Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula
sejak 120 tahun yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan
keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera ini diikuti
dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan industri dan akhir
sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi semua
bidang pekerjaan. Sejarah, peranan dan perkembangan Jabatan ini boleh
dijejaskan dalam lima era.
1. ERA KESELAMATAN DANDANG - SEBELUM 1914
Tugas keselamatan pekerjaan yang
mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En. William
Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau ditugaskan untuk memeriksa
keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakannya digunakan di
lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak
telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana orang
perseorangan yang mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen
perlantikan sebagai boiler surveyor Pada tahun 1892 terdapat 83 dandang stim di
Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit
yang digunakan di kilang gula. Sistem boiler surveyor telah ditamatkan pada
tahun 1900 dengan terlantiknya En. C. Finchman sebagai Inspector of Boiler.
Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana
keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya yang tersendiri.
Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor, iaitu
Selangor Boiler Enactment 1892 . Manakala di Perak pula perundangan dandang
stim yang pertama dikuatkuasakan ialah pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah
kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka
masing-masing, dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai
'Inspector of Boiler'.
2. ERA KESELAMATAN JENTERA - 1914 HINGGA 1952
Pada 1hb. Januari 1914
enakmen-enakmen dandang stim di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dimansuhkan dan
digantikan dengan Machinery Enactment of 1913. Dengan berkuatkuasanya enakmen
1913 pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga
ke atas jentera-jentera lain, termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air
dan pemasangan jentera auxiliary yang bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan
Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan diganti dengan Inspectors of Machinery
and Assistant Inspector of Machinery.
Pada tahun 1932, Machinery Enactment of 1913 telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Machinery Enactment of 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta
pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan. Ketika itu Pemeriksa-pemeriksa
Jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian, iaitu di bawah cawangan
Machinery. Ini adalah kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakannya
tertumpu di sektor perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu
itu.
Cawangan Machinery berada di bawah
Jabatan Galian sehingga 1952. Cawangan Kejenteraan (Machinery) telah dipisahkan
daripada Jabatan Galian dan ditukarkan nama kepada Jabatan Kejenteraan.
Pemisahan ini adalah perlu kerana kebanyakan pemeriksaan telah berkembang luar
daripada industri perlombongan.
Pada tahun 1953, kesemua enakmen
kejenteraan yang dipakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu
serta Negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery
Ordinace 1953. Dengan penguatkuasaan Ordinan 1953 ini, peranan Pemeriksa tidak
lagi tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi juga meliputi
keselamatan pekerja di kilang-kilang di mana jentera-jentera tersebut
digunakan. Ordinan 1953 masih mempunyai kekurangan dalam aspek-aspek kesihatan
pekerja walaupun terdapat peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerja di bawah ordinan tersebut, tetapi tidak dikuatkuasakan
sepenuhnya. Peruntukan-peruntukan utama ordinan-ordinan tersebut adalah seperti
berikut:
·
maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa
mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan;
·
maka peraturan-peraturan boleh dibuat;
·
maka jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan
kelayakan;
·
maka orang yang disahkan sahaja boleh mengendalikan jentera;
·
maka jentera-jentera hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa;
·
maka kebenaran dari Pemeriksa hendaklah diberi sebelum jentera
diperlesenkan atau diubah;
·
maka semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut
dengan jentera hendaklah dilaporkan dan disiasat;
·
maka tiada sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan
kecederaan kepada yang lain atau menggunakan alat keselamatan;
·
maka jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan
dijual atau dipinjamkan atau disewakan; dan
·
maka Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan
memberhentikan jentera-jentera yang tidak selamat.
Sehingga 1964 terdapat 786 dandang
stim, 4537 pengandung tekanan tak berapi, 981 mesin angkat dan 11,366
pepasangan lain. Kakitangan Jabatan Kejenteraan ketika itu terdiri dari 10
Pemeriksa, iaitu Jurutera Mekanikal, 5 Penolong Pemeriksa terdiri daripada
pemegang Diploma Kejuruteraan dan 9 Pemeriksa kilang (Juruteknik).
4. ERA KESELAMATAN DAN KESIHATAN INDUSTRI - 1970 HINGGA 1994
Pada tahun 1967, Akta Kilang dan
Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Selain daripada itu penyusunan semula
Jabatan telah dijalankan pada penghujung tahun 1960an di mana tanggungjawab dan
fungsi pemeriksa, kaedah pentadbiran dan sistem fail telah disusun semula
disamping penutupan pejabat-pejabat cawangan kecil di Rawang, Taiping, Tapah,
dan Muar. Pada tahun 1970 Akta Kilang
dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953
telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan
Jentera. Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan Akta tersebut bergelar Pemeriksa
Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang
terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas
pekerja, di mana para pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera
telah juga dilindungi. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan
industri telah diperlengkapkan.Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk
memperuntukkan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan di semua
premis di mana jentera digunakan, termasuklah di kilang-kilang, tapak-tapak
kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Akta ini cuma berkuatkuasa
di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila pemakaiannya
diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehingga tahun 1968, Ketua-ketua Pemeriksa
adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa lnggeris. Pada tahun 1968
jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh anak
tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan
Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan.
Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan
di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.
Era ini juga menyaksikan pewujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang
penting seperti tertubuhnya Bahagian Mencegah Pencemaran pada tahun 1971;
penubuhan Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada
Bahagian Industri Hygiene pada tahun 1980; permulaan aktiviti Keselamatan
Petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985;
bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar industri;
aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan
bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat
Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.l.S) pada tahun
1988; dan penubuhan Bahagian Major Hazards pada tahun 1991. Akta
(Langkah-langkah Keselamatan) Petroleum telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan
penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan
Jentera menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan
penghantaran petroluem melalui talian paip, pangagihan dan penyimpanan
petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan
(Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985
telah dikuatkuaskan sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan tanggungjawab baru ini
pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga diwartakan sebagai Pemeriksa
Petroleum.
Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis
Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985.
Kabinet telah meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan pelancaran
rasminya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember
1992. Institut ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan
penubuhannya bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti latihan;
pengumpulan dan penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Satu bengkel kebangsaan mengenai
pembangunan strategi maklumat keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah
diadakan pada 26 - 28hb April 1993 anjuran bersama Jabatan Kilang dan Jentera,
Asia-OSH dan Petubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Matlamat mengadakan bengkel
ini adalah untuk mewujudkan satu rangkaian maklumat berkaitan dengan amalan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya pertukaran dan penyebaran maklumat
akan dapat dibuat dengan lebih berkesan. Sejak penyusunan semula Jabatan pada
tahun 1969, banyak perubahan telah berlaku disebabkan oleh pertumbuahn pesat
ekonomi negara dan juga ia disebabkan oleh penguatkuasaan beberapa peraturan
yang dibuat dibawahnya.
Penyusunan semula Jabatan juga adalah perlu memandangkan kepada perubahan dasar
Jabatan dari segi penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, iaitu peluasan skop perlindungan para pekerja dan penggalakkan
falsafah pengaturan kendiri di mana matlamat, fungsi, tanggungjawab dan
pendekatan Jabatan adalah berubah. Penggubalan Akta yang baru juga memerlukan
penyusunan semula organisasi Jabatan setelah 20 tahun berfungsi menurut
organisasi yang lama yang tidak lagi sesuai untuk menangani isu-isu keselamatan
dan kesihatan pekerjaan semasa. Jawatankuasa petugas penyusunan semula yang
telah ditubuhkan pada 1991 telah mengemukakan dua kertas kerja kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan iaitu kertas kerja menaikkan taraf jawatan
Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera dan timbalannya dan kertas kerja cadangan
penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Kilang dan Jentera Malaysia.
Bermula daripada tahun 1992 gred jawatan Ketua Pemeriksa ialah Jawatan
Tertinggi C dan Timbalan Ketua Pemeriksa pula menjawat gred Jawatan Tertinggi
D. Penyusunan semula Jabatan telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
dan 108 jawatan baru telah diwujudkan. Struktur baru Jabatan telah mula
berkuatkuasa pada 1hb Januari 1993
5. ERA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN - SELEPAS 1994
Perundangan baru
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada
1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana
memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan
pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor
industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah
Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja,
manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90%
daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan
angkatan tentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk
memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan
pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan
dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan
kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Akta
ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di
atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang dan
Jentera 1967. Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini
melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang
percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.
Akta ini juga mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang,
pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun
kewajipan-kewajipan tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang
serius, dan membawa pelbagai tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip utama telah
diambil untuk dijadikan asas dalam penggubalan Akta ini. Prinsip pertama ialah
self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani perkara-perkara
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu
membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas. Bermula dengan
mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya,
pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk
dilaksanakan. Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak
majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan
masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat
kerja. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan
dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan
mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di
antara majikan dan pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan
kesihatan yang dilaksanakan akan berjaya.
Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa,
penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan
polisi dan penyusunan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan
dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan orang-orang lain daripada
bahaya yang timbul daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Kuasa
untuk penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan
juga dinyatakan dengan jelas.
Dengan kelulusan akta ini mulai April
1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sektor-sekotr
industri yang terlibat adalah seperti berikut:
·
Pengilangan
·
Perlombongan dan penguarian
·
Pembinaan
·
Pertanian, perhutanan dan perikanan
·
Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
·
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
·
Perdagangan borong dan runcit
·
Hotel dan restoran
·
Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
·
Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun
Manakala misi Jabatan adalah untuk
mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua majikan dan
pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang
terdedah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berpunca daripada
aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.
Sejajar dengan kestabilan dan pengukuhan Malaysia sebagai penyumbang
ekonomi serantau dan juga komuniti ekonomi dunia, Malaysia tidak terkecuali
dari menghadapi cabaran-cabaran di dalam aspek persekitaran tempat kerja.
Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu melihat jauh ke hadapan untuk mempelajari
pengalaman daripada Negara-negara luar yang lebih maju.
Secara khususnya dalam konteks KKP,
Malaysia dapat mempelajari, mengadaptasi dan melaksanakan program KKP dari
Negara-negara luar selaras dengan perkembangan industri dan ekonomi negara.
Oleh itu, Plan Induk KKP telah diwujudkan dengan mengambil kira segala
kemungkinan yang akan berlaku.
Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Occupational Safety and Health – Master Plan) 2015 ini telah
dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 02 Mei 2009 dengan
matlamat utama untuk membangunkan modal insan yang selamat, sihat dan produktif
dengan menerap, memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat dan sihat di
tempat kerja. Pelan Induk ini dibangunkan selaras dengan halatuju kerajaan
dimana setiap strategi yang dibangunkan adalah menyokong asas-asas ke arah
sebuah Negara “High Income, Advance Technology” menjelang 2020 kelak.
PERNYATAAN MENGENAI DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK TEMPAT KERJA
nPENENTUAN KEUTAMAAN SESUATU PROGRAM ATAU SISTEM YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN
nPROGRAM ATAU SISTEM MEMNUHI ASPIRASI ATAU CITARASA MAJIKAN
SEK. 16 OSHA 1994
MEMPERUNTUKAN SUPAYA SEMUA
MAJIKAN DAN PEKERJA MENYEDIAKAN SATU DASAR AM BERKENAAN DENGAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJA-PEKERJANYA SEMASA BEKERJA
ELEMEN
INI PERLU DISEDIAKAN SECARA BERTULIS BERKAITAN DENGAN;
- DASAR AM
- ORGANISASI
- PERKIRAAN
DENDA RM5..K DAN PENJARA TAK LEBIH 2 TAHUN
TUJUAN DASAR DI ADAKAN
- SUPAYA MAJIKAN MEMIKIRKAN DENGAN SERIUS MENGENAI BAHAYA-BAHAYA DI TEMPAT KERJANYA
- MEMASTIKAN PROGRAM YANG PERLU DI ADAKAN UNTUK MENGHAPUS ATAU MENGAWAL BAHAYA ATAU APA-APA HAZARD YANG TELAH DI KENALPASTI
- DASAR AM, ORGANISASI DAN PERKIRAAN BERTULIS – MEMBERI MESEG YANG JELAS KEPADA SEMUA PIHAK
- MAJIKAN DAPAT MEMBERITAHU BENTUK PROGRAM, SISTEM PENCEGAHAN DAN PERLINDUNGAN YANG AKAN DISEDIAKAN.
ISI KANDUNGAN DASAR
PENYATAAN MENGENAI DASAR AM
PERNYATAAN MENGENAI
ORGANISASI UNTUK PELAKSANAAN DASAR
PERNYATAAN MENGENAI
PERKIRAAN UNTUK PELAKSANAAN DASAR
APA ITU DASAR AM
1. DASAR AM ADALAH SEBUAH FORMAT
YANG RINGKAS DAN MUDAH DIFAHAMI
2. MAJIKAN
BOLEH MENGARISKAN SECARA RINGKAS DASARNYA, IAITU
A) PRINSIP
B) PRIORITI
C) MATLAMAT
KOMITMEN
MAJIKAN DALAM MELINDUNGI KESELAMATAN & KESIHATAN BUKAN SAHAJA PEKERJA
TERMASUK JUGA ORANG-ORANG LAIN YANG MUNGKIN TERJEJAS AKIBAT AKTIVITI NYA.
BAH1-DASAR
AM
1. PENTINGNYA
PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DIBERI KEUTAMAAN
2. PENTINGNYA
PENDEKATAN PERUNDINGAN DAM KERJASAMA
3. OBEKTIF
UTAMA YANG HENDAK DICAPAI
4. PERANAN
UMUM SEMUA PIHAK
5. PASTIKAN
FALSAFAH DAN OBJEKTIF TIDAK BERCANGGAH DENGAN AKTA
6. HENDAKLAH
DITANDA TANGANI MAJIKAN, TARIKH PENYEDIAAN DAN SEMAKAN
7. PERLU
DISEDIAKAN BERASINGAN MENGIKUT BAHAGIAN DAN DIPAMIRKAN
8. PERLU MENYATAKAN DENGAN
JELAS
PENGAWASAN PELAKSANAAN PROGRAM
BAGAIMANA STRUKTUR DAN FUNGSI JKKP
9. PERLU DIPAMIRKAN
- DI SEDIAKAN SECARA
BERASINGAN ANTARA BAHAGIAN MENGIKUT PERIORITI
- DI TANDATANGAN – MAJIKAN,
TARIKH PENYEDIAAN ATAU KAJIAN SEMULA SEKIRANYA PANJANG LEBAR – DIBUKUKAN
PERNYATAAN –DASAR- MRNGIKUT KAEDAH PERKIRAAN (BOLEH DI UKUR)
1. SISTEM PEMILIHAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
2. PROSEDUR INDUKSI – PEKERJA BARU
3. PROGRAM BERSTRUKTUR – LATIHAN
4. SISTEM PENYEDIAAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BERTULIS
5. SISTEM MENGENALPASTI DAN MENGAWAL RISIKO
6.SISTEM PEROLEHAN DAN SLENGARAAN PENCEGAHAN
7. SISTEM PENGAWASAN DAN PENYELARASAN BERKESAN
1.EG. PERMIT
–TO-WORK BAGI KERJA BERISIKO
8. SISTEM LAPORAN, SIASATAN DAN ANALISIS KE ATAS
KEMALANGAN,PENYAKIT DAN KEJADIAN BERBAHAYA
9. SISTEM PEMILIHAN,PENYEDIAAN DAN PENGAWASAN PENGGUNAAN ALATAN
PELINDUNG DIRI DAN KESELAMATAN LAIN
10. SISTEM PENGAWASAN KESIHATAN MENYELURUH BAGI SETIAP KAKITANGAN
YANG TERDEDAH KEPADA RISIKO
11. PROGRAM MEMUPUK KESEDARAN DAN MINAT – KKP
12. SISTEM KOMUNIKASI DAN RUNDINGAN SERTA KERJASAMA
13. PERLU DIPASTIKAN SEMUA SISTEM TADI BOLEH DIPRAKTIKKAN DAN
SESUAI DENGAN AKTIVITI DENGAN MERUJUK KEPADA PENYATAAN DASAR/POLISI –
MAJIKAN/JKKP
14. BIASANYA BAHAGIAN INI PANJANG LEBAR DAN HENDAKLAH IANYA
DIBUKU KAN
15. BOLEH DISEDIAKAN MENGIKUT BAHAGIAN MASING-MASING DAN ISI
KANDUNGANNYA SESUAI DENGAN AKTIVITI MASING-MASING.
16. DISIMPAN DI LOKASI YANG SESUAI UNTUK RUJUKAN
PENERANGAN
MENGENAI KEPERLUAN, FORMAT DAN ISI KANDUNGAN DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
TELAH DIBERIKAN GAMBARAN SECARA RINGKAS. PERLU DISEDARAI BAHAWA TIDAK WUJUD SUATU MODEL DASAR YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEMUA ORGANISASI ATAU TEMPAT KERJA.
OSHA
1994
(OCCUPATIONAL SAFETY and HEALTH ACT 1994
(OCCUPATIONAL SAFETY and HEALTH ACT 1994
lOBJEKTIF AKTA
lTAFSIRAN
lPENGENALAN AKTA OSHA
lSEK.15 KEWAJIPAN AM MAJIKAN
lSEK.16 MEMBENTUK
DASAR
lSEK.17. KEWAJIPAN - ORANG LAIN
lSEK.19 PENALTI
lSEK.20 BERKENAAN
DENGAN LOJI
lSEK 21 LOJI SEMASA BEOPERASI
lKEWAJIPAN AM MAJIKAN
lSEK 23. PENALTI
lSEK.27.KEWAJIPAN AM PEKERJA
lSEK.32.PEMBERITAHUAN
•SEK.39.PENGUATKUASAAN &
PENYIASATAN
•SEK.46. MEMBANTU PEGAWAI
By: Hamzah Hj.Ahmad
PPKPK.PKD.Sik
No comments:
Post a Comment