Tuesday 18 November 2014

LEMAH TENAGA BATIN DENGAN RAWATAN ISLAM

Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucukmerujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelakiuntuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan.

FAKTA KELEMAHAN SENJATA LELAKI
http://youtu.be/qr_9lZ-k_uU
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin
Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:
1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allahswt. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (HR Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah” (HR Muslim)
Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (HR Ibnu Majah)
Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengancara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris “Prevention is better than cure”atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.
Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :
“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat”. (HR Bukhari)
Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madutumbuhan herbaberbekamjampi syari’ (amalan doa’, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:
“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (HR Ahmad dan Muslim)
Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba’i dan Dr.Muhammad ‘Ali Bar.
Berdoa Meminta Kebaikan
Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)
Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawadoa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)
Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin
1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan denganbismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dansentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.


LAIN-LAIN KAEDAH YANG ADA:



PETUA CARA ORANG TIMUR TENGAH
Petua ini adalah dari amalan masyarakat Arab khususnya golongan lelaki yang mengalami masalah tenaga batin dan bagi yang tidak bermasalah tenaga batin  juga boleh mengamalkannya untuk “power”kan lagi hubungan intim dengan pasangan..tenaga batin
Selain untuk menguatkan tenaga batin petua ini juga insha Allah dapat memekatkan lagi air mani..
Bahan-bahan yang digunakan adalah untuk menguatkan tenaga batin :-
1.Susu asli
2.Kacang badam
3.Madu
susu asliCara mengamalkannya : -
1.Tumbuk kacang badam
2.Panaskan susu didapur
3.Ketika susu dipanaskan masukkan kacang badam yang telah ditumbuk dan satu sudu madu asli
4.Minum segelas setiap pagi selama tiga hari berturut-turut
madu asli
Amalkan petua tenaga batin ini Inshallah anda akan nikmati hasilnya
AMALAN YANG PERLU DI PATUHI
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’.Batang zakar harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  3. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
  4. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
  6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudianbaharulah minum air.
  7. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
  8. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  9. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  10. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
  11. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  12. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  13. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  14. Jangan jima’ di dalam air.
  15. Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
  16. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  17. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  18. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
  19. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga
PANTANG LARANG MELAYU LAMA BAGI KEKUATAN LELAKI:

Dalam ilmu tadisional Melayu Lama terdapat beberapa pantang larang yang baik untuk diamalkan agar kejantanan lelaki sentiasa gagah perkasa. Berikut adalah beberapa pantang larang yang baik untuk diterima pakai demi kesihatan kaum lelaki…insya’Allah

 1. Jangan amalkan minum air batu, air gas atau air yang disejukkan dalam peti ais kerana ia akan mengakibatkan Mr.P menjadi sejuk serta lembik. Mengamalkan minum air batu biasanya Mr.Pnyatidak mantap, cepat pancut dan tidak keras seperti mana amalan sepatutnya. Mr.P mudah ngilu apabila bersama dengan isteri.
2. Jangan amalkan makan makanan bersifat sejuk seperti sayur kacang, petola, labu, pisang embun, pisang kelat lega, pisang emas atau makanan yang dingin semalaman seperti lebihan nasi malam tadi masih dimakan di waktu pagi melainkan dihangatkan dahulu. Ataupun makanan yang disejukkan atau dibekukan kerana ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
 3. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air apabila selesai 2 minit selepas suapan terakhir seelok eloknya, melainkan jika tercekik tu sebab jangan makan dengan cepat atau gelojoh. Sekali telan sekali selawat. Kesannya sama seperti minum air batu mudah loya dan jika terus diamalkan lambat laun mudahlah mati pucuk.
 4. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).
 5. Jangan jadikan amalan onani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan Mr.P.
 6. Elakkan daripada meminum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
7. Jangan biarkan isteri menindih Mr.P ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada Mr.P kerana waktu tidur darah menuju Mr.P. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.
 8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan Mr.P.
 9. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih daripada 3 kali seminggu, kerana Mr.P perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
 10. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan Mr.P. Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air. Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.
 11. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Jangan biarkan Mr.P terendam begitu lama selepas klimaks.
 12. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.
 13. Elakkan minum air selepas pukul 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
14. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan Mr.P jadi ngilu dan kurang bertenaga.
 15. Jangan pancutkan air kencing ke dalam air bertakung atau kencing di dalam air, carilah tempat yang kering dahulu. Kencing dahulu sebelum membuang air besar kerana ia boleh melatih mengawal otot Mr.P dengan baik.
 16. Hindarkan diri dari bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua, selalulah amalkan ketip setiap pagi kulit kayu manis/cengkih dan juga buat senaman harimau pada awal pagi.

Senaman Kuatkan Tenaga Batin Untuk Lelaki

http://youtu.be/-1Qc41uX1rk


Petua & Amalan Tenaga Batin

http://youtu.be/ScJuUxKhQkE


1 comment:

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan yang sudah dikenakan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar kepada saya..
    email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete