Monday 11 August 2014

Rawatan Alternative Bagi Demam Dengue & Khasiat Ketam Nipah & Peningkatan Kadar Platelet

Khasiat Ketam Nipah Vs Demam Dengie  Pembawa Maut


Kasiat ketam nipah yang ramai orang tidak ketahui....

Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam)

Ketam di percayai boleh merawat denggi ( Ketam nipah adalah ubat demam denggi yg sgt mujarab dan 100% mampu pulihkan denggi dlm masa 24 jam dgn izin ALLAH S.W.T...insyALLAH....)
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang di anggap untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.

Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

selain itu ketam nipah juga boleh mengubati pelbagai penyakit :

  • demam chikukunya
  • demam denggi
  • penat 
  • lumpuh
  • patah tulang
  • buasir
  • barah 
  • luekimea 
  • kencing tikus 
  • H1N1
  • menambah tenaga
  • penyakit yang di bawa oleh nyamuk.

KETAM Nipah HALAL Dimakan : Majlis FATWA

Ramai yang sangsi akan halal haram ketam nipah untuk dimakan. Pemikir telah beberapa kali memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah halal dan ketam nipah bukanlah dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam BATU yang memang benar hidup dua alam.

Untuk itu biarlah kita lihat keterangan yang lebih sahih akan hal ini agar tidak lagi timbul lagi was was kepada umat Islam. Oleh itu Pemikir telah mencari satu artikel berkaitan hal ini di laman FATWA Kebangsaan. Walaupun hal ini telah lama diputuskan, namun, kekangan Teknologi maklumat pada masa itu mungkin membantutkan edaran maklumat penting sebegini. 

Sebelum terlupa, Pemikir sangat suka makan ketam nipah dimasak dengan maggi dan paling sedap bila ketam nipah Masak madu. Rebus saja cicah air asam pun layan... Fuhh..

HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa 
i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dualam. 

ii.Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama'; 
a. Menurut jumhur ulama', perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dualam. 

b. Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. 

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dualam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan. 

Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)


Kalau nak disenaraikan kebaikan Krabby Fatty ni (ketam la) ia mengandungi seribu kebaikan antaranya sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink malah  tidak mengandungi lemak merbahaya.
Ketam juga dianggap sebagai mineral berguna jika kita mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula dalam darah.
Pendek kata, ketam mengandungi sejenis protein tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi.
Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minimum, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Apa kaitannya dengan Sup Ketam?
Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral iaitu dimasak sebagai sup  amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang makan isi dan supnya sebanyak  satu mangkuk besar  antara 500ml hingga 1 liter  akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
Ketam yang terbaik adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.
Okeylah, Kak Jeni dah nak masuk ke dapur. Beberapa ekor ketam segar sudahpun bergelimpangan di depan Kak Jeni. Seeloknya sup ketam yang kita buat, kita rebuskan sekali cengkerangnya kerana ia juga mengandungi khasiat yang tinggi, cuma apa yang penting  pastikan Kak Kiyah mencuci ketam ini sebersih-bersihnya ye. Kalau nak bersalawat lagi bagus.
Sekejap…sebelum kita mula memasak, nak bagi tau awal-awal. kita tahu ramai yang memasak Sup Ketam memulakannya dengan cara menumis terlebih dahulu. Hah, kita punya resepi lain sikit, lagi ringkas seringkas memakai gigi palsu.
Sebab, kita tak mahu menyusahkan sesiapa terutama si pesakit. Teknik kita.. ala merebus. Kalau tak percaya, moh kita tengok.
SUP KETAM SANTAI


Bahan
4 ekor ketam saiz sederhana dibersihkan.
2 batang serai dititik
3 ulas bawang putih dimayang
5  ulas bawang kecil dimayang
1 inci halia dimayang panjang
3-4 cawan air
Beberapa biji tomato ceri
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara
1.      Satukan kesemua bahan.
2.      Masak di atas api sehingga ketam masak dan sup mendidih.
3.      Hidangkan panas.

  
Hahh, mudahkan?
 Hmm….kalau sudah masak, apa lagi sediakan nasi panas. Sup Ketam panas bukan sahaja boleh menaikkan selera si pesakit malah yang sihat pun boleh berkongsi hirup. 
Tunggu apa lagi.  Jom la ke dapur

1001 tentang Ketam Nipah



Ketam Nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis "KRUSTACEA" iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam Nipah juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah SYCLLA SERRATA (sedap namanya dan sedap juga apabila dimakan).

Habitat Ketam ini adalah membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam Nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor. Ketam ini adalah dari spesis "carnivor' atau ganas.


Ketam nipah/bakau yang sedang matang telur mempunyai harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Ketam sebelum diikat diletakkan ke dalam air bersih beberapa sketika. Setelah itu ketam nipah/bakau baru diikat kakinya dengan tali raffia kemudian dimasukkan ke dalam tong atau tempat lainnya yang diberi alas bawah dan penutup atasnya dari kain basah sebagai pelembab.

Pasaran ketam nipah/bakau setakat ini tidak ada masalah. Bahkan permintaan tempatan belum cukup. Mengenai harga pada umumnya tergantung di mana ia dipasarkan diantara Rm 15.00 hingga Rm 25.00. dengan size 3 -4 per kg.
Ketam saiz besar = RM30 sekilo (600g-keatas) 
Ketam saiz sederhana = RM25 sekilo (400g-599g)

Ketam saiz kecil = RM24 sekilo (300g- 399g


Ketam jenis ni hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan. Itu sebab kedalaman air kolam hendaklah sekurang2nya 3 kaki dalam. Cos kalau cetek, bila hujan 3 hari berturut2, air kolam dengan cepat akan berubah menjadi tawar. Satu lagi,kitaran air kolam hendaklah diambil kira juga. Sebaik2nya, pastikan air sungai sentiasa kuar masuk ke dalam kolam bagi tujuan pembersihan, cos air yang kotor boleh menyebabkan ketam2 tersebut mudah dijangkiti bakteria. Tambahan lagi, proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar2 bersih!!!..

Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya...
                                                                             Ketam Jantan

berbeza pula dengan ketam betina…yang mana ketam betina ni,saiz badannya lebih besar dari sepit…

                                                                       Ketam Betina

Di bawah ini ditunjukkan perbezaan diantara ketam nipah dengan ketam batu...

Ketam Batu Haram dimakan kerana hidup lama di darat, tiada kaki pendayung spt ketam nipah@ketam nyior.


BENTO/Bito ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah - Scylla serrata ( mud crab or mangrove crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.


Untuk menyediakan BENTO ini. Umpan perlulah di sediakan terlebih dahulu. Umpan paling popular atau power yang digunakan untuk menjerat Ketam Nipah ialah kepala ayam. Kepala ayam digunakan kerana ia amat mudah didapati. Hanya perlu pergi ke pasar dan meminta sedikit kepala ayam untuk dijadikan umpan kepada peniaga ayam. Permintaan kita pasti tertunai dan peniaga ayam akan memberikan secara percuma sahaja kerana kepala ayam ini selalunya dibuang begitu sahaja.


KHASIAT KETAM NIPAH UNTUK DEMAM DENGGI

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

No comments:

Post a Comment