Sunday 14 July 2013

RISIKO PENGAMBILAN DAGING AYAM DAGING KEPADA KESIHATAN KITA

RISIKO PENGAMBILAN DAGING AYAM  PEDAGING KEPADA KESIHATAN KITA
Ayam pedaging atau nama saintifiknya Gallus gallus domesticus berasal daripada Famili Phasianidae. Generasi ketiga ayam hutan ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan ayam hutan, melainkan tisu ototnya yang lebih cepat berkembang (Ganabadi et al. 2009). Ayam pedaging diberi makanan khusus yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan otot dan seterusnya menambahkan berat badan. Makanan tersebut disediakan mengikut tahap umur. Pada usia 1 hari hingga 4 minggu, anak-anak ayam dibekalkan dengan makanan permulaan (kandungan protein kasar antara 22% hingga 24%). Manakala makanan penggemuk (kandungan protein kasar antara 19% hingga 20%) diberikan pada usia ayam antara 5 hingga 7 minggu. Peningkatan berat badan yang mendadak akan berlaku dalam masa antara 5 hingga 6 minggu sahaja. Selepas jangka masa tersebut, ayam pedaging siap sedia untuk disembelih (Anon 2006). 
Daging ayam sering dijadikan pilihan utama pengguna di dalam diet seharian. Menurut Chang (2007), industri penternakan ayam pedaging merupakan antara industri penternakan awal yang wujud iaitu sejak tahun 1960-an lagi sama ada di negara membangun mahupun maju. Keadaan ini telah menjadikan daging ayam sebagai makanan pilihan utama bagi kebanyakan pengguna. Faktor lain yang turut terlibat adalah disebabkan kandungan nutrien yang mendatangkan kesan yang baik untuk kesihatan berbanding daging merah serta boleh dimasak dengan pelbagai cara (Farina & Almeida 2003; Chang 2007) merupakan alasan lain yang diberikan oleh pengguna. Tanpa disedari oleh kebanyakan pengguna, daging ayam pedaging juga dilaporkan boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan. Hal ini disebabkan oleh penggunaan vaksin, antibiotik dan hormon yang dilaporkan boleh memudaratkan kesihatan (Collignon 2009; Gandhi & Snedeker 2000; Fanatico et al. 2009). Berikut merupakan kesan daripada penggunaan hormon, vaksin dan antibiotik yang disuntik kepada ayam kepada pengguna.

HORMON


Terdapat dua jenis hormon yang digunakan dalam industri penternakan ayam pedaging iaitu hormon pembiakan dan hormon tumbesaran. Lima jenis hormon pembiakan yang digunakan secara meluas adalah terdiri daripada tiga hormon semula jadi iaitu hormon estradiol-17β, testosteron dan progesteron serta dua hormon sintetik iaitu trenbolone dan zeranol (Caduff 2002). Ayam pedaging juga diberi hormon tumbesaran untuk menghasilkan pembesaran maksimum di dalam jangkamasa yang pendek. Pelbagai hormon tumbesaran seperti Growth Factor-1 (IGF-1), Triodothyronine (T3) dan Thyroxine (T4) digunakan dalam industri penternakan ayam pedaging. Hormon ini bertujuan untuk mempercepatkan tumbesaran dan seterusnya mengurangkan jangka masa pemeliharaan. Selain daripada itu, hormon tersebut juga membantutkan selera makan haiwan beberapa hari sebelum disembelih (Gandhi & Snedeker 2000). 

Daging ayam pedaging yang disuntik dengan hormon mendatangkan perbagai kesan negatif terhadap kesihatan pengguna. Hal ini kerana hormon tersebut boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim dan payudara pada wanita (Gandhi & Snedeker 2000). Kajian naratif ini juga menunjukkan hormon mampu mempercepatkan kadar kematangan gadis, namun tidak melibatkan perbincangan secara spesifik dan tidak juga melibatkan kajian saintifik secara mendalam. Sampel daging daripada industri penternakan ayam di Puerto Rico, Amerika Syarikat telah diuji dan hasilnya didapati terdapat sampel daging ayam mengandungi kandungan estrogen yang tinggi daripada tahap normal. Kandungan hormon zeranol iaitu sejenis horman estrogen bukan steroid juga ditemui dalam darah mereka yang dikenal pasti mencapai tahap kematangan 
terlalu awal (Gandhi & Snedeker 2000)

Hormon Estradiol –17β merangsang pembahagian sel dalam tisu seterusnya, meningkatkan kadar mutasi sel barah terutamanya barah payudara pada wanita dan barah prostat pada lelaki (Doyle 2000). Fara et al. (1979) melaporkan hormon ini juga menyebabkan pembesaran buah dada yang tidak normal telarke pramatang (premature thelarche). Kajian keratan rentas terhadap kes tumbesaran buah dada tidak normal yang dialami oleh pelajar di Milan, Itali dilakukan daripada tahun 1977 sehingga 1978. Kajian kohort tersebut melibatkan sejumlah 11 orang pelajar lelaki berumur 6-7 tahun dan seorang perempuan berumur 4 tahun yang mengalami pembesaran buah dada yang tidak normal pada usia yang terlalu awal. Pelajarpelajar berkenaan dipantau dari masa ke semasa serta dibandingkan dengan kumpulan lain yang normal.

Hasil kajian mendapati hormon Estradiol –17β yang terkandung di dalam darah pelajar berkenaan adalah tinggi. Kejadian tersebut berlaku disyaki berpunca daripada pengambilan daging ayam pedaging dalam kekerapan yang tinggi oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Hormon zearalenone, yang terkandung dalam daging ayam pedaging membawa kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Selain mengganggu sistem pembiakan manusia, ia juga membawa kesan negatif kepada sistem imun, perkembangan tindak balas neuron (neuron behavioural) dan kanser. Kajian sistematik melalui kaedah meta-analisis ini, mengenal pasti,menilai, memilih dan mensintesis bukti yang terdapat dalam semua penyelidikan yang berkaitan kesan negatif penggunaan hormon tersebut (Mantovani 2006). 

ANTIBIOTIK

Antibiotik merupakan bahan kimia atau kompaun yang digunakan untuk mencegah jangkitan profilaktik serta 
merawat penyakit terapeutik yang disebabkan oleh bakteria (Harmon 2011; Barton 2000). Selain daripada itu, antibiotik juga digunakan dalam industri ternakan bertujuan untuk mempercepatkan tumbesaran, meningkatkan kecekapan pertukaran makanan dan mengurangkan penghasilan bahan buangan (Donoghue 2003; Collignon 2009; Barton 2000; van den Bogaard & Stobberingh 2000). Antibiotik yang menjalankan ketiga-tiga fungsi tersebut dikenali sebagai penggalak pertumbuhan antimikrob (antimicrobial growth promoter – AMGP). Antimikrob yang bertindak sebagai AMGP adalah seperti penggunaan avoparcin dan 
virginiamisin (van denBogaard & Stobberingh 2000). Penggunaan antibiotik dalam industri penternakan ayam memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Hal ini berlaku kerana bakteria kebal antibiotik (antibiotic resistant bacteria) boleh berpindah daripada daging haiwan kepada manusia. Apabila bakteria ini menjadi semakin kebal terhadap antibiotik yang diberi kepada ayam atau haiwan lain, maka kesan antibiotik yang diberi terhadap manusia sudah tidak berkesan lagi (Barton 2000; Collignon 2009; Alanis 2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi. tahap kekebalan bakteria tersebut termasuklah kepekatan antibiotik, pendedahan dalam jangka masa lama, jenis antimikrob dan status imun haiwan tersebut. Kandungan antimikrob yang rendah, tetapi berada dalam ayam untuk jangkamasa lama lebih berisiko tinggi dalam meningkatkan penghasilan bakteria kebal antibiotik (WHO 1997).

Salmonella, Campylobacter, Enterococci dan Escherichia coli merupakan antara jenis bakteria yang seringkali menjangkiti ayam pedaging. Pengawalan penyakit oleh bakteria tersebut yang menggunakan antibiotik telah mewujudkan bakteria kebal antibiotik pada manusia. Klon Salmonella typhimurium DT104 didapati kebal terhadap ampicillin, tetracycline, streptomycin, chloramphenicol dan sulphonamide yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit pada manusia. Selain itu, penggunaan avoparcin (sejenis bakteria enterococi) sebagai penggalak pertumbuhan ayam pedaging membawa kepada pemindahan gen kebal antibiotik tersebut kepada glikopeptida. Hasilnya, terbentuklah enterocci kebal glikopeptida (glycopeptide-resistant enterococci). Jangkitan yang serius boleh mengakibatkan kegagalan sistem imun pesakit. Bakteria kebal antimikrob ini memasuki badan manusia melalui pengambilan daging ayam (WHO 1997). 

Di negara Denmark, sejumlah 75% bakteria Enterococci faecium yang terkandung dalam ayam pedaging kebal terhadap avoparcin dan vancomycin. Manakala, 65% bakteria Enterococci faecium kebal terhadap virginiamycin. Selepas penggunaan antibiotik tersebut disekat pada tahun 2000, kadar kekebalan ke atas avoparcin dan vancomycin telah menurun sebanyak 5%. Namun, kajian di Amerika Syarikat dan Norway menunjukkan tindakan bakteria kebal antibiotik tetap ada bagi suatu tempoh masa yang panjang walaupun penggunaan antimikrob telah dihentikan terhadap haiwan (Philip et al. 2004; Bager et al. 2002).

Kajian yang dijalankan Wallinga et al. (2002) mendapati hampir 62 peratus bakteria Campylobacter dalam daging ayam pedaging kebal terhadap 1 atau lebih antibiotik. Lebih daripada 8 peratus daripada bakteria tersebut kebal terhadap Cipro, sejenis antibiotik yang digunakan dalam merencat bakteria punca keracunan makanan. Food and Drug Administration (FDA) melaporkan akibat daripada pengambilan daging ayam pedaging yang mengandungi bakteria kebal antibiotik, lebih daripada 153,000 orang terdedah kepada Cipro-resistant Campylobacter pada tahun 1999 (Wallinga et al. 2002). Kesan pengambilan daging yang dicemari bakteria kebal antibiotik terhadap manusia lebih buruk berbanding mereka yang tidak terdedah kepadanya. Hal ini adalah kerana sekiranya mereka mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria Campylobacter seperti keracunan makanan, pesakit akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Hal ini berpunca daripada tindak balas antimikrobial yang amat perlahan terhadap penyakit tersebut (Travers & Barza 2002). Bakteria kebal antibiotik boleh berpindah kepada manusia bukan sahaja melalui makanan. Penyebarannya juga boleh berlaku melalui pengendalian ke atas daging ayam mentah. Sejumlah 20 peratus (2.2 milion) antibiotik yang terdapat pada ayam pedaging mempunyai persamaan atau hampir sama seperti yang digunakan ke atas manusia seperti penggunaan tetracyclines, erythromycin, penicillin, bacitracin dan virginiamycin.

Di Australia, pada tahun 2009, dilaporkan penggunaan antibiotik dalam industri penternakan lebih tinggi daripada penggunaannya terhadap manusia (Collignon 2009). Berlainan pula bagi negara Amerika Syarikat. Keprihatinan pengguna berkenaan keselamatan makanan menyebabkan kawalan terhadap penggunaan antibiotik dilakukan oleh FDA dan United States Department of Agriculture – USDA. Hasilnya mendapati dalam tempoh kawalan selama 4 tahun iaitu daripada tahun 1997-2000, didapati penggunaan antibiotik dalam industri penternakan ayam tidak memudaratkan kesihatan pengguna (Donoghue 2003). Bagi memenuhi kesihatan manusia, sektor penghasilan daging ayam pedaging perlulah memastikan haiwan tersebut sihat dan bebas daripada bakteria kebal antimikrobial (WHO1997).

VAKSIN
Kebanyakan penyakit yang menyerang ayam pedaging boleh dicegah dan dikawal melalui program vaksinasi. Penggunaan vaksin dalam industri ini telah lama dipraktiskan (Marangon & Busani 2006). Penyakit Marek (Marek’s disease), jangkitan peparu (infectious bronchitis), Mycoplasma gallisepticum, coryza, kolera dan fowl pox merupakan antara penyakit utama pada ayam pedaging yang memerlukan suntikan vaksin. Vaksin diberi pada ayam pedaging sama ada melalui air minuman, titisan mata atau suntikan (Glatz et al. 2009). Namun, penggunaan vaksin tidaklah berkesan 100% dalam melindungi haiwan tersebut. Vaksin dilaporkan boleh mengancam kesihatan manusia kerana mampu mengganggu perkembangan sistem saraf terutamanya kepada bayi dalam kandungan. Thaul (2005) melaporkan vaksin juga membawa kesan kepada kanak-kanak yang boleh menyebabkan penyakit autisme dan sindrom down, selain daripada boleh meningkatkan 
tahap emosi seseorang Laporan tersebut yang merupakan penyelidikan domain awam ini menjelaskan sesuatu isu dalam konteks perundangan. 

ARSENIK Salah satu bahan yang terdapat di dalam makanan ayam pedaging adalah bahan kimia arsenik. Bahan kimia tersebut telah diperkenalkan sejak tahun 1960-an lagi. Arsenik berfungsi sebagai agen tumbesaran, membunuh parasit, mengurangkan tekanan dan menambahkan pigmentasi ayam pedaging (Hopey 2007). Dalam keadaan anaerobik, arsenik yang merupakan kompoun terkawal boleh berubah kepada arsenik tidak organik. Bahan kimia ini meresap ke dalam hasil buangan ayam pedaging yang kemudiannya digunakan sebagai baja oleh petani atau penternak sekitarnya. Peresapan bahan kimia berbahaya ini ke dalam tanah mengakibatkan pencemaran sumber air bawah tanah. Kompoun tidak organik ini membawa bencana kepada alam sekitar dan manusia. Menurut Jabatan Toksikologi Persekitaran Portland, pendedahan berlebihan kepada manusia membawa kepada pelbagai jenis kanser seperti kanser kulit, jantung, diabetes dan kegagalan fungsi otak (Anon 2002). 

SINARIO DI IPOH "PENGALAMAN PEG.VETERINA"

Arsenic Dalam Makanan Ayam

Mengikut satu kes di ladang pada 1996, saya (PEG.VATERINA iPOH) dapati anak ayam mengalami kadar kematian secara luar biasa (Kondisi mereka sihat dan tiada tanda penyakit secara klinikal) apabila mencapai umur 17 hari. Banyak ladang di daerah Manjung Perak yang terlibat. Terjadi kepada ladang ayam yang menggunakan makanan dari berbagai pengilang komersial.

Beralih dari senario ini saya secara rahsia mengutip sample tisu ayam yang mati ini dan menghantar ke makmal Veterinary Ipoh dan berunding  dengan pakar disana dan saya mencadangkan sample tisu ini dihantar ke makmal jabatan kimia. Pakar berkenaan bersetuju untuk melakukan perkara yang sama.

Ujian yang di minta adalah ujian ARSENIC. Pada pendapat saya mereka telah memasukkan bahan ini kedalam makanan formula mereka.

Apabila Ujian ini telah siap. Pakar dari VRI terkejut dengan keputusan ujian. Paras arsenic didapati tinggi sehingga lebih 1 ppm dalam kes kematian (rujuk laporan : no. makmal : (Ip) FOR 2302/96-0 , 2303/96-0 ). Pakar ini tidak puashati dan ingin mendapat gambaran paras dalam sampel hidup. Sampel seterusnya dari ayam hidup di kutip di ladang kawasan Kuala Selangor yang menggunakan makanan dari kilang yang berbeza dari digunakan di Manjung dan diuji di makmal berkenaan sekali lagi. Didapati paras arsenic dalam tisunya lebih rendah sedikit dari 8 kes yang mengalami kematian. 
( rujukan laporan : (IP) FOR 2334/96-0)

Ini bermakna semua pengilang menggunakan kimia mengandungi arsenic ini didalam makanan mereka.

Sangkaan saya tepat kerana saya dapati tong - tong bahan kimia bertulis ROXARSONE pernah saya lihat ada dodalam stor kilang makanan syarikat saya bekerja. Maka bahan arsenic berasal dari kimia ini.

Bahan ini pengilang gunakan sebagai bahan penggalak pembesaran dalam ternakan ayam. Tambahan pula pada 21 ogos 1996 kerajaan telah mengharamkan penggunaan Nitrofuran dalam industri ayam. Maka pihak pengilang terpaksa bergantung kepada bahan ini sebagai penggalak pembesaran ayam.

Bahan Arsenic ini telah digunakan semenjak 1940-an lagi di Amerika dan sekarang mereka mengalami masalah berkaitan dengan kanser dikalangan penduduk yang berada dikawasan zon penternakan ayam. Bahan ini meresap ke bawah tanah dan mencemar sumber air bawah tanah.

Bahan arsenic ini adalah sangat toksik pada dos tinggi (selalunya digelar sebagai Silent Killer) dan akan merosakkan organ dalaman dan akan mengakibatkan kanser pada dos rendah. Pada pendapat saya mekanisma yang dilakukan oleh arsenic ini ialah ia akan terkumpul dalam badan dan akan mencecah paras tertentu dan akan merosakkan organ pancreas dalam ayam dan insulin akan dikeluarkan secara tidak cukup dan menjadikan ayam ini mengalami diabetes dan mereka akan makan dengan banyak sekali dan ini akan mempercepatkan pembesarannya.


Dari sudut @ kacanata agama islam

Di beberapa negara Eropa, banyak kasus penyuntikan protein babi ke dalam daging ayam untuk menambah berat dan meningkatkan keuntungan. Buya Hamka pernah berpendapat, bahwa kalau kita di luar negeri dan terpaksa harus mengkonsumsi ayam atau sapi yang tidak diketahui cara menyembelihnya, maka cukup dengan membaca basmalah dan bertawakal kepada Allah. Hal itu hanya berlaku bagi hewan halal, seperti sapi atau ayam, tidak untuk babi. Namun barangkali, jika mengetahui berbagai fakta mutakhir tentang daging sapi dan ayam yang diinjeksi dan dicampur dengan protein babi, Buya Hamka mungkin akan berpendapat lain. Kasus yang terjadi di Inggris dan Amerika membuat kita terhenyak, apakah kita cukup percaya ketika pada kemasan daging sapi mengklaim bahwa daging tersebut adalah daging sapi? Mungkin kita menganggap bahwa negara maju seperti Inggris dan Amerika tidak mungkin melalukan tindakan yang bisa dianggap sebagai penipuan. Apalagi jika dikaitkan dengan tingkat kesadaran hukum yang konon dikatakan cukup tinggi di kalangan masyarakatnya. Kasus Amerika
Kebanyakan daging yang diperjualbelikan di Amerika saat ini mengandung bahan pengisi (filler). Bahan pengisi yang sering digunakan adalah hasil samping dari babi dan bahan-bahan kimia. Filler ini digunakan sebagai komponen flavor atau sebagai substitusi protein untuk produk-produk yang bukan babi dengan tujuan agar harga jualnya dapat lebih rendah dan memiliki rasa yang lebih baik. Dalam sebuah jurnal FDA (Food and Drug Administration), lembaga pengawas obat dan makanan di Amerika itu telah membuktikan bahwa daging kemasan yang dijual mengandung filler. Merekapun menyetujui penggunaan filler tersebut sampai dengan batas 5 %. Di Amerika Serikat, terdapat lebih dari 20 % protein babi pada daging sapi giling. Rumah potong hewan (RPH) juga menggunakan cantelan daging yang sama untuk menggantung daging sapi dan daging babi. Karena waktu produksi yang sangat ketat, sehingga tidak ada kesempatan untuk mencuci atau membersihkan cantelan daging tersebut dari residu babi saat akan digunakan untuk sapi. Paling tidak sekitar 5 % babi dapat terdeteksi pada daging yang diyakini konsumen sebagai daging sapi. Secara keseluruhan ketika seseorang membeli daging sapi, pada kenyataannya daging yang dibeli tersebut kemungkinan besar mengandung sekitar 5 hingga 25 % babi. Jadi jika konsumen muslim membeli daging sapi atau ayam bukan di toko yang menjual daging halal, maka sesungguhnya ia tidak pernah membeli 100 % daging sapi giling, seperti apa yang disangka. Kasus Inggris
Ada laporan dari BBC News, ayam yang diimpor dari Belanda ke Inggris ditemukan terkontaminasi dengan daging sapi dan babi. Parahnya lagi, produk yang terkontaminasi ini dilabel sebagai produk halal. Sebuah media mengklaim The Food Standards Agency (FSA) seharusnya tidak menunda untuk mengeluarkan hasil tes terakhir pada produk ayam yang terkontaminasi tersebut. Pihak FSA agak khawatir untuk mengeluarkan berita itu segera karena publikasi tersebut akan menimbulkan kepanikan di antara komunitas etnis minoritas. Umat Hindu tidak mengkonsumsi sapi dan Muslim tidak mengkonsumsi babi. Uji yang telah dilakukan oleh lembaga tersebut (tahun 2001) mengidentifikasi adanya babi pada produk ayam. Kemudian Food Safety Authority Ireland (FSAI) pada tahun 2002 juga mendeteksi adanya protein sapi pada ayam yang diimpor dari Belanda. Ada suatu dugaan bahwa uji terakhir yang dilakukan oleh FSA mengindikasikan bahwa ayam yang diimpor dari Belanda pun mengandung protein babi terhidrolisa dari hewan yang sudah tua atau bagian lainnya seperti kulit, kulit jangat, dan tulang. Bagian-bagian tersebut ditambahkan air lalu diinjeksikan ke dalam daging ayam. Hasilnya, daging ayam itu menjadi lebih besar dan bobotnya bertambah sekitar 40 persen. Produk tersebut memiliki dua aspek ilegal. Pertama, produk tersebut telah dilabel sebagai produk halal, padahal mengandung protein babi. Kedua, karena juga mengandung protein sapi, maka ada kemungkinan tercemar BSE yang bersumber dari protein sapi yang diinjeksikan tersebut. Menanggapi hal tersebut, Professor Harriet Kimbell dari komite penasihat pemerintah untuk kasus BSE mengatakan, tindakan tersebut adalah tindakan amoral dari produsen untuk konsumen. Konsumen dengan sengaja memilih produk ayam yang dilabel halal untuk alasan agama dan keamanan, namun malah mengkonsumsi ayam yang tercemar produk haram, dan bahkan bisa jadi tidak thayyib, jika tercemar BSE. Jadi sebagai konsumen Muslim, apalagi saat bepergian ke luar negeri, berhati-hatilah. n Tim Auditor LP POM MUI LP POM MUI Menjawab Assalaamu'alaikum Wr Wb,

Beberapa waktu lalu saya mengunjungi salah satu tempat penyembelihan ayam potong di Balikpapan. Dari pengamatan saya, rasanya kepedulian mereka terhadap cara penyembelihan yang baik dan benar masih sangat kurang, sehingga menimbulkan rasa was-was untuk mengkonsumsi ayam potong. Yang ingin saya tanyakan adalah, apakah saya bisa mendapatkan tata cara penyembelihan ayam sesuai syariah Islam, khususnya untuk pemotongan massal yang masih manual? Saya ingin berbagi pengetahuan ke tempat-tempat penyembelihan ayam tersebut agar kami dapat lebih tenang mengkonsumsi ayam potong yang tersedia di pasar rakyat. Jazaakumullahu khairan katsiiraa. Wassalam,

Emil Habli, Balikpapan Jawaban: 
Proses penyembelihan merupakan tahap yang sangat penting dalam kehalalan hewan potong. Oleh karena itu tata cara penyembelihan tersebut harus dilakukan dengan benar dan baik. Beberapa tahap yang harus diperhatikan, khususnya dalam penyembelihan ayam secara massal adalah: 
* Ayam harus masih hidup dan sehat serta diperlakukan dengan baik sebelum disembelih. Kadang-kadang ayam diangkut dengan mobil atau motor dari tempat yag cukup jauh sebelum disembelih, oleh karena itu perlu diperiksa apakah ada yang mati. Ayam yang mati harus segera dipisahkan dan tidak disembelih. 
* Membaca kalimat Allah (bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor hewan yang disembelih. 
* Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Untuk penyembelihan massal, aspek ini harus diperhatikan dengan seksama, jangan sampai ada yang terlewat atau tidak terputus dengan sempurna. Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam, karena dikhawatirkan tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna. 
* Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum proses selanjutnya, seperti pencelupan ke dalam air panas, pencabutan bulu dan pembersihan. Jangan sampai dalam keadaan masih hidup ayam tersebut langsung dimasukkan ke dalam air panas. Demikian. Tim Auditor LP POM MUI REPUBLIKA - Jumat, 03 Juni 2005


1 comment:

  1. Terima kasih atas artikel yang sangat bermanafaat. Saya mohon sedikit lagi maklumat: Adakah penggunaan arsenik sebagai "bahan tambahan" bagi makanan ayam masih diamalkan di Malaysia?

    terima kasih !

    ReplyDelete