Thursday 12 March 2015

Bahaya Minyak Masak 'Recycle' dan Beracun


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit
Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL dimana mungkin minyak tersebut telah di gunakan untuk goreng daging Babi "Khinzir" dan di simpan sehingga banyak kemudian nya  dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah. Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidiki dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.

Persoalan utama, benarkah minyak masak hanya mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan? Pakar nutrisi dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Chew Leh Ting berkata, seperti bahan lain minyak masak juga mempunyai kebaikan dan boleh mengudang keburuka andai diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Kebaikan minyak masak menurut beliau mengandungi lemak yang menjadi sumber utama tenaga yang boleh diperolehi. Selain itu katanya, ia juga mengandungi kompnen yang membantu penyerapan vitamin sepertio AHA, DHA dan vitamin penting lain untuk fungsi otak dan sel membran.
Namun seperti juga bahan lain, jika diambil dalam kuantiti berlebihan ia menyumbang kepada masalah penyakit berkaitan obesity dan jantung.


Jenis minyak

Minyak masak terhasil dari tumbuhan, namun terdapat juga minyak masak daripada haiwan yang wujud dalam bentuk pepejalpada suhu bilik seperti majerin, mentega dan minyak sapi. “Secara asasnya, semua minyak masak berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Namun ia mempunyai komposisi kandungan yang berbeza berdasarkan strukturnya,” kata beliau. Menjelaskan lebih lanjut kata Tih Leng, minyak kelapa, kelapa sawit dan isirung kelapa sawittergolong dalam kumpulan minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi tetapi rendah kandungan asid lemak monotak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA).
Walaupun lemak tepu dikelaskan sebagai lemak jahat, tetapi tidak semua mempunyai kesan negatif terhadap kolestrol dalam badan. Ada kajian yang menunjukkan asid palmitic dalam minyak kelapa sawit neutral terhadap paras kolestrol kerana ia membahagi secara sama rata kepada tiga bahagian utam amolekul triglyceride.
Dalam satu kajian oleh saintis dari Amerika Syarikat pada tahun 2007 mendapati, pengambilan lemak tepu dan PUFA diperlukan untuk nisbah kolestrol LDL (kolestrol jahat / HDL (kolestrol baik) yang ideal dalam darah. Ini berikutan kedua-duanya menyumbangkan keseimbangan dalam proses metabolisme lipoprotein. Disebabkan kandungan asid lemak tepu yang tinggi, minyak kelapa sawit dan kelapa sering digunakan untuk makanan jenis goring rendam (deep fried) kerana strukturnya yang lebih stabil. Kumpulan minyak sayuan lain seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung pula mengandungi kandungan MUFA dan PUFA yang tinggi manakala lemak tepu pula rendah.
Ini menjadikan minyak jenis itu sesuai untk makanan tumis ringkas atau dimakan mentah. Mungkin ada yag bertanya, jika minyak masak mempunyai MUFA dan PUFA baik, mengapa tidak digunakan untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak?
Jawapan Lih Teng selain harga yang tinggi, ia tidak sesuai kerana setiap jenis minyak, katanya, mempunyai tahap tertentu (smoke point) dimana jika dipanaskan pada suhu yang melebihi had ditetapkan menyebabkan ia mengeluarkan bahantoksik yang dipanggil 4-hydroxy-trans-2nonel (HNE). Bahan itu kata beliauakan menimgkatkan paras kolestrol dalam badan. “Sebenarnya tidak sukar untuk mengenalpasti kandungan minyak masak kerana ia fakta nutrisinya sudah terkandung pada label produk,” katanya.
Kata beliau jenama bukanlah factor utama yang menentukan baik atau tidaksesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan dalam menghasilkan hidangan yang menyihatkan.Makanan yang di masak cari ini kata Lih Teng, sangat tidak menyihatkan kerana ia menyerap banyak minyak ketika digoreng,
“Contohnya ayam goring bersalut tepung. Selain tepung sendiri yang mudah menyerap minyak, daging ayam turut bertindak sedemikian menjadikan bilangannya berganda,” kata beliau. Satu cara mengurangkan penggunaan minyak adalah dengan menggunakan kuali tidak melekat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak dalam kuantiti yang banyak.


Minyak paket kitar semula?

Ada mendakwa minyak paket adalah minyak kitar semula dan pengambilannya dalam jangka masa panjang mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Mengulas dakwaan tersebut, pakar lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, mungkin ada kebenarannya tetapi ia belum dibuktikan secara tepat keran belum ada penyelidikan khusus tentangnya.
“Nasihat saya mudah, dapatkan miyak masak yang sahih sumber dan fakta nutrisi,” katanya. Menurut beliau minyak yang diulang pakai sememangnya mengundang penyakit berkaitan kanser kerana setiap kali digunakan, bahan itu akan mengeluarkan toksik yang berbahaya kepada badan. Apabila minyak yang digunakan itu dipanaskan semula, ia akan mengeluarkan toksik lagi dan keadaan itu menjadikan jumlahnya berganda. Cuba bayangkan minyak yang diulang pakai sehingga lebih lima kali? Tentulah ia tidak baik dan dalam masa yang sama vitamindi dalam minyak tersebut telahpun hilang.
Minyak yang dipakai berulang kali sehingga bewarna kehitaman, kata beliau, mengandungi karbon yang merupakan salah satu daripada bahan toksik berbahaya kepapda tubuh badan. Jesteru katanya, minyak kitar semula samada yang dibeli secara pukal atau yang di simpan di rumah bukanlahkaedah terbaik jika anda ini seorang yang menitikberatkan soal kesihata. Tetapi tambah beliau lagi, seandainya tidak mampu atau atas alasan tidak suka membazir, cukuplah sekadar dua kali dan kemudian ia di buang.


Minyak asas haiwan 

Dalam masakan kita seharian, minyak berasaskan haiwan banyak digunakan tanpa kita sedar jangka panjangnya pada kesihatan.
Contohnya mentega, marjerin dan minyak sapi kesemuanya dikategorikan sebagai minyak yang wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik namun apabila dipanaskan ia menjadi cecair.
Menurut Lih Teng, sebarang jenis minyak berasaskan haiwan mempunyai kolestrol dan lemak tepu yang tinggi. Selain itu, kandungan MUFA dan PUFA pula rendah. Ini berbeza dengan minyak ikan ( yang diambil dalam bentuk suplemen) yang mengandungi MUFA dan PUFA yang tinggi dan rendah kolestrol. Beliau menjelaskan, majerin mengandungi translemak yang tidak baik untuk badan kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Makanan yang mengandungi translemak termasuk makanan ringan, keropok, kerepek dan biskut.
Sebaliknya mentega pula tidak mempunyai translemak tetapi mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi. Pilihan yang sihat kata beliau adalah marjerin lembut kerana ia mengandungi kandungan translemak yang rendah.

ne 04.1 Minyak Masak Kitar Semula?
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.
Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.
Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan ‘Ops Goreng’ bermula Januari lalu.
“Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan.
“Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000,”-KOSMO


Cara hidup kita zaman ini sepatutnya sudah mula diubah dan kita tidak sepatutnya memakan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak (deep fried). 
Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita? 

Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita. 

Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan. 

Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat. 


 Minyak Kitar Semula Boleh Bertukar Kepada Racun!

ORANG ramai tidak harus memandang mudah nasihat pakar kesihatan mengenai bahaya penggunaan minyak masak terpakai.
KUALA LUMPUR , 13 Disember - Dua pakar pemakanan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali kerana dikhuatiri ia telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.

Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.

"Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,"' katanya kepada Kosmo! semalam.

Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan.

Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru. 


Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3. 

Pisang Yang Digoreng

Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.    

FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak.    - Artikel oleh The Secret Medicines


Pernahkah kita terfikir minyak masak yang kita gunakan setiap hari sebenarnya tidak halal? Kita mungkin bernasib baik sekiranya kita memilih minyak masak dari jenama yang disahkan tulen dan suci. Tetapi bagaimana pula dengan minyak masak kitar semula? Dari mana sumbernya dan bagaimana ia diproses semula sebelum dijual dengan harga jauh lebih murah kepada para pengguna.

Orang ramai biasanya tidak ambil kisah soal ini kerana lebih mementingkan soal harganya yang murah. Tentu ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa minyak masak yang digunakan saban hari itu sebenarnya tidak asli dan di kitar semula. Apatah lagi jika minyak masak tersebut dijual dengan harga yang agak murah dan boleh didapati di pasar malam mahupun kedai runcit. Minyak masak kitar semula ini dikatakan diproses dengan mencampurkan minyak terpakai yang telah dibersihkan bersama minyak baru.

Minyak masak terpakai diperolehi menerusi hotel, restoran mahupun pengusaha makanan lain. Bekalan minyak masak terpakai ini kemudian dibawa ke kilang untuk menjalani proses pembersihan dan penulenan. Agar nampak lebih asli, minyak ini akan dicampurkan bersama minyak masak tulen. Bagi mengaburi mata pengguna, minyak terpakai ini kemudian dibungkus menggunakan pelbagai jenama termasuk jenama terkenal dan terus diedarkan di pasaran.

Boleh cetus kanser & penyakit hati

Tidak seperti minyak masak asli yang diakui kaya dengan khasiat tertentu, minyak kitar semula ini dikhuatiri boleh memberi bahana buruk terhadap kesihatan. Seperti yang kita ketahui, minyak masak yang digunakan berulang kali akan mengalami tindak balas oksidasi dan boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Minyak yang teroksidasi akan cepat berbau tengik. Minyak ini juga akan menjadi tempat pembiakan kulat aflatoksi yang boleh menghasilkan racun penyebab pelbagai penyakit terutamanya penyakit hati. Minyak tersebut juga boleh menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan akrolein yang mengakibatkan rasa gatal pada tekak.

Minyak masak yang digunakan berulang kali dan dipanaskan pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan asid lemak tidak tepu akan rosak dan hanya meninggalkan asid lemak tepu. Risikonya akan meningkatkan kolesterol dalam darah. Selain itu, vitamin yang terkandung di dalamnya seperti vitamin A,D, E dan K juga akan rosak. Akibatnya, nutrisinya akan hilang dan memberi kesan negatif pada kesihatan.

Sumber diragui

Minyak terpakai yang diperoleh di hotel mahupun restoran ini dikhuatiri digunakan untuk menggoreng makanan tidak halal dan ini pasti memberi kesan terhadap pengguna Islam. Tiada kaedah tertentu yang boleh menguraikan minyak ini menjadi status halal. 

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang. Ia boleh menghasilkan pelbagai penyakit seperti kanser usus, keradangan perut, bebanan pada hati serta limpa dan banyak lagi. Di negara-negara maju, mereka akan membuangnya selepas dua atau tiga kali penggunaan.

Pengguna dinasihati agar tidak membeli minyak yang diragui akan ketulenannya. Selain itu, elakkan daripada menggunakan minyak masak berulang kali. Pilihlah makanan yang sihat untuk jaminan kesihatan.

Isu Minyak Masak Terpakai Di Pasaran

Thursday, 31 October 2013 11:54
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
ISU MINYAK MASAK TERPAKAI DI PASARAN

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan berhubung minyak masak terpakai di pasaran yang disiarkan oleh akhbar The Star bertarikh 29 Oktober 2013, Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 31 Oktober 2013. Laporan tersebut menyatakan bahawa terdapat minyak masak terpakai yang diproses semula untuk tujuan penjualan.
Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983. Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak terpakai yang diproses semula yang boleh memudaratkan kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan telah menjalankan siasatan dan hasil daripada siasatan yang telah dijalankan mendapati sebanyak 149 premis repacker telah diperiksa dan tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak terpakai. Selain itu, pemeriksaan ke atas 305 premis makanan juga telah mendapati semua premis tersebut menggunakan minyak masak yang mempunyai label.
Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula termasuk alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau terus menelefon 03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
31 Oktober 2013





Bagaimana untuk Menjernihkan Minyak Terpakai..?

Mudah proses produk terpakai untuk masak daripada jadi bahan biodiesel Kuala Lumpur: Proses menjernihkan minyak masak terpakai yang terlalu mudah dan murah mendorong pengusaha menukarkannya kepada minyak masak kitar semula berbanding biodiesel. Dengan hanya menggunakan asam keping atau asam jawa, minyak masak terpakai yang hitam pekat bertukar lebih jernih dengan tekstur lebih ringan dalam beberapa minit saja. Pengeluar biodiesel berasaskan minyak masak terpakai, Jaafar Abdullah , berkata minyak masak terpakai terlebih dulu dimasak dengan asam keping selama beberapa saat pada suhu 60 hingga 70 darjah Celsius sehingga berbuih dan dibiarkan sejuk serta sisa di dalamnya mendap


Katanya, bahagian permukaan minyak kemudian ditapis dengan sejenis karbon yang diaktifkan bagi mendapatkan minyak lebih jernih atau sekurang-kurangnya 60 peratus jernih. “Minyak sudah jernih itu kemudian dicampur dengan minyak masak baru sebanyak 20 peratus, bergantung kepada jumlah minyak yang ditapis tadi,” katanya.

Adakah mungkin Minyak Risicle tercemar dengan Minyak "Babi" Khinzir

Sukar kesan lemak babi Beliau juga mendakwa agak sukar untuk mengesan lemak babi atau nama saintifiknya, Trans C161 dalam minyak masak kitar semula berbanding lemak haiwan lain selepas ia bercampur dengan minyak baru.

“Proses menjernihkan minyak masak juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahan lain seperti kulit telur atau cengkerang. Bagi industri lebih besar, ia dijernihkan menggunakan sejenis serbuk dikenali sebagai ‘bleaching earth’ yang diperoleh dari China atau Thailand,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiada bukti menunjukkan minyak masak dalam paket adalah minyak masak kitar semula seperti didakwa, berdasarkan pemeriksaan ke atas 149 premis yang membungkus semula minyak masak.


Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula termasuk alamat premis terbabit, supaya menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Maklumat juga boleh disalurkan terus dengan menelefon 03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my,” katanya. Beliau mengulas laporan akhbar berhubung minyak masak terpakai di pasaran yang memetik Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bahawa hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang sudah digunakan



Masalah keselamatan makanan di negara China amat tidak memuaskan dan kali ini satu video telah menunjukkan peniaga makanan di China menggunakan minyak dari sampah dan longkang.
Boleh anda bayangkan betapa jijiknya makanan di sana?

Peniaga di China seboleh-bolehnya mencari sumber minyak dari longgokan sampah, pembentung, menggunakan kembali sampah pepejal atau cecair yang mengandungi minyak atau bahagian haiwan yang boleh dijadikan minyak.


Kemudian mereka memproses bahan kotor itu ke dalam minyak masak, yang mereka jual pada kadar di bawah harga pasaran kepada vendor makanan yang menggunakannya untuk memasak makanan yang boleh membuat anda sakit.

Video ini, yang dihasilkan oleh Radio Free Asia, menunjukkan secara terperinci bagaimana beberapa vendor minyak longkang menghasilkan minyak ‘istimewa’ mereka.


Ia bermula dengan beberapa cedokan kumbahan dari tanah, dan ia berakhir dengan peniaga makanan menggunakannya di dalam masakan.

Adakah situasi ini tidak akan berlaku di negara kita..?

Pertembungan dalam Isu Kesihatan dan jabatan Pembetungan..?

KITAR SEMULA MINYAK MASAK MENGGORENG


Pembuangan minyak masak terpakai tanpa pengurusan yang betul akan mengakibatkan pencemaran terutamanya pencemaran air.
Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembe­ntungan (JPP), Husnani Shamsuddin berkata, dalam usaha menangani masalah itu, JPP mengambil pendekatan membeli minyak masak terpakai daripada orang ramai untuk dikitar semula menjadi produk selain dari minyak masak seperti biodiesel iaitu satu sumber alternatif kepada petroleum, sabun dan lilin.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuang minyak ­masak terpakai mereka tetapi kumpulkan ia ke tempat yang dikhaskan oleh jabatan,” katanya ketika ditemui semasa Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Komuniti Kampung Chuah anjuran JPP dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chuah, Jawatankuasa Ke­majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chuah, baru-baru ini.
Husnani berkata, rata-­ratanya tidak mengetahui ­bahawa penggunaan minyak masak untuk menggoreng secara berulang kali boleh ­memudaratkan kesihatan selain akan berlakunya pencemaran jika minyak masak ­terpakai tidak diurus dengan baik untuk dilupuskannya.
“Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Komuniti Kampung Chuah adalah yang pertama di Negeri Sembilan dan pusat pengumpulannya di balai raya, masjid dan Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah. Chuah berhampiran pantai dan apabila minyak terpakai tidak diurus pembuangannya dengan baik, lama kelamaan ia akan menyumbang kepada pencemaran laut sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan. Lantaran itu, semua ­disarankan untuk sama-sama menjayakan program ini di mana dalam mesyuarat bersama wakil penduduk juga telah meletakkan persetujuan ­untuk hasil dari jualan minyak masak terpakai itu nanti akan disalurkan kepada pembangunan pendidikan murid di SK Chuah,” katanya.
Katanya, walau bagaimanapun penduduk diminta ­berwaspada jika ada individu yang ingin membeli minyak masak terpakai dengan menawarkan harga lebih tinggi ­kerana dikhuatiri minyak tersebut dikitarkan semula untuk dijadikan minyak masak dan dijual ke pasaran.
JPP ataupun egen sah yang dilantik akan membeli minyak masak terpakai dengan harga RM1 untuk satu ­liter minyak. Mana-mana kawasan yang berminat untuk sama-sama menjayakan program ini boleh terus menghubungi JPP atau melayari laman webwww.jpp.gov.my,” katanya kepada Sinar Harian.
Hadir sama pada program berkenaan, Pengarah Bahagian Khidmat Pengu­rusan, Jabatan Perkhidmatan Pemben­tungan, Saripah Abdul Mutalib; Penolong ­Peg­awai Daerah, Nurhazlin Makli dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam Ampang (Helwani), Muh­aidatul Ismah Ismail.

Senarai Agen Kitar Semula

SENARAI AGEN - AGEN YANG DILANTIK OLEH MPSP
BIL.NAMA AGEN YANG DILANTIK OLEH MPSPALAMATNOMBOR TELEFON & FAKS
1.OK SCRAP TRADINGNO. 72 LIM LIANG TENG ROAD, 11600 PULAU PINANG012-1330632
2.FICSA ENTERPRISE
EN. ZAKARIA B. ABDULLAH
NO. 6A TINGKAT 1, MEDAN SELERA BAKAR ARANG, 08000 SUNGAI PETANI012‐4529414 / 04-4250820
FAKS : 04-4250721
3.E SHENG HUAT SDN BHD HK THENO. 4988 LOT 52 MK 13, 14000 BUKIT MERTAJAM012-538603 / 04-5079235/6/7
FAKS : 04-5021731

SENARAI PEMBELI BARANGAN KITAR SEMULA
BIL.NAMA AGEN & NAMA PEMILIKALAMATNOMBOR TELEFON & FAKS
1.SUNRISE MEGAVENTURE S/B
BAINUMATHY A/P SUBRAMANIAM
LOT 1024 (1 & 2) JURU, 14100 SIMPANG AMPAT04-5081550
FAKS : 04-5084361
2.SHANUZ GENERAL ENTERPRISE S/B
RAMESH
NO 70 LRG MAK MANDIN 5/3, KAWASAN PERUSAHAAN MAK MANDIN, 13400 BUTTERWORTH016-4491509
3.SGT METAL (M) SDN BHD
MARAN A/L PANISILOM
NO. 6 JLN INDUSTRI BERINGIN, TMN PERINDUSTRIAN BERINGIN, 14100 JURU04-5071525 / 012-4182807
4.DARUS MOTOR
GUNASEKARAN KUPPUSAMY
LOT 1993 JLN DATO’ HJ AHMAD BADAWI, 13200 KEPALA BATAS04-3315075 / 017-4788359
5.SHI AUTO TRADING
KUAK CHIN HEE
NO 19 JALAN BESAR, TMN PERINDUSTRIAN NIBONG TEBAL, 14000 NIBONG TEBAL04-593564 / 04-5953068
FAKS : 04-5953068
6.MASITAH ENTERPRISE
MASITAH BINTI HUSSAIN
NO. 198 JLN KEBUN SIREH, 14000 BUKIT MERTAJAM04-5079112 / 013-4587060
7.SGM RESOURCES SDN BHD
SARAVANAN S.ARUMUGIAM CHETTY
NO. 741 JALAN HARAPAN, 14000 BUKIT MERTAJAM04-5371293 / 019-4148650
8.NORTHERN STEEL ENTERPRISE
AZHAR BIN AHMAD
LOT NO 12822 (PLOT 33) TAPAK IKS BKT MINYAK FASA II, JLN IKS BKT MINYAK 1 C, 14100 SIMPANG AMPAT012-4207372
FAKS : 04-5758355
9.SVS VAASAN METALS SDN BHD
MURUGESAN A/L NADARAJAN CHETTY
LOT 230 MK 14 ALMA, JLN BUKIT MINYAK, 14000 BUKIT MINYAK04-5300069 / 019-4497641
FAKS : 04-5396072
10.OK SCRAP TRADINGNO 36 JALAN TERENGANU
10460 PULAU PINANG
012-4330632
11.YOGOJAYA METAL
SIVASANGARAN A/L SONAMUTHU
NO. 381 JLN SUNGAI PUYU, 13020 BUTTERWORTH019-418569 / 012-4881469
FAKS : 04-3330292
12.PUSHPA METAL SDN BHD
SARAVANAN A/L SAMBASIVAM
NO. 16 LRG SERULING 5, KAWASAN PERINDUSTRIAN VALDOR, 14200 SUNGAI JAWI04-5824931
FAKS : 04-5824931
13.TES-AMM (MALAYSIA) SDN BHD
JOHN ASHOK
NO. 2005 TINGKAT PERUSAHAAN PRAI INDUSTRIAL ESTATE, 13600 PRAI04-3991896
FAKS : 04-3993221
14.METALTEX RESOURCES
YEOH GUAN SIEW / REGHU DEVAN
NO 18 LRG MAK MANDIN 5/1, KAWASAN PERUSAHAAN MAK MANDIN, 13400 BUTTERWORTH04-3319589
15.CHE AMAT BIN HAMIDNO. 888 PMTG TINGGI ‘B’, 13200 KEPALA BATAS017-7766645
16.BAGAN METAL ENTERPRISE
TAMBY CHANDRAN A/L K.PALANI
PT METAL ENTERPRISE, 13400 BUTTERWORTH04-3337546
17.THIYAGARAJAN A/L KULANTHAI VELANNO. 16 TKT LIMBUNGAN 1, JLN CHAIN FERRY BUTTERWORTH016-4032586
18.CHIN TAT TRADING
GOH AH CHEW
1761 JALAN MEGAT HARUN, 14000 BUKIT MERTAJAM012-4668060
19.IDAMAN BERSIH SDN BHD
DATO’ YEOH YIH SEAN
NO. 38 JALAN JAWI JAYA 1, TAMAN JAWI JAYA, 14200 SUNGAI JAWI04-5823420
FAKS : 04-4824690
20.KAMACHI & CO
KARTTIK A/L SAMUGAM
LOT 1783 MK 11, KAMPUNG DOK, 14000 BUKIT MERTAJAM04-5082614
FAKS : 04-5022314
21.SERI EMAS CLEANING SERVICES SB
TEH KIM HEE
NO. 7000 JLN BAGAN AJAM, 13000 BUTTERWORTH04-3249204
FAKS : 04-3245300
22.MOOI SEE TRADING
MOOI SEE
LOT 868, JALAN JURU ESTAT BUKIT MERTAJAM012-4706301
23.SETHU A/L SIVANA CHETTIARLOT 196, JALAN MENGKUANG, 12200 BUTTERWORTH
24.SRI K.M. METAL (PRAI) SDN BHD
ANGUMUTHU A/L MUNIANDY
793, MUKIM 11 DAERAH SPT, 10400 BUKIT TENGAH04-5022505
25.VEERAVEL METAL SDN BHD
PALANIUEL A/L GURYSAMY NAIDU
NO 3450 JLN KAMPONG PAYA, 12200 BUTTERWORTH04-3249711
FAKS : 04-3329209
26.MARIAYE METAL
VISVAM A/L RANGAYAH
NO. 28, MK 11, JALAN BESAR, BUKIT TENGAH, 14000 BUKIT MERTAJAM012-4706301
27.DIASA METAL SDN BHD
MAT DIASA B. HJ. AHMAD
6801, JALAN BAGAN LALANG SUNGAI PUYU 13400, BUTTERWORTH04-3101177
28.ZA KIKIK MUTIARA ENTERPRISE
ZAKARIA ABDULLAH
NO. G01, BLOCK A3, MEDAN KIKIK, TAMAN INDERAWASIH 13600 PERAI012-4529414
29.AJENSI VIJI
ARUMUGAM A/L SINGARAVELU
NO. 88, LORONG MAK MANDIN 5/3, KAWASAN PERINDUSTRIAN MAK MANDIN, 13400 BUTTERWORTH04-3241342 / 012-3831245
FAKS: 3241343
30.N. NEMMELI METAL SDN BHDMK 09-239, JALAN SUNGAI PUYU, 13020 BUTTERWORTH04-3317262 / 012-4237494
31.TES-AMM (MALAYSIA) SDN BHD
JOHN ASHOK
NO. 2005, TINGKAT PERUSAHAAN SATU, PRAI INDUSTRIAL, 13600 PRAI04-3991896
FAKS:04-3993221
32.LANGGES RESOURCES SDN BHD
WELLAGA A/L GOVINDAN
NO.5, LORONG IKS 3, JURU INDUSTRIAL PARK JURU, BUKIT TENGAH, 14100 PENANG04-5089899 / 019-4114074
FAKS:5089399
33.SHAN POORNAM METALS SDN BHD
MICHAEL SAW SHYH
PLOT 34, LORONG PERUSAHAAN MAJU 6, KAWASAN PERINDUTRIAL PERAI, PHASE 4, 13600 PERAI04-5084841 / 016-4224334
34.ESH RESOURCE MANAGEMENT SDN BHDNO. 4988 LOT 527, MK. 13, DISEBELAH JLN KG. JURU04-5079235
35.PROPENCOL STEEL SDN BHDLOT 1656, JALAN BUKIT TENGAH, PEKAN BARU, 14000 BUKIT MERTAJAM04-5011333 / 016-4222555
FAKS:5011339
36.A.M.S METAL SDN BHD
MURGESAN METALS TRADING
NO. 105, JALAN ROZHAN, KG. KIJANG ALMA, 14000 BUKIT MERTAJAM04-5522944 / 012-4775512
FAKS:5522933
37.ASHOKUMARAN ENT
ASHOKUMARAN A/L VEERASAMY
NO. 576, KG KEPALA GAJAH, JALAN TASEK, 14120 SIMPANG AMPAT04-5874315 / 013-4332465
38.KEHANG METAL SDN BHD
ERDY SULINO OHD MULIM TAN
NO. 222, PERMATANG TENGAH, 13020 BUTTERWORTH04-3333564 / 019-5999733
FAKS:3312449
39.ATS METAL SDN BHD
SARAVANAN A/L A. THANGU
LOT 588, JALAN BUKIT DUA OFF JALAN KULIM
14000 BUKIT MERTAJAM
04-5381551 / 012-4239512

3 comments: