Monday 7 July 2014

KENALI MODUL KHUSUS BAGI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI MALAYSIA

Peruntukan Undang-Undang


AKTA MAKAN 1983 DAN PERATURAN KEBERSIHAN 

MAKANAN 2009.


Peraturan-peraturan Kebersihatan Makanan 2009 telah diiwartakan pada 28 Februari 2009. dan antara perkara yang mandatori perlu di patuhi oleh Pengendali Makanan ialah mewajibkan setiap pengendali makanan menghadiri LPM (Latihan Pengendali Makanan)  dan mendapatkan sijil LPM daripada SLPM (Sekolah Latihan Pengendali Makanan)  yang diiktiraf oleh KKM. Denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil.

LATIHAN KHAS BERKAIATAN DENGAN PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 DI PKD.SIK, KEDAH



Program Latihan Pengendali Makanan

Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai 2.5juta orang pengendali makanan di seluruh Malaysia yang mempunyai pengalaman dan latar belakang pendidikan. Oleh itu satu program latihan yang seragam untuk pengendali makanan telah di bentuk dan dilaksanankan dibawah pengawasan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

BENGKEL  KHAS KEPADA PENGENDALI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN DAERAH SIK  ANJURAN PKD.SIK 2014



Antara Penceramah yang di Jemput



Kurikulum

Antara Kurikulum khusus bagi pengendali makanan yang di sediakan oleh semua Sekolah-Sekolah pengendali Makanan adalah merangkumi: beberapa espek berikut; dengan ketetepan mandotori oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan
  •  Keracunan makanan
  •  Pencemaran makanan dan pencegahannya.
  • Amalan kebersihan diri.
  • Penyediaan pengendali dan penyimpanan makanan.
  • Pembersihan dan pembuangan sisa makanan (sampah).
  • Pengenalan ’HACCP’ dan konsep suci.
  • Cara pemakanan yang sihat.
  • Etika kerja dan perundangan

Objektif Kursus

Mempelajari pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di dalam 
operasi pengendali makanan.
• Membentuk satu sikap profesional terhadap pekerjaan pengendali makanan.
• Mengambil berat tentang kebersihan alat-alat yang digunakan di dapur, 
disekitar bilik dan bangunan di tempat perkhidmatan beroperasi.
• Menjaga dan memahami prinsip menjaga diri yang sempurna dan personaliti yang 
baik.
• Mempraktik semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam menjalankan 
tugas harian.

Kursus ini diwajibkan kepada semua pengendali makanan merangkumi Pengusaha dan Pekerja di Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.  


Struktur Kursus Pengendalian Makanan 

Kursus ini merangkumi topik-topik berikut: 

  1. Pengenalan
  2. Pencemaran Makanan
  3. Penyakit bawaan makanan
  4. Kebersihan diri pengendali makanan
  5. Kebersihan premis makanan
  6. Kawalan sisa buangan
  7. Kawalan makhluk perosak
  8. Akta dan Peraturan Makanan 

Tempoh Masa Kusus 
3 Jam 

PREMIS MAKANAN YANG BERSIH MENJAMIN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN DI NEGAR INI TERJAMIN SEPENUHNYA

1 comment:

  1. Saya mencari penceramah utk usahasama mengendalikan kursus pengendalian makanan sebagai satu modul kursus perniagaan makanan. Premis kursus di Bandar Sunway dan Sungai Buluh. Boleh email: atiqahcafe@yahoo.com

    ReplyDelete