Friday 29 March 2013

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PERMULAAN
Seksyen
LARANGAN TERHADAP PENGGUNAAN LOJI ATAU BAHAN
35. Kuasa untuk melarang penggunaan loji atau bahan.
36. Orang terkilan boleh merayu.
PERATURAN-PERATURAN
66. Peraturan-peraturan.


BAHAGIAN 1
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
1.     Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
2.     Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai bagi pekerjaan atas kapal yang dikuasai oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah atau Sarawak atau angkatan tentera.
Ord.70/52.Sabah Ord. 11/60. Sarawak Ord . 2/60
Undang-undang yang mengatasi
2. Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai digantikan.
top

Tafsiran
3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -
"bahan" ertinya apa-apa bahan semula jadi atau buatan, sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya;
"bahan bagi kegunaan semasa bekerja" ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-orang semasa bekerja;
"boleh dipraktikkan" ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira -
a.      teruknya bahaya atau risiko yang terlibat;
b.     keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
c.      ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; dan
d.     kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu;
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;
"industri" ertinya perkhidmatan awam, pihak-pihak berkuasa berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;
"kerajaan" ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu Negeri atau kerajaan tempatan;
"kesatuan sekerja" ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959;
Akta 262.
"kontrak perkhidmatan" ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan;
"loji" termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan, disambungkan atau diperlengkapkan padanya;
"majikan" ertinya majikan langsung atau majikan utama atau keduaduanya;
"majikan langsung", berhubungan dengan pekerja yang diambil khidmat oleh atau melaluinya, ertinya seseorang yang telah mengakujanji untuk melaksanakan, di tempat kerja di mana majikan utama menjalankan perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencariannya di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya, kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian majikan utama itu atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud mana-mana perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian itu dan termasuklah seseorang yang olehnya perkhidmatan seseorang pekerja yang telah membuat kontrak perkhidmatan dengannya dipinjamkan atau disewakan untuk sementara kepada majikan utama;
"majikan utama" ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan dan termasuklah -
a.      pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja;
b.     penghuni sesuatu tempat kerja;
c.      wakil di sisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia; dan
d.     mana-mana kerajaan di Malaysia, jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun;
"Majlis" ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

"orang yang bekerja sendiri" ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain daripada di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain;
"pegawai" ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
"pekerja" ertinya seseorang yang diambil kerja dengan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang baginya Akta ini terpakai dan -
e.      yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain;
f.      yang diambil kerja oleh atau melalui seseorang majikan langsung di tempat kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud industri itu: atau
g.     yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan;
"pembekalan", berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertiya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;
"penghuni", berhubungan dengan tempat kerja, ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja;
"premis" termasuklah--
h.     mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;
i.       mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara:
j.       apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air; dan
k.     mana-mana khemah atau struktur boleh alih;
"setiausaha" ertinya setiausaha yang dilantik di bawah subseksyen 12(1);
"tempat kerja" ertinya premis tempat orangorang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.
(2)Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.
(3) Bagi maksud Akta ini -
l.       "kerja" ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri;
m.   seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan
n.     orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai seorang yang bekerja sendiri.
top

Tujuan Akta
4. Tujuan Akta ini adalah -
a.      untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orangorang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;	
b.     untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
c.      untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
d.     untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem	peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
top

BAHAGIAN II

Perlantikan pegawai.
5. Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam menjadi Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dalam Akta ini disebut "Ketua Pengarah", bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi dan menunaikan kewajipan-kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Menteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, sekian bilangan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai-pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain sebagaimana yang perlu bagi maksud-maksud Akta ini.
Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasa-kuasa atau menunaikan kewajipan-kewajipan jawatannya, kuasa-kuasa itu hendaklah ada pada dan bolehlah dijalankan dan kewajipan-kewajipan itu hendaklah ditunaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.
Tertakluk kepada apa-apa pembatasan yang ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah Bahagian XIV Akta ini, seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah melaksanakan kesemua kewajipan yang dikenakan ke atas, dan boleh menjalankan kesemua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini, dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan dan kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan dengan sewajarnya bagi maksud-maksud Akta ini.
top

Perlantikan badan pemeriksaan bebas
6. Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas daripada mana-mana industri untuk menasihati atau membantunya dalam menjalankan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.
Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun, fee atau bayaran ganti yang ditentukan oleh Menteri.
1.     Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(2) dan seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(2), dan seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Bab 45.
Perakuan pemberikuasaan
7. Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada tiaptiap pegawai yang dilantik di bawah Akta; ini suatu perakuan pemberikuasaan yang hendaklah ditunjukkan apabila diminta kepada penghuni atau; mana-mana orang yang menjaga sesuatu tempat kerja yang pegawai itu berhasrat untuk memasuki menurut Akta ini.
Dalam hal Ketua Pengarah, perakuan pemberikuasaannya hendaklah dikeluarkan oleh Menteri.
top

BAHAGIAN III
MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
8. Penubuhan Majlis
Maka hendaklah ditubuhkan suatu majlis yang dikenali sebagai "Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan".
9. Keanggotaan Majlis.
(1) Majlis hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua belas dan tidak lebih daripada lima belas anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri, dan daripadanya -
(a)tiga orang hendaklah daripada organisasi yang mewakili majikan;
(b)tiga orang hendaklah daripada organisasi yangmewakili pekerja;
(c)tiga orang atau lebih hendaklah daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggung-jawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan
(d)tiga orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah wanita, hendaklah daripada organisasi atau badan profesional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan yang, pada pendapat Menteri, boleh menyumbang kepada kerja Majlis .
(2) Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi Majlis daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1).
top

10. Jadual Kedua adalah terpakai.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota Majlis.
11. Kuasa dan fungsi Majlis.
(1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan tujuan-tujuan Akta ini.
(2) Majlis boleh, dan apabila diminta oleh Menteri supaya berbuat demikian hendaklah, menjalankan penyiasatan dan membuat laporan dan syor kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara berhubungan dengan tujuan-tujuan Akta ini dan, terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan di atas, berkenaan dengan-
(a) perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
(b) pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
(c) penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang--orang yang sedang bekerja;
(d) masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
(e) penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
(f) penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;
(g) pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
(h) penggalakan pembangunan dan penerima-pakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan kesela-matan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
(i) pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.
top

12. Perlantikan setiausaha kepada Majlis.
(1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam daripada pejabat Ketua Pengarah menjadi setiausaha kepada Majlis.
(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan mana-mana kakitangan atau kemudahan pejabat Ketua Pengarah.
top
13. Jawatankuasa.
(1) Majlis boleh--
(a) menubuhkan jawatankuasa berkenaan dengan industri yang berbeza bagi maksud membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsinya yang berhubungan dengan tataamalan industri; dan
(b) menubuhkan apa-apa jawatankuasa lain yang difikirkannya patut bagi maksud membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsinya yang lain.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekian bilangan orang yang boieh dilantik oleh Majlis daripada kalangan anggotanya.
(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Majlis boleh mempelawa mana-mana orang atau wakil mana-mana organisasi untuk menasihati sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau dipelawa menjadi anggota sesuatu jawatankuasa di bawah subseksyen (3) boleh dibayar apa-apa elaun yang boleh ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri
14. Laporan tahunan.
Majlis hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas 30hb Jun tetapi sebelum 31hb Disember setiap tahun, menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan aktivitinya bagi tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 30hb Jun setiap tahun.
top

BAHAGIAN IV
Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada pekerja mereka
15.Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya -
a.      pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
b.     pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan hahan:
c.      pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja;
d.     setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan atau orang yang bekerja sendiri, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian; dan
e.      pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
(3) Bagi maksud subseksyen (1) dan (2) -
(a) "pekerja" termasuklah seseorang kontraktor bebas yang digunakhidmat oleh seseorang majikan atau orang yang bekerja sendiri dan mana-mana pekerja kontraktor bebas itu; dan
(b) kewajipan seseorang majikan atau orang yang bekerja sendiri di bawah subseksyen (1) dan (2) meliputi seseorang kontraktor bebas dan pekerja kontraktor bebas itu berhubungan dengan perkara-perkara yang baginya majikan atau orang yang bekerja sendiri itu -
(i) mempunyai kawalan; atau
(ii) akan mempunyai kawalan jika tidak kerana apa-apa perjanjian antara majikan atau orang yang bekerja sendiri itu dengan kontraktor bebas itu yang sebaliknya.
top

Kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan
16. Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan, adalah Kewajipan menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya.
Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada pekerja mereka
17. (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, yang pekerja setakat yang praktik, bahawa dia dan orang-orang lain, yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.
(2) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri, dalam hal keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberi orang-orang, yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh dengan cara dia menjalankan pengusahaannya, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.
top

Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada pekerjanya
18. (1) Seseorang penghuni premis bukan domestik yang telah disediakan untuk orang-orang, yang bukan pekerjanya, sebagai suatu tempat kerja, atau sebagai kepada suatu mereka boleh menggunakan loji atau bahan yang diadakan bagi kegunaan mereka di sana, hendaklah mengambil apa-apa langkah yang praktik untuk memastikan bahawa premis itu, semua cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang ada bagi kegunaan orang-orang yang menggunakan premis itu, dan apa-apa loji atau bahan dalam premis itu atau yang diadakan bagi kegunaan di sana, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
(2) Seseorang yang mempunyai, oleh sebab suatu kontrak atau pajakan atau selainnya, suatu obligasi sehingga apa-apa takat berhubungan dengan -
(a) penyenggaraan atau pembaikan tempat kerja atau apa-apa cara masuk ke dalamnya atau keluar darinya; atau
(b) pencegahan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang mungkin timbul daripada penggunaan mana-mana loji atau bahan dalam tempat kerja itu, hendaklah bagi maksud subseksyen (1) disifatkan mempunyai kawalan ke atas perkara-perkara yang diliputi oleh obligasinya.
Penalti bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 17 dan 18.
19. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 15, 16, 17 atau 18 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
top

BAHAGIAN V
Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan loji bagi kegunaan semasa bekerja
20. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merekabentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja--
(a) untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji itu direkabentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;
(b) untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a); dan
(c) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu semasa bekerja maklumat memadai mengenai kegunaan yang baginya loji itu direkabentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa, apabila digunakan begitu, loji itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
(2) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan rekabentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh rekabentuk atau loji itu.
(3) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.
top

Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan bahan bagi kegunaan semasa bekerja
21. (1) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja -
(a) untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko terhadap kesihatan apabiladigunakan dengan sepatutnya;
(b) untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a); dan
(c) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu semasa bekerja maklumat yang memadai mengenai hasil apa-apa ujian yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan bahan dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.
(2) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan pengilangan atau pembekalan apaapa bahan bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh bahan itu.
top

Huraian seksyen 20 dan 21
22. (1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 20 atau 21 boleh diertikan sebagai menghendaki seseorang mengulangi apa-apa ujian, pemeriksaan atau penyelidikan yang telah dijalankan selain daripada olehnya atau atas kehendaknya, setakat yang munasabah baginya untuk bergantung pada keputusan ujian, pemeriksaan atau penyelidikan itu bagi maksud seksyen itu.
1.     Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas seseorang oleh mana-mana peruntukan Bahagian ini yang terdahulu daripada ini hendaklah hanya meliputi perkara-perkara yang dilakukan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau apa-apa pengusahaan lain yang dijalankan olehnya, sama ada untuk mendapat keuntungan atau tidak, dan kepada perkara-perkara dalam kawalannya.
2.     Jika seseorang merekabentuk, merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi atau kepada orang lain berdasarkan akujanji bertulis oleh orang lain itu untuk mengambil langkah-langkah tertentu yang memadai untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji atau bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya, akujanji itu hendaklah mempunyai kesan membebaskan orang yang mula-mula disebut itu daripada kewajipan yang dikenakan oleh perenggan 20(1)(a)dan perenggan 21(1)(a)setakat yang munasabah memandangkan terma-terma akujanji itu.
(4) Jika seseorang (kemudian daripada ini disebut "pembekal zahir") membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi kegunaan semasa bekerja kepada orang lain (kemudian daripada ini disebut "pelanggan") di bawah perjanjian sewabeli, perjanjian jualan bersyarat atau perjanjian jualan secara kredit, dan pembekal zahir itu -
(a) menjalankan perniagaan pembiayaan pemerolehan barang-barang oleh orang lain melalui perjanjian-perjanjian itu; dan
(b) dalam perjalanan perniagaan itu memperolehi kepentingannya dalam loji atau bahan yang dibekalkan kepada pelanggan itu sebagai cara pembiayaan pemerolehannya oleh pelanggan itu daripada pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut "pembekal efektif"), pembekal efektif itu dan bukan pembekal zahir itu hendaklah dikira bagi maksud Bahagian ini membekalkan loji atau bahan itu kepada pelanggan itu, dan apa-apa kewajipan yang dikenakan oleh seksyen 20 dan 21 ke atas pembekal hendaklah dengan itu terletak pada pembekal efektif dan tidak pada pembekal zahir.
(5) Bagi maksud Bahagian ini sesuatu loji atau bahan tidaklah dikira sebagai digunakan dengan sepatutnya jika ia digunakan tanpa mengambil kira apa-apa maklumat atau nasihat yang relevan berhubungan dengan penggunaannya yang telah dijadikan tersedia oleh seseorang yang merekabentuk, mengilang, mengimport atau membekalkannya.
Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 20 atau 21
23. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 20 atau 21 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
top

BAHAGIAN VI
Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja
24. (1) Adalah menjadi kewajipan tiaptiap pekerjayang sedang bekerja -
(a) untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
(b) untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c) untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya; dan
(d) untuk mematuhi apaapa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
top

Kewajipan untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu
25. Seseorang yang dengan sengaja, melulu atau cuai mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan menurut Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk tidak mengenakan caj ke atas pekerja bagi benda yang dilakukan atau diadakan
26. Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan dilevi ke atas mana-mana pekerjanya apa-apa caj berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau diadakan menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
top

Diskriminasi terhadap pekerja, dsb.
27. (1) Tiada majikan boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh sebab pekerja itu -
(a) membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
(b) adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini; atau
(c) menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.
(2)Tiada kesatuan sekerja boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas mana-mana anggotanya yang, sebagai seorang pekerja di sesuatu tempat kerja -
(a) membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
(b) adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini; atau
(c) menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.
(3) Seseorang majikan atau kesatuan sekerja yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4) Walau apapun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan ke atas pesalah, membuat salah satu atau kedua-dua perintah yang berikut:
(a) suatu perintah supaya pesalah itu membayar dalam tempoh tertentu kepada orang yang telah didiskriminasikan oleh pesalah itu apa-apa ganti rugi yang difikirkannya sesuai sebagai pampasan bagi orang itu;
(b) suatu perintah supaya pekerja itu dikembalikan atau diambil bekerja semula pada jawatannya yang dahulu atau, jika jawatan itu tidak ada, pada jawatan yang serupa.
top

BAHAGIAN VII
Pengawasan perubatan
28. (1) Jika Menteri mendapati bahawa dalam mana-mana industri atau kelas atau jenis industri -
(a) kes-kes penyakit telah terjadi yang dia mempunyai sebab untuk percaya mungkin disebabkan oleh jenis proses atau keadaan lain kerja;
(b) oleh sebab perubahan dalam mana-mana proses atau dalam bahan yang digunakan dalam mana-mana proses atau, oleh sebab pengenalan apa-apa proses baru atau bahan baru bagi kegunaan dalam sesuatu proses, mungkin terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam proses itu;
(c) orang-orang di bawah umur enam belas tahun yang diambil kerja atau yang akan diambil kerja dalam kerja yang boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada kesihatan mereka; atau
(d) mungkin terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam mana-mana pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, atau daripada apa-apa bahan atau benda yang dibawa ke industri itu untuk digunakan atau dikendalikan dalamnya atau daripada apa-apa perubahan keadaan dalam industri itu, dia boleh membuat peraturan-peraturan menghendaki supaya perkiraan munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu dibuat bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak termasuk rawatan perubatan yang bersifat pencegahan, orang-orang atau mana-mana golongan orang yang diambil kerja dalam industri atau kelas atau jenis industri itu.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghendaki pengawasan perubatan dijalankan oleh orang-orang yang didaftarkan dengan Ketua Pengarah, dan boleh menetapkan kelayakan dan syarat lain yang hendaklah dipenuhi untuk didaftarkan bagi maksud seksyen ini.
(3) Seseorang majikan yang melanggar peruntukan seksyen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
top

Pegawai keselamatan dan kesihatan
29. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis industri yang ditentukan oleh
Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(2) Seseorang penghuni suatu tempat kerja yang baginya seksyen ini terpakai hendaklah mengambil kerja seorang orang kompeten untuk bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
(3) Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah diambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja akan peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan penggalakan penjalanan selamat kerja di tempat kerja itu.
(4) Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah memiliki apa-apa kelayakan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.
(5) Seseorang penghuni yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
top

Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
30. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika -
(a) terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja; atau
(b) Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja.
(2) Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), pemilihan atau perlantikan orang-orang ke jawatankuasa itu, kuasa anggota-anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu dengan tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja, dan dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.
(4) ;Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
top

Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
31. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di tempat kerja menurut seksyen 30 -
a.      hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja;
b.     hendaklah menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja -
                           i.          yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil kerja di tempat kerja itu adalah tidak selamat atau merupakan risiko kepada kesihatan; dan
                         ii.          yang telah dibawa kepada perhatian majikan;
(c) hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (b) dan, jika ia tidak berupaya berbuat demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud itu; dan
(d) hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan.
top

BAHAGIAN VIII
PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN, DAN SIASATAN
(1) Seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja.

(2) Tiap-tiap pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang merawat, atau dipanggil untuk melawat, seseorang pesakit yang dia percaya menghidap mana-mana penyakit yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Kilang dan Jentera 1967, atau mana-mana penyakit yang dinamakan dalam mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini, atau keracunan pekerjaan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Pengarah.
top

Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya siasatan diadakan
(1) Jika pada pendapat Ketua Pengarah, suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan punca kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan, dia boleh menyebabkan siasatan sedemikian diadakan oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
(2) Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan sedemikian.
(3) Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam siasatan itu boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan
34. Bagi maksud mengadakan suatu siasatan di bawah Akta ini, seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah terletakhak dengan kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen, memelihara keteraturan dan selainnya menjalankan siasatan dengan sewajarnya, dan semua orang yang dipanggil untuk menghadiri siasatan itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir.
top

BAHAGIAN IX
LARANGAN TERHADAP PENGGUNAAN LOJI ATAU BAHAN
Kuasa untuk melarang penggunaan loji atau bahan
35. (1) Walau apapun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang semasa bekerja.
1.     Jika Ketua Pengarah bercadang untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, sebelum membuat perintah itu, meminta pendapat mana-mana jabatan Kerajaan atau badan lain yang pada hematnya sesuai.
Orang terkilan boleh merayu
36. Seseorang yang terkilan oleh sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 35(1) boleh dalam masa tiga puluh hari dari perintah itu, membuat rayuan kepada setiausaha kepada Majlis yang hendaklah menghantar rayuan itu kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
top

BAHAGIAN X
TATAAMALAN INDUSTRI
Kelulusan tataamalan industri
37. Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, meluluskan tataamalan industri yang terdiri daripada arahan-arahan yang pada hematnya perlu atau patut untuk panduan orang-orang dalam mematuhi kehendak-kehendak peruntukan Akta ini.
Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengkaji semula tataamalan industri itu dengan meminda, memotong, mengubah atau menambah peruntukan tataamalan industri itu.
Suatu tataamalan industri boleh -
(a) terdiri daripada apa-apa tata, standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukan berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri; atau
(b)memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa yang berkuatkuasa pada masa tataamalan industri itu diluluskan atau sebagaimana yang dipinda, dirumus atau disiarkan dari semasa ke semasa.
Menteri hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta kelulusan sesuatu tataamalan industri dan pemindaan atau pembatalannya.
top

Penggunaan tataamalan industri dalam prosiding
38 Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang dalamnya dikatakan bahawa seseorang telah melanggar atau tidak mematuhi peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengannya suatu tataamalan industri yang diluluskan berkuatkuasa pada masa pelanggaran atau ketakpatuhan yang dikatakan itu -
(a) tataamalan industri yang diluluskan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding itu; dan
(b) ;jika mahkamah berpuas hati berhubungan dengan apa-apa perkara yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwa bagi membuktikan pelanggaran atau kegagalan yang dikatakan itu bahawa -
(i) peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu adalah relevan kepada perkara itu; dan
(ii) orang itu pada bila-bila masa tidak mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu, perkara itu hendaklah dikira sebagai terbukti melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa berkenaan dengan perkara itu orang itu telah mematuhi peruntukan Akta ini selain daripada dengan cara mematuhi peruntukan tataamalan industri yang diluluskan itu.
top

PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.
39. (1) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dalam Bahagian ini disebut "Pegawai", boleh, bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini atau, mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pada bila-bila masa yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana tempat kerja selain daripada tempat yang digunakan semata-mata bagi maksud kediaman:
Dengan syarat bahawa dia boleh memasuki tempat kediaman itu dengan kebenaran pemunyanya atau jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa pelanggaran Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah atau mungkin akan dilakukan.
(2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai boleh-
(a) membuat pemeriksaan dan penyiasatan mengenai apa-apa loji, bahan, artikel atau benda lain jua pun sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada atau tidak Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dipatuhi;
(b) mengarahkan supaya tempat kerja itu atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa jua di dalamnya, hendaklah tidak diganggu, sama ada pada amnya atau dalam hal-hal tertentu, selama yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah perenggan (a);
(c) mengambil apa-apa ukuran atau gambar dan membuat apa-apa rekod yang dianggapnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah perenggan (a);
(d) mengambil sampel apa-apa artikel atau bahan yang dijumpai dalam tempat kerja yang dia mempunyai kuasa untuk memasukinya, dan udara dalam atau di sekitar mana-mana tempat kerja itu;
(e) menghendaki mana-mana orang yang diambil khidmat di sesuatu tempat kerja di mana mana-mana penyakit yang dinamakan dalam Jadual Ketiga Akta Kilang dan Jentera 1967 atau mana-mana penyakit yang dinamakan dalam mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini telah terjadi atau mungkin akan terjadi, diperiksa secara perubatan oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar.
(3) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa loji atau bahan telah menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan, dia boleh -
(a) menyebabkannya dirombak atau dikenakan apa-apa proses atau ujian di mana-mana tempat yang sesuai dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkannya, tetapi tidak sehingga merosakkan atau memusnahkannya;
(b) mengambil milik dan menahannya selama yang perlu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(i) memeriksanya dan melakukan apa-apa jua padanya yang dia mempunyai kuasa untuk melakukannya;
(ii) memastikan bahawa ia tidak diganggu sebelum dia selesai memeriksanya;
(iii) memastikan bahawa ia tersedia untuk digunakan sebagai bukti dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya.
(4) Jika seseorang pegawai ialah seorang pegawai perubatan, dia boleh -
(a) menjalankan apa-apa pemeriksaan perubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya; dan
(b) menjalankan apa-apa kuasa lain yang perlu atau yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan (3).
(5) Seseorang pegawai boleh bagi maksud seksyen ini meminta bilamasa perlu bantuan polis jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mengkhuatiri apa-apa halangan serius dalam pelaksanaan tugasnya.
(6) Tanpa menjejaskan subseksyen (5), dalam memasuki mana-mana tempat kerja atau tempat kediaman alasan yang oleh sebab subseksyen (1), seseorang pegawai boleh membawa bersamanya -
(a) mana-mana orang lain yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah; atau
(b) apa-apa kelengkapan atau benda yang dikehendaki bagi apa-apa maksud yang baginya kuasa untuk masuk dijalankan.
top

Kemasukan ke dalam premis dengan waran geledah dan kuasa untuk menyita
40. Dalam tiap-tiap hal jika maklumat diberikan dengan bersumpah kepada seseorang Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam tempat kerja atau tempat kediaman terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasanya seseorang pegawai yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu.
Kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita
41. Jika seseorang pegawai berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa artikel,.benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya dalam tempat kerja atau tempat kediaman yang digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu tanpa waran dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu yang dijumpai dalamnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak sedemikian atau mengalihkan mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagian itu atau cuba berbuat demikian.
top

Kuasa untuk masuk secara paksa dan penyampaian kepada penghuni salinan bertandatangan senarai benda yang disita dari premis
42 (1) Seseorang pegawai boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 40 atau 41, jika perlu untuk berbuat demikian -
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja atau tempat kediaman dan memasukinya;
(b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c) dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
(d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu digeledah.
(2) Pegawai yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya di bawah seksyen 40 atau 41 hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pengkhidmatnya yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita di premis itu.
top

Peruntukan lanjut berhubungan dengan pemeriksaan
43 (1) Apabila memasuki mana-mana tempat kerja seseorang pegawai hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu majikan dan dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mengenai kemasukan itu.
(2) Apabila selesai sesuatu siasatan seseorang pegawai hendaklah memberi majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan maklumat berkenaan dengan pemerhatiannya dan apa-apa tindakan yang dia bercadang untuk mengambilnya berhubungan dengan tempat kerja.
(3) Jika seseorang pegawai bercadang untuk mengambil dan mengalihkan suatu sampel dari tempat kerja bagi maksud penganalisisan, dia hendaklah memberitahu majikan dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan selepas mengambil sampel itu dia hendaklah jika mungkin -
(a) membahagi sampel yang diambil kepada seberapa banyak bahagian yang perlu dan menandakan dan mengelak atau menandakan dan menutup setiap bahagian mengikut cara yang dibenarkan oleh sifatnya;
(b) jika dikehendaki oleh majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, menyerahkan satu bahagian setiap satunya kepada majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan;
(c) menyimpan satu bahagian bagi perbandingan masa hadapan; dan
(d) jika penganalisisan sampel hendak dibuat, mengemukakan satu bahagian lain kepada seseorang penganalisis bagi penganalisisan.
top

Kuasa untuk menyiasat
44. (1) Seseorang pegawai hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Seseorang pegawai boleh, berhubungan dengan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh KanunProsedur Jenayah bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya.
(3) Apabila penyiasatannya selesai, pegawai itu hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
top

Kuasa untuk memeriksa saksi
45. (1) Seseorang pegawai yang membuat suatu siasatan di bawah seksyen 39atau 44 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang pada hematnya mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan jika pegawai itu tidak atau enggan, apabila diminta, untuk mengemukakan kepadanya perakuan pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai itu di bawah subseksyen 7(1):
Dengan syarat selanjutnya bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau .
(3)Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
(4) Seseorang pegawai yang mendapatkan maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani olehnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan yang dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
(6) Jika seseorang pegawai menggunakan bantuan jurubahasa, apa-apa siasatan atau rekuisisi kepada seseorang yang dibuat bagi pihak pegawai itu oleh jurubahasa itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat oleh pegawai itu, dan apa-apa jawapan yang dibuat kepada jurubahasa itu hendaklah disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat kepada pegawai itu.
top

Majikan, dsb. hendaklah membantu pegawai
46. Pemunya atau penghuni, atau majikan di mana-mana tempat kerja dan ejen atau pekerja pemunya, penghuni atau majikan itu hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh pegawai itu bagi apa-apa kemasukan, pemeriksaan atau siasatan atau bagi penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan
47. Seseorang yang -
(a) enggan memberikan laluan masuk ke sesuatu tempat kerja kepada seseorang pegawai atau orang yang membantunya;
(b) menghalang seseorang pegawai menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana orang lain untuk berbuat demikian;
(c) tidak menunjukkan apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini oleh pegawai itu;
(d) menyembunyikan lokasi atau kewujudan mana-mana orang lain atau apa-apa loji atau bahan daripada pegawai itu;
(e) menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang lain daripada membantu pegawai itu; atau
(f) dengan apa-apa cara lain, menghalang, menyekat, atau menentang pegawai itu dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.
top

Notis pembaikan dan notis larangan
48. (1) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin akan menjadi bahaya, atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau menjadi suatu risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang, atau mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah menyerahkan suatu notis perbaikan kepada orang yang di bawah kawalannya tempat kerja, loji, bahan atau proses itu terletak menghendaki orang itu mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan bahaya itu atau membetulkan apa-apa kecacatan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan olehnya dalam notis itu, dan dalam tiap-tiap hal sedemikian tempat kerja, loji, bahan atau proses itu tidak boleh digunakan atau dikendalikan walaupun selepas tempoh tamat notis sehingga bahaya itu telah dihapuskan atau kecacatan itu diperbaiki sehingga pegawai itu berpuas hati.
(2) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa kecacatan dalam subseksyen (1) adalah mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada kehidupan atau harta, dia hendaklah menyampaikan suatu notis larangan melarang penggunaan atau pengendalian tempat kerja, loji, bahan atau proses itu sehingga masa apa-apa bahaya yang timbul dihapuskan dan kecacatan itu diperbaiki hingga pegawai itu berpuas hati.
(3) Notis perbaikan atau notis larangan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah -
(a) menyatakan bahawa pegawai itu berpendapat bahawa berkenaan dengan loji, bahan atau proses di tempat kerja itu, berlaku atau mungkin berlaku aktiviti yang menjadi atau mungkin akan menjadi bahaya atau mungkin akan menyebabkan kecederaan badan atau risiko yang serius kepada kesihatan mana-mana orang atau mungkin akan menyebabkan kerosakan atau mungkin akan menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dan menyatakan sebab-sebab bagi pendapat itu; dan
(b) jika pada pendapat pegawai itu aktiviti yang berkenaan ialah suatu pelanggaran atau mungkin menjadi suatu pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menyatakan peruntukan itu dan sebab-sebab bagi pendapat itu.
(4) Seseorang pegawai boleh memasukkan dalam sesuatu notis perbaikan atau notis larangan arahan mengenai langkah-langkah yang hendaklah diambil untuk menghapuskan apa-apa bahaya, kemungkinan bahaya, risiko, perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang notis itu berhubungan dengannya dan arahan itu boleh merujuk kepada mana-mana tataamalan industri yang diluluskan.
(5) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (2) seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya perlu, terus menjadikan tempat kerja, loji, bahan atau proses itu tidak berfungsi melalui apa-apa cara yang difikirkannya sesuai bagi maksud itu.
(6) Jika tindakan sedemikian diambil oleh pegawai itu di bawah subseksyen (5) dia boleh, jika difikirkannya patut, mendapatkan kos bagi tindakan itu daripada penghuni atau orang yang mempunyai tanggungjawab atau kawalan ke atas tempat kerja, loji, bahan atau proses itu.
top

Penalti kerana tidak mematuhi notis
49. (1) Seseorang yang kepadanya suatu notis perbaikan atau larangan dikeluarkan di bawah seksyen 48 mesti mematuhinya walaupun rayuan terhadap pengeluaran notis itu telah dibuat.
(2) Seseorang yang tanpa alasan munasabah tidak mematuhi mana-mana notis perbaikan atau larangan yang dikeluarkan di bawah seksyen 48adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Orang terkilan boleh merayu
50. (1) Seseorang yang terkilan oleh mana-mana notis yang dikeluarkan oleh.seseorang pegawai di bawah seksyen 48 boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu, merayu kepada Ketua Pengarah yang boleh, selepas menimbangkan rayuan itu, melalui perintah bertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah notis itu.
(2) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, merayu kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
(3)Jika notis perbaikan atau larangan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 48, rayuan itu hendaklah dibuat kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
top

BAHAGIAN XII
LIABILITI BAGI KESALAHAN
Penalti am
1.
Seseorang yang melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti dinyatakan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
1.
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu adalah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu atau berasingan, dan tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.

Prosiding boleh dimulakan terhadap seseorang dan dia boleh disabitkan di bawah peruntukan subseksyen (1) sama ada atau tidak prosiding telah dimulakan terhadap perbadanan itu atau perbadanan itu telah disabitkan di bawah peruntukan itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja
53.
Jika sesuatu kesatuan sekerja melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap pegawai, pekerja dan orang yang berupa sebagai bertindak atas arahan mana-mana pegawai kesatuan sekerja itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan kesatuan sekerja itu atau berasingan,.dan tiap-tiap pegawai, pekerja atau orang itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.


(2)
Prosiding boleh dimulakan terhadap seseorang dan dia boleh disabitkan di bawah peruntukan subseksyen (1) sama ada atau tidak prosiding telah dimulakan terhadap kesatuan sekerja itu atau kesatuan sekerja itu telah disabitkan di bawah peruntukan itu.
top

Kesalahan yang dilakukan oleh agen
54.
Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa jua yang dibuat atau ditinggalkan jika perkara itu telah dibuat atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dibuat atau ditinggalkan oleh ejennya.
Pembelaan
55.
Adalah menjadi suatu pembelaan dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika dipuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa kebenarannya atau pembiarannya dan dia menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan sifat fungsinya dalam keupayaan itu dan pada semua keadaan.
top

Pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja boleh didenda
56.
Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja, ia hanya dikenakan apa-apa hukuman denda yang diperuntukkan terhadapnya.
Pembantuan dan persubahatan
57.
Seseorang yang membantu atau bersubahat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
top

Perlindungan terhadap liabiliti persendirian lanjut
58
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiada seorang pun boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan olehnya dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau perbuatan melulu atau kecuaian melampau.
Liabiliti sivil tidak tersentuh oleh Bahagian IV, V dan VI
59. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian IV, V dan VI dan tataamalan industri yang relevan boleh ditafsirkan sebagai-
(a) memberikan hak tindakan dalam mana-mana prosiding sivil berkenaan dengan apa-apa pelanggaran, sama ada melalui perbuatan atau peninggalan, mana-mana peruntukan Bahagian itu;
(b) memberikan pembelaan terhadap sesuatu tindakan dalam mana-mana prosiding sivil atau selainnya yang menyentuh hak tindakan dalam mana-mana prosiding sivil; atau
(c) menyentuh takat, jika ada, sesuatu hak tindakan berbangkit atau prosiding sivil boleh diambil berkenaan dengan kemungkiran kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh perundangan lain berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
top

Beban membuktikan had apa yang praktik
60. Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kerana tidak mematuhi kewajipan atau kehendak supaya berbuat sesuatu setakat yang praktik, atau supaya menggunakan cara praktik yang terbaik untuk membuat sesuatu, tertuduh hendaklah membuktikan bahawa tidaklah praktik untuk membuat lebih daripada yang telah sebenarnya dibuat untuk memenuhi kewajipan atau kehendak itu, atau bahawa tidak ada cara praktik yang lebih baik daripada yang telah sebenarnya digunakan untuk memenuhi kewajipan atau kehendak itu.

Pendakwaan
61. Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Pendakwa Raya, dimulakan dan dijalankan oleh seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau oleh seseorang pegawai yang khusus diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah tertakluk kepada peruntukan Kanun Prosedur Jenayah.
top

Pengkompaunan kesalahan
62. (1) Menteri boleh melalui perintah dalam Warta, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.
(2) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum sabitan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi suatu amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu;

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu secara bertulis mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta Ketua Pengarah memperlakukan kesalahan itu di bawah seksyen ini.
top

BAHAGIAN XIII

RAYUAN
Jawatankuasa rayuan
63. Menteri boleh melantik jawatankuasa jawatankuasa rayuan bagi maksud menimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 36 atau 50.
Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah terdiri daripada Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota Majlis dan dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapatnya, mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan hal perkara rayuan itu.
Tiap-tiap anggota sesuatu jawatankuasa rayuan boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.
top

Kuasa jawatankuasa rayuan
(1) Sesuatu jawatankuasa rayuan boleh, selepas mendengar suatu rayuan mengesahkan, membatalkan atau mengubah sesuatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 35, sesuatu keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 50(1), atau sesuatu notis perbaikan atau larangan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 48.
(2) Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah memutuskan dan memberitahu keputusannya dengan cepat kepada orang yang membuat rayuan itu.
Keputusan Jawatankuasa rayuan
65. Keputusan sesuatu jawatankuasa rayuan adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
top

BAHAGIAN XIV
PFRATURAN-PERATURAN
Peraturan-peraturan
66. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang semasa bekerja bagi mencapai tujuan-tujuan Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh -
(a) mengawalselia atau melarang--
(i) pengilangan, pembekalan atau penggunaan apa-apa loji;
(ii) pengilangan, pembekalan, penyimpanan, pengangkutan atau penggunaan apa-apa bahan; dan
(iii) penjalanan apa-apa proses atau penjalanan apa-apa pengendalian;
(b) menetapkan kehendak berkenaan dengan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, penempatan, pemasangan, permulaan penggunaan, penelitian, pembaikan, penyeriggaraan, pengubahan, penyesuaian, pembukaan, pengujian, penandaan atau pemeriksaan manamana loji;
(c) menetapkan kehendak berkenaan dengan penelitian, pengujian penganalisisan, pelabelan atau penandaan apa-apa bahan;
(d) menetapkan masa dan cara majikan atau orang-orang yang ditentukan lain yang dikehendaki meneliti, menguji, menganalisis, melabel atau menandakan apa-apa bahan;
(e) menetapkan kehendak supaya menahan diri daripada makan, minum atau rnerokok dalam mana-mana keadaan yang melibatkan risiko penyerapan apa-apa bahan atau risiko kecederaan atau keracunan yang berbangkit daripada penggunaan apa-apa bahan;
(f) menetapkan kehendak berkenaan dengan arahan, latihan dan penyeliaan orang-orang yang sedang bekerja;
(g) menetapkan prosedur bagi seseorang majikan untuk memberitahu apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan;
(h) menetapkan perkiraan yang hendaklah dibuat berkenaan dengan pengambilan apa-apa tindakan atau langkah berjagajaga untuk mengelakkan, atau sekiranya berlaku, apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya:
(i) melarang atau menghendaki pengambilan apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya;
(j) menetapkan kehendak berkenaan dengan pengadaan dan penggunaan pakaian atau kelengkapan perlindungan dan kelengkapan penyelamat dalam hal keadaan tertentu;
(k) menetapkan standard berhubungan dengan penggunaan bagi, termasuklah standard pendedahan kepada, apa-apa bahaya fizikal, biologi, kimia atau psikologi;
(l) mengawalselia dan menghendaki pengawasan oleh majikan atau penghuni keadaan di tempat kerja termasuklah kesihatan pekerja mereka;
(m) memastikan pengadaan kemudahan kebajikan yang memadai oleh majikan bagi orang-orang yang sedang bekerja;
(n) menghendaki majikan menyimpan dan memelihara rekodrekod dan dokumen-dokumen lain;
(o) menetapkan komposisi, kuasa, fungsi dan prosedur jawatankuasa- jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan mengawalselia pemilihan atau perlantikan anggota jawatankuasa itu dan perkara-perkara berkaitan yang lain;
(p) menetapkan cara menjalankan siasatan di bawah seksyen 33 dan bagi mendengar rayuan di bawah seksyen 36 atau 50
(q) menetapkan fee yang kena dibayar atau boleh dikenakan bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengadakan apaapa perkhidmatan bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(r) menetapkan kesalahankesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan prosedur yang dikehendaki dipatuhi;
(s) menetapkan kehendak bagi menggunakhidmat pegawai perubatan dan prosedur bagi pendaftaran pengawai perubatan itu;
(t) menetapkan kehendak bagi mengambil kerja pegawai keselamatan dan kesihatan, latihan yang diperlukan bagi pegawai keselamatan dan kesihatan dan prosedur bagi pendaftarannya
(u) menetapkan apa-apa perkara lain yang pada hemat Menteri suaimanfaat atau perlu bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik.
top

BAHAGIAN XV
PELBAGAI
Kewajipan untuk menyimpan rahsia.
67. (1) Kecuali bagi sesuatu siasatan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana prosiding mahkamah berhubungan dengan pelakuan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa perkara termasuklah apa-apa rahsia pengilangan atau komersil yang sampai ke pengetahuannya atau yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment