspektor kesihatan mempunyai bidang tugasan yang lebih besar dan menyeluruh termasuklah tanggungjawab untuk memeriksa sanitasi dan nilai parameter biologi, fizikal dan kimia kolam renang, keadaan sub-standard perumahan, Sekolah kebangsaan (disubsidi penuh oleh kerajaan)penjagaan harian,jururawat Desa, dan pegawai pengesah khidmat persendirian seperti memeriksa pusat pembuatan tatu. Bergantung kepada bidang perundangan yang digazetkan, Pakar Kesihatan Persekitaran Berdaftar juga mempunyai permit untuk memeriksa sebarang jenis perigi, sistem pengagihan bekalan air bersih swasta, atau sistem pengurusan sisa kumbahan individu (tangki septik). Tugasan lain termasuklah; memeriksa kem tanah, memeriksa salun pendandan, memeriksa salun kecantikan, memeriksa pembetulan fasiliti dan memeriksa taman perumahan bergerak.
Mereka juga bertanggungjawab untuk mengambil tindakan berkenaan serangan dan gigitan haiwan seperti monyet dan anjing, aduan sampah sarap bertaburan, aduan bunyi bising, aduan bau busuk, aduan pencemaran cahaya dan radiasi, aduan pecahan lohong pembetungan dan lain-lain. Memandangkan inspektor kesihatan merupakan pegawai atau penolong pegawai yang mempunyai taraf pendidikan akademik yang agak tinggi, ini membolehkan mereka menyampaikan sebanyak mungkin maklumat akademik yang begitu bermanfaat dan berfaedah. Sebagai contoh dalam menjalankan pemeriksaan atau operasi pemberian notis kompaun atau rampasan barangan, mereka juga harus menyampaikan serba banyak maklumat tentang kesalahan tersebut, cara menghapuskan, cara memperbaiki kesilapan, maklumat kandungan bahan berbahaya, kesan jangka pendek atau panjang kepada orang yang melakukan kesalahan tersebut. Mereka juga turut bertanggungjawab untuk menyampaikan khidmat pesanan kesihatan di booth-booth kesihatan, sidang dewan ceramah, sekolah-sekolah.
Antara isi yang boleh disematkan dalam ceramah mereka adalah tentang bahaya plumbumradonraksaDDTarsenik dan lain-lain bahan logam berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran alam semulajadi. Mereka juga harus menceritakan tentang kisah-kisah berkaitan penyakit berbahaya yang pernah berlaku secara epidemik dan pendemik di dunia seperti West Nile VirusDemam Denggi Selesema burungH1N1 dan lain-lain.
Bidang inspektor kesihatan juga sebenarnya terdedah kepada isu yang melibatkan barangan berbahaya (Hazmat). Isu seperti pencemaran radiasi yang pernah berlaku di ChernobylJepun dan lain-lain lagi turut menjadi kajian oleh golongan diprofesion ini.

[sunting]Keadaan pekerjaan

Bidang inspektor kesihatan juga berkaitan dengan bidang kepakaran hal ehwal keselamatan pekerjaan. Golongan pekerja ini disebut sebagai Pakar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, mereka bekerja dalam pelbagai bentuk persekitaran. Pekerjaan mereka turut merangkumi kerja di lapangan, ada diantara mereka yang sering merantau dalam pekerjaannya. Kebanyakan pakar kesihatan dan keselamatan pekerjaan bekerja lebih waktu dan diluar waktu pejabat.
Pakar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan amat terdedah kepada hazard dan bahaya persekitaran , keadaan bekerja mereka amat sukar diterima oleh segelintir golongan yang hanya bekerja didalam pejabat atau premis terbina. Mereka bekerja dengan persekitran yang amat sejuk dan amat panas, stress dan berbahaya.

[sunting]Pen.Pegawai Kesihatan Persekitaran Sekaran di Malaysia

Malaysia

Sebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2002, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.
Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.


Pengenalan

Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
Graduan yang lahir kelak diharap mempunyai pengetahuan saintifik, teknikal, kemahiran insaniah bagi membolehkan mereka memahami, menganalisis dan melaksanakan prinsip-prinsip kesihatan persekitaran yang berkaitan.

Deskripsi Tugas
Memberi perkhidmatan kepada unit-unit yang berada di bawah Kementerian Kesihatan atau agensi-agensi Kerajaan seperti berikut:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Pertahanan Malaysia
Tugas-tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran :
  • Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil dibawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan kesihatan umum
  • Mengawasi kebersihan alam sekitar
  • Keselamatan dan kualiti makanan
  • Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit
  • Keselamatan dan kesihatan sosial termasuk kesihatan luar bandar
  • Penyakit berkaitan cara hidup
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan, Swasta dan Badan-badan Sukarela
Kurikulum Latihan Diploma Kesihatan Persekitaran

Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut :
  • Anatomi
  • Sains Tingkah Laku
  • Toksikologi Persekitaran
  • Kebersihan Makanan
  • Kesihatan Antarabangsa
  • Krisis Kesihatan
  • Perundangan Kesihatan
  • Sains Am
  • Sanitasi Persekitaran

Kelayakan Untuk Memohon



No comments:

Post a Comment