Sunday 18 August 2013

AKTIVITI COMBI DAERAH SIK [LOKASI FELDA TELOI TIMUR

COMBI FELDA TELOI TIMUR
  1. PENGENALAN

Latar Belakang
  • -        Felda Teloi Timur (FTT) terletak dalam daerah Sik.
  • -        86 km ke selatan Bandaraya Alor Setar
  • -        20 km dari Pekan Kuala Ketil
  • -        Pekerjaan utama adalah kebanyakkannya penoreh getah dengan jumlah peneroka seramai 610 orang, mula ditempatkan pada November 1982

  Rasional Pemilihan Lokaliti
  • -        Kawasan kampung Felda Teloi Timur seluas 126.74 hektar yang dibahagikan kepada 25 blok.
  • -        Kepadatan penduduk berjumlah 3800 orang.
  • -        Terdapat kes Denggi yang dicatatkan hampir setiap tahun.
  • -        Sebanyak 2 kes denggi direkod pada tahun 2011
  • -        1 kes denggi pada tahun 2012
Sikap & Amalan Yang Ingin Diubah
  • -        Kebersihan sekeliling rumah
  • -        Melonggok peralatan tidak terpakai seperti tong cat, penutup tong dsb. Terdedah kepada hujan yang boleh menyebabkan takungan air hujan.
  • -        Tidak membuang takungan dalam pelapik pasu bunga
  • -        Peralatan acuan binaan tidak dibiarkan di kawasan pembinaan.
  •         Kurang pemantauan dan penjaan terhadap kebersihan sekeliling rumah yang menjadi kawasan tempat pembiakan nyamuk Aedes

ANALISA SITUASI - Kes Demam Denggi diFelda, Teloi Timur



Huraian Masalah, Sikap dan Amalan

  • -     Menyimpan barang lusuh dan tidak terpakai, dibiarkan lunggokan seperti di belakang rumah dana terdapat yang terdedah kepada air hyjan yang boleh menyebabkan takungan air hujan.
  • -        Simpan air dalam bekas yang terdedah
  • -       Membiarkan sampah sarap yang menakung air sekeliling rumah. Sampah sarap tersebut tidak dibakar atau dimusnahkan.
  • -        Kawasan sekeliling rumah dibiarkan semak samun
  • -        Membiarkan / melunggok semak samun selepas pembersihan
  • -        Suka melepak hingga lewat petang di luar rumah
  • -        Tidak suka menggunakan lingkaran nyamuk, aerosol dan kelambu
  • -        Lebih cenderung tidak ambil ubat, tidak mahu ke klinik/hospital sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang ada tanda-tanda seperti demam.
  • -        Mengambil sikap TIDAK PEDULI dan TIDAK MAHU AMBIL TAHU
  • -        Suka mengambil sikap “TUNGGU DAN LIHAT”
  •      Malas untuk menjalankan gotong-royong di rumah masing-masing walaupun telah diberitahu


“ PERLU UBAH “
-        Tabiat-tabiat negatif ini perlu segera diubah bagi membendung kejadian demam denggi & chikungunya terus merebak
-        Perlu lebih peka & bertanggung jawab menghentikan penularan dengan berterusan

-        3 kompenan utama yang perlu diubah iaitu:
                                               i.          Pengetahuan
                                              ii.          Sikap
                                             iii.          Amalan


PENGETAHUAN : perlu sedar kewujudan nyamuk yang membawa penyakit dan perlu sensitif munculnya kes-kes baru

SIKAP : lebih bersikap sensitif terhadap persekitaran  yang memberi perlindungan kepada nyamuk. Ubah sikap tidak ambil kisah dan tunggu dan lihat
AMALAN : amalan lama  yang lapok perlu diubah kepada amalan yang lebih baik 


KAEDAH PERANCANGAN & PERLAKSANAAN
Penubuhan Jawatankuasa Peringkat Komuniti
  •  Pemilihan jawatankuasa Peringkat komuniti adalah terdiri dalam kalangan penduduk yang aktif dengan program-program anjuran Pejabat Kesihatan.
  • Pemilihan juga dibuat berdasarkan ketua-ketua dari setiap blok dalam FTT.
  •  Dengan itu, seramai 25 orang telah dipilih sebagai jawatankuasa peringkat komuniti yang menjadi penggerak kepada program COMBI dalam kawasan FTT.

 Menyampaikan ceramah cegah denggi dan tunjuk cara kepada penduduk FTT di dewan yang disediakan.



Hebahan (awareness & information giving)
-          Hebahan dijalankan oleh dua peringkat :
1.      Hebahan melalui AJK COMBI dan promoter
2.      Hebahan melalui Unit Bergerak Pendidikan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Sik
  •  Hebahan melalui AJK COMBI dan promoter adalah dengan cara penyampaian maklumat terkini terus kepada penduduk. Hebahan ini juga disampaikan melalui mesyuarat yang dijalankan dalam komuniti, majlis perkahwinan, kenduri kendara san sebagainya.
  • Hebahan juga dijalankan melalui masjid-masjid dan surau-surau.

Hebahan melalui Unit Bergerak Promosi Kesihatan pula adalah berbentuk penyampaian maklumat terkini daripada kesihatan kepada penduduk dengan cara kenderaan meronda-ronda di setiap kawasan blok dan pada masa yang sama hebahan dan penyampaian maklumat dilakukan di pembesar suara pada kenderaan tersebut.

Antara perkara yang disentuh dalam hebahan unit bergerak adalah ;- 

Pembersihan dan aktiviti pemeriksaan aedes di rumah masing-masing yang perlu dijalankan setiap minggu.
-     Luangkan masa 10 minit sahaja untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan. Ajak anak-anak dan ahli keluarga untuk turut serta dalam aktiviti pemeriksaan aedes di rumah masing-masing ini.

Tempoh perlaksanaan
-        Tempoh perlaksanaan Projek atau program dalam aktiviti COMBI ini adalah sepanjang tahun.
-        Pelbagai program kerjasama antara AJK COMBI dengan kesihatan.
-        Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk menjalankan program dalam combi.
-        Memasang bahan promosi (gegantung, sepanduk, papan iklan dan lain-lain) di tempat yang strategik.
-        Membekalkan cenderamata galakan kepada promoter.
-        Menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah bagi ahli komuniti yang hadir.
-        Menguruskan pengumuman melalui unit promosi.
-        Menyediakan alat siar raya untuk majlis combi/ceramah denggi
-        Memastikan majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan teratur.

-        Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
                           i.          Ceramah denggi
                          ii.          Pameran kesihatan berkaitan bahaya denggi
                         iii.          Perbincangan kumpulan kecil
                         iv.          Edaran pamplet, risalah denggi.
                          v.          Poster dan streamer denggi di kawasan terpilih.
                         vi.          Menjalankan aktiviti gotong-royong
                       vii.          Menjalankan aktiviti pemeriksaan aedes di rumah masing-masing setiap minggu.

Berikut adalah graf yang menerangkan aktiviti CERAMAH, PERBINCANGAN KUMPULAN KECIL dan POSTER/PAMPLET yang diedar yang dijalankan dalam daerah Sik. FTT tidak terkecuali terlibat dalam setiap aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan.









Aktiviti mobilisasi komuniti dan kekerapan aktivitI
Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama komuniti COMBI bersama dengan pejabat kesihatan dan jabatan-jabatan lain bagi memperkukuhkan aktiviti dalam program Combi




PENCAPAIAN
Situasi Denggi Terkini
-        Sehingga bulan Mac 2013, FTT tidak mencatat sebarang kes denggi. Hal ini berikutan, aktiviti pencegahan dan kawalan yang dijalankan oleh ahli dan masyarakat FTT dalam membanteras kes penyakit demam denggi ini. Berikut adalah graf yang menunjukkan keadaan situasi denggi terkini ;


Tindakan Oleh Komuniti Hasil daripada mesej yang disebarkan / dipromosikan
-        Tindakan segera telah diambil oleh komuniti berhubung setiap maklumat yang disampaikan daripada pejabat kesihatan mengenai situasi denggi terkini.
-        Banyak perubahan dapat dilihat oleh komuniti dalam menerima sebarang maklumat daripada pejabat kesihatan.
-        Maklumat ini perlu disampaikan dengan kerap dari semasa ke semasa.



Kesan ke atas tempat pembiakan Aedes

-        Setelah pelbagai program dilaksanakan bersama komuniti FTT, kawasan yang telah dikenalpasti sebagai ‘hot spot’ pembiakan Aedes sebelum ini berkurangan.
-        Hal ini timbul berikutan kesedaran daripada masyarakat mengenai punca  / tempat takungan nyamuk jentik-jentik yang terdapat di sekeliling rumah mereka.


Pemantauan
  • -        Pemantauan dijalankan oleh AJK COMBI yang telah dilantik.
  • -        Pemantauan dijalankan secara rawak.

-        AJK COMBI telah mengambil inisiatif untuk memantau melalui penglibatan masyarakat/penduduk FTT dengan cara majlis kenduri kahwin, mesyuarat bersama penduduk dan sebagainya.-        Pejabat Kesihatan Sik juga menjalankan pemantauan secara berkala. Serta mendapat kerjasama daripada unit-unit lain dalam pejabat kesihatan daerah sik bagi memantapkan lagi program di bawah COMBI
KELESTARIAN ( SUBTAINABILITY )
Faktor Kelestarian projek
-        Kelestarian projek Combi FTT ini adalah sebenarnya daripada komitmen daripada promoter dan ajk Combi.
-        Ajk Combi inilah menjadi nadi penggerak kepada kawalan dan pencegahan denggi dalam kawasan yang telah dikenalpasti.
-        Selain itu, kesinambungan dan komitmen daripada Unit Bergerak dan Pejabat Kesihatan Daerah Sik tidak putus-putus menyampaikan maklumat dan sokongan kepada ajk Combi ini bagi meneruskan aktiviti Combi dalam lokaliti.

Kerjasama promoter dan komuniti
-        Promoter dan komuniti bekerjasama dalam menganjurkan pelbagai program di bawah Program Combi bagi member dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pencegahan Aedes.
-        Jalinan mesra perlu ada antara komuniti dengan promoter.

Situasi kes denggi terkini
-        Sehingga penghujung bulan MC 2013, FTT tidak mencatat sebarang kes denggi.



KESIMPULAN
Faedah dan pengajaran yang diperoleh 
Program “Communication for Behavioural Impact” atau singkatannya COMBI ialah satu program yang bertujuan untuk merubah tingkah laku komuniti agar mengamalkan tingkah laku sihat bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Program ini menggunakan strategi komunikasi untuk menyampaikan mesej tingkah laku yang dikehendaki dan mesej ini akan dipromosikan secara besar-besaran, berulang kali, bersungguh-sungguh dan berterusan. Program COMBI memerlukan komitmen penuh komuniti dan program COMBI yang berjaya bukan sahaja melihat kepada penambahbaikan kepada data-data selepas intervensi, tetapi tingkah laku yang dipromosikan berjaya menjadi amalan berterusan pada peringkat komuniti serta memperkasakan penglibatan komuniti dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

Perancangan dan cadangan
TARIKH PERANCANGAN  & CADANGAN AKTIVITI
April 2013
Mei 2013
Jun 2013
Julai 2013
Pemeriksaan Aedes di rumah masing setiap minggu bersama AJK Combi
i. Mengadakan gotong royong melibatkan Majlis Daerah Sik dan Pej. Kesihatan dengan serta penduduk FTT
ii. Mengadakan pembersihan kawasan sekeling secara individu
i. Hebahan yang disampaikan oleh PKD Sik  pohon diadakan pembersihan sekeliling rumah secara individu
ii. Membantu mempromosi pencegahan denggi dengan menggantung streamer
i. Gotong royong kawasan surau dan longkang dengan semburan racun jentik-jentik nyamuk atau larvaciding
ii. Mengadakan pembersihan kawasan sekeliling secara individu






Tindakan susulan dan penilaian
-        Semua tindakan susulan dan penilaian akan dijalankan bersama dari semasa ke semasa bersama-sama AJK Combi / promoter dan Pejabat Kesihatan Daerah Sik
TARIKH PERANCANGAN  & PERLAKSANAKAN AKTIVITI
Ogos 2013
Sept 2013
Okt 2013
Nov 2013
Dis 2013

Mengingatkan penduduk FTT supaya mengadakan  pembersihan kawasan sekeliling secara individu  setiap seminggu sekali

Mengingatkan penduduk FTT supaya mengadakan  pembersihan kawasan sekeliling secara individu  setiap seminggu sekali

Merancang mengadakan gotong royong melibatkan MDS dan pejabat kesihatan membersihkan kawasan sekeliling FTT

Mengingatkan penduduk FTT supaya mengadakan  pembersihan kawasan sekeliling secara individu setiap seminggu sekali

Mengingatkan penduduk taman supaya mengadakan  pembersihan kawasan sekeliling secara individu setiap seminggu sekali

No comments:

Post a Comment