Tuesday 27 January 2015

PERANAN SAKSI KEDUA (2) DALAM TUGAS SEHARIAN PEN.PEG.KES.PERSEKITARAN

ISU- KEPENTINGAN KESAKSIAN  (SAKSI KE DUA ) DIDALAM AKTIVITI PENGUATKUASAAN YANG MELIBATKAN PEN.PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA
By: Hamzah Hj.Ahmad
Pkd.Kangar Perlis

Jika mahkamah telah menerima seseorang saksi itu sebagai kompeten untuk memberi keterangan tetapi kemudiannya mendapat bukti daripada fakta yang menjejaskan kapasiti saksi itu dan selepas pemerhatian kepada kelakuan saksi itu, mahkamah mengubah pendiriannya tentang kekompetenan saksi, pemeriksaan ke atas saksi ini hendaklah diberhentikan dan keterangannya di “struck out”. Kes: Sidek bin Ludan v PP



Dalam kes Chai Ah Son v R [1954] MLJ 217

Adalah menjadi tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki arak yang diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut :
(Whether or not an accused person has confessed it remains the duty of the prosecution to place all the material evidence before the Court with the proviso that they are not compelled to call witnesses whom they have good reason to think are not witnesses of truth or are likely to be hostile; and when such witnesses are not called they should usually be offered for cross-examination unless there is some good reason for not doing so.)

Although, in Singapore and Malaysia, the law of evidence is governed principally by the Evidence Act,11 the principle of proof beyond reasonable doubt seems to apply with equal force. S. 103 illustration (a) makes it clear that the prosecution must prove that the accused committed the crime for which he is charged. In an appeal from the Federal Court of Malaysia in PP v. Yuvaraj,12 Lord Diplock ruled that “prove” in this provision of the evidence Act must mean proof beyond all reasonable doubt. This was felt to be “historic” and “fundamental to the administration of the justice under the common law” and was not altered by the Evidence Act. Lord Diplock went further in Ong Ah Chuan v. PP,13 an appeal from the Court of Criminal Appeal of Singapore, to hold that the principle is a fundamental rule of natural justice constitutionally protected in Singapore by Article 9 and Article 1214:

Law of Evidence has been enacted to provide the court with the rules and regulations pertaining to the determination of relevant facts and how they are proved during trial. One of the main method of proving is testimony by witnesses.

Kebiasaan nya setelah kesemua saksi selesai disoal oleh Pegawai Pendakwa / TPR (semua saksi selesai melalui ketigatiga langkah), dan kesemua bahan bukti sokongan telah dikemukakan, peringkat pendakwaan bagi kes pun berakhir dan Pegawai Pendakwa / TPR menutup kes pendakwaan. Kedua-dua pihak Peg.Pendakwa / TPR dan peguam bela kemudiannya akan berhujah di hadapan mahkamah untuk memutuskan sama ada kes telah mencapai tahap prima facie ataupun tidak, di peringkat ini. Kes prima facie bermaksud terdapat bukti yang kukuh untuk menunjukkan tertuduh telah melakukan jenayah tersebut.

Sekiranya Hakim memutuskan bahawa bukti yang dibentangkan adalah cukup kukuh untuk menunjukkan bahawa jenayah tersebut telah berlaku, iaitu satu kes prima facie telah dibuktikan, perbicaraan akan diteruskan ke peringkat seterusnya, yang dikenali sebagai peringkat pembelaan. Sekiranya Hakim memutuskan bahawa bukti yang dibentangkan tidak cukup kukuh untuk menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah tersebut, mahkamah akan melepaskan dan membebaskan tertuduh. Pembebasan bermaksud tertuduh didapati tidak bersalah dan kini bebas. Rayuan boleh dibuat oleh TPR terhadap keputusan pembebasan tersebut di peringkat ini.

Kadangkala, Hakim mungkin memutuskan untuk “melepaskan tanpa membebaskan” (DNAA) kerana beberapa sebab seperti; ketiadaan saksi, bukti, atau sebab-sebab perundangan yang lain. Ini bermakna tertuduh dilepaskan tetapi boleh didakwa semula pada masa hadapan jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini telah ditemui.

Rujukan kes terbaru berkaitan dengan kepentingan  Saksi dan Keterangan didalam sesuatu kes

PP lwn. LIM THIAN HOCK [2014] 1 SMC 228 
MAHKAMAH MAJISTRET, BATU PAHAT
MOHD ZULHILMI IBRAHIM MJ
[KES TANGKAP NO: YA 83-1007-08-12]
23 DISEMBER 2013



UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kanun Keseksaan - Seksyen 379 - Mencuri buah kelapa sawit - Intipati kesalahan - Sama ada tertuduh mempunyai niat curang untuk menyebabkan kedapatan salah terhadap dirinya atau kehilangan salah terhadap orang lain - Sama ada dibuktikan - Sama ada tertuduh pemilik ladang kelapa sawit
KETERANGAN: Dengar cakap - Kebolehterimaan - Kesalahan mencuri buah kelapa sawit - Saksi dimaklumkan tentang kejadian oleh pihak ketiga - Sama ada keterangan saksi disokong oleh saksi-saksi lain - Sama ada keterangan saksi boleh diterima masuk

KETERANGAN: Saksi - Kegagalan pendakwaan memanggil saksi - Sama ada saksi-saksi material - Sama ada kegagalan memanggil saksi menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan - Sama ada anggapan di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 berbangkit

OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah s. 379 Kanun Keseksaan bagi satu kesalahan mencuri lebih kurang 42 tan buah kelapa sawit bernilai kira-kira RM25,000. Tertuduh memohon untuk dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya. Saksi-saksi dalam kes ini, antara lain, adalah: (i) SP1, yang telah membuat perjanjian dengan Kang Hai Holding Sdn Bhd untuk menjaga ladang kelapa sawit dan menguruskan pemotongan buah kelapa sawit; (ii) SP2; dan (iii) Koperal Mohamad Khalid (`SP3'). SP1 membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh pekerjanya, Lee bahawa dua buah motorlori yang bukan milik SP1 telah mengambil buah kelapa sawit di ladang yang di bawah seliaan SP1. Kelapa sawit yang dicuri itu kemudiannya telah dijual kepada SP2. Bertindak atas maklumat yang diterimanya, SP3 telah menahan OKT. Persoalan yang perlu diputuskan adalah sama ada OKT dengan niat menyebabkan kedapatan salah terhadap dirinya atau kehilangan salah terhadap seseorang yang lain.

Diputuskan (melepaskan dan membebaskan OKT):
(1) Buah kelapa sawit yang dikatakan dicuri oleh OKT adalah dari ladang kelapa sawit milik Lim Choon Hiok tetapi pihak pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa bukti bahawa ladang berkenaan adalah milik Lim Choon Hiok. Menurut keterangan yang disahkan oleh SP2 dan SP3, ladang tersebut adalah milik sebuah syarikat Kang Hai Holding Sdn Bhd yang mana OKT merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar. Oleh itu, jelas daripada keterangan bahawa ladang kelapa sawit tersebut adalah milik OKT dan juga penama Lim Choon Hiok. (perenggan 10 & 11)
(2) Pihak pendakwaan telah gagal memanggil Lim Choon Hiok yang merupakan saksi penting bagi memberikan gambaran jelas mengenai kejadian ini. Oleh itu, disimpulkan bahawa OKT tidak mempunyai niat curang untuk mengambil harta tersebut dengan kegagalan pendakwaan untuk membuktikan salah satu intipati penting dalam kesalahan, iaitu, bahawa OKT tiada niat curang untuk menyebabkan kedapatan salah terhadap dirinya atau kehilangan salah terhadap orang lain. Adalah tidak wajar bagi OKT menyebabkan kedapatan salah terhadap dirinya sedangkan kelapa sawit tersebut adalah milik OKT sendiri. (perenggan 11)
(3) Keterangan SP1, yang menjadi paksi kekuatan kes pendakwaan diragui apabila keterangannya tidak disokong oleh saksi-saksi lain. SP1 tidak melihat sendiri dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai kejadian tersebut, sebaliknya hanya dimaklumkan oleh pekerjanya, Lee. Keterangan SP1, oleh itu, dianggap sebagai `hearsay evidence' dan tidak boleh diterima masuk. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi material lain juga telah menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan dan, dengan itu, anggapan di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai. (perenggan 13, 15 & 16)

Kes-kes yang dirujuk:
Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 FC (dirujuk)
Lee Yoke Yam v. PP [2012] 8 CLJ 334 HC (dirujuk)
Leong Hong Khie v. PP [1984] 1 LNS 172 FC (dirujuk)
Raja Mohamed v. Regina [1963] 1 LNS 104 HC (diikuti)
Yau Heng Fang v. PP [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ (Rep) 350 SC (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:
Criminal Procedure Code, s. 173(h)
Evidence Act 1950, s. 114(g)
Penal Code, s. 379
Sumber-sumber yang dirujuk:
Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, ms 1425

Antara aktiviti Peg.Berkuasa Kesihatan (PPKP) dalam melaksana tugas adalah merangkumi aktiviti berikut:
  •  Rutin
  • Operasi
  • Aduan
  •  Pengawasan Laluan Awam, Keretapi dan Laluan dagang di Pintu Masuk
ISU ADAKAH SEBARANG PERUNTUKAN DIBAWAH AKTA ATAU STATUT BERKAITAN DENGAN PERANAN SAKSI UTAMA DAN KEDUA INI :
  1. Akta keterangan 1950 (AK)
  2. Kanun Acara Jenayah /Kanun Prosedure Jenayah (Akta 593)
  3. Undang-Undang Kes (Case Law)
  4. Akta Profesion Undang-Undang 1976
  5. Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388)
  6. Order 28 Rules 14 & 15 Subordinate Courts [rule 1980 

Kita Lihat Apakah kedudukan Pegawai Pendakwa (PO) di Negera kita:

Pegawai Pendakwa @ Timbalan Pendakwaraya atau Peguam  adalah juga dikenali  sebagai salah seorang pegawai kepada mahkamah, dan disini dia perlu meletakkan diri nya dalam keadaan yang sentiasa mampu dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan dan sedia membantu pihak Mahkamah dalam pentadbiran keadilan. Beberapa tanggungjawab beliau adalah meliputi  perkara-perkara berikut:-

  • Ä  Tanggungjawab sebagai seorang  Pendakwa keatas mahkamah
  • Ä  Tanggungjawab sebagai seorang  Pendakwa terhadap kelayannya @ Kerajaan.
  • Ä  Tanggungjawab khas sebagai seorang Pendakwa dalam acara Jenayah

Tanggungjawab Seorang Peguam @ Pegawai Pendakwa Keatas Mahkamah

Sebagai seorang Pegawai Mahkamah sesaorang Pendakwa/peguam itu adalah mempunyai beberapa tanggungjawab utama keatas Mahkamah yang melebihi kepentingan daripada tangungjawab nya keatas tindak-tanduk kelayan nya. Orang awam melihat remidi dalam mahkamah berasaskan kepada kepercayaan mereka keatas bidangkuasa Mahkamah, di mana mahkamah merupakan suatu kubu (Pertahanan) yang sangat diharapkan bagi menyokong serta mengekalkan keadilan dengan itu antara tugas utama peguam/Pendakwa adalah bagi membantu mahkamah didalam mengenalpasti kebenaran dan mempertahankan keadilan . Beban tanggungjawab ini memerlukan sesaorang peguam/pendakwa itu memberi tumpuan dengan sepenuh perhatian 100% terhadap kepentingan keadilan melebihi daripada kepentingan yang diperlukan oleh kelain nya.  Kes [ Rondel V Worsley] House of lord telah memutuskan bahawa seorang pendakwa/peguam itu adalah berkewajipan dengan memberikan keutamaan tugas nya (higher duty) kepada mahkamah daripada segala kepentingan kelayan nya (para pelanggan nya), didalam kes ini pihak perayu berhadapan dengan  tuduhan menyebabkan kecederaan anggota badan dan enggan membuat sangkalan mendapatkan perkhidmatan daripada responden sebagai peguam untuk membelanya di kandang pesalah mahkamah. Perayu telah di disabitkan dan didapati bersalah dan penjara selama 6 bulan , kemudian nya perayu telah mengemukakan writ pertuduhan akibat kecuaian di pihak responden (Peguam) dalam mengendalikan pembelaan keatasnya. Miski pun mereka meiliki kekebalan  (immune)  keatas seorang peguam daripada dikenakan tindakan dakwaan akibat daripada kecuaian namun House of Lord – mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneliti keatas tugas dan tanggungjawab utama seorang peguam/pendakwa kepada mahkamah.

Kes [Glebe Sugar Refining Company Limited V Trustee Of The Port Harbour Greenock (1921) 37 TLR 436 – diputuskan ‘Adalah menjadi tanggungjawab seorang peguam/Pendakwa untuk mengemukakan kepada pengetahuan mahkamah apa-apa autoriti yang mana beliau ketahui kepada kedua-dua pihak peguam dan juga di pihak kelayan nya. Di dalam suatu kes yang merumitkan adalah tidak mungkin bagi seorang hakim mampu untuk mengetahui dan mengawasi semua autoriti yang mempunyai releven kepada sesuatu isu dalam kes-kes tertentu.

Didalam kes diatas Lord Birken head L.C. telah membuat satu pemerhatian yang ketat/tegas keatas tugas dan tanggungjawab seorang peguam / pendakwa bagi memaklumkan kepada lordship diatas semua autoriti-autoriti yang releven dengan fakta kes tersebut.

Merujuk kepada kes [Cheah Cheng Hock V PP ] mahkamah telah memutuskan dimana mana-mana peguam / pendakwa yang menyembunyikan apa-apa dokumen yang releven bagi tujuan untuk menentang kewibawaan serta kemampuan saksi-saksi adalah boleh dipersalahkan diatas penghinaan keatas mahkamah kerana menghalang mahkamah dalam mengendalikan Sistem kehakiman/keadilan dengan sempurna.

Dalam Re An Advocate & Solicator – Mahkamah telah putuskan dimana persediaan/penyediaan oleh sesaorang dalam profeesionnya bagi sesuatu affidavit dengan tidak betul, dan keadaan ini telah diketahui oleh beliau bahawa perkara tersebut tidak betul dan tidak sempurna adalah merupakan satu kesalahan yang serius. Dalam sesetengah kes seperti ini adalah patut dikenakan denda yang setimpal dan boleh juga samada di buang terus defender (Pegawai Pendakwa/Peguambela) dari amalan nya atau digantung tugas beliau bagi satu jangka masa tertentu. Didalam kes ini mahkamah telah merekodkan nya sebagai suatu pencelaan dan arahkan responden untuk membayar kos dalam menjustifikasi serta dalam meringankan perkara  ini oleh mahkamah memutuskan nya seperti mana berikut:
Pretheroe Ag.CJDalam membuat pemerhatian atas kes ini secara jelas maana ‘grossly improper conduct’ dalam sec.26 , telah menerima ujian (propaundeds) yang diutarakan bagi sesuatu untuk pertimbangan dalam penghakiman oleh Lord Esher Mr in Re G. Mayor Cooke 1889 – telah diputuskan bahawa bagi pandangan beliau adalah jelas dimana sesaorang peguamcara & peguambela yang mengetahui dan dengan sengaja (deliberately) untuk mengemukakan dokumen palsu dengan niat tindakan sebegitu  yang mana di lakukan keatasnya telah mencemarkan (dishonorable) terhadap dirinya dan juga professionnya

Tangungjawab Peguam atau Peg.Pendakwa agar tidak tersalah mengemukakan Saksi dalam memberikan keterangan di Mahkamah.
Dalam kes Re J/P Harris (1953) 19 mlj.161 Sesaorang peguam @ pendakwa yang didapati dengan sengaja telah meletakkan atau cuba menjauhkan / menyekat  saksi daripada memberikan apa-apa keterangan dalam mahkamah sebagaimana  sepatutnya kedudukan sebagai seorang saksi yang di anggap  mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa kepentingan kepada kes kelayan nya. Dengan cara  ini kemudian nya peguam juga telah meujudkan  satu penangguhan kes menerusi apa-apa helah atau tipudaya tadi…Mahkamah memutuskan bahawa peguam  telah bersalah diatas salah laku (miss Conduct)  dan beliau telah digantung daripada malannya selama 3 bulan dan dikehendaki membayar segala kos perbelanjaan dalam urusan perbicaraan itu.
*      Didalam satu artikel Lord Denning bertajuk The Honest Lawyer berkenaan dengan Tangungjawab seorang Pendakwaraya. – Dimana Lord Denning telah menulis seperti mana berikut:-
 §       Sumber Kes [The London Cauntry Council] digunakan, dimana kerja-kerja memperbaiki kenderaan ambulances disuatu garaj tertentu dilakukan, apabila suatu pembaikan di perlukan suatu catatan telah dihantar ke garaj tersebut dengan kenderaan yang dimaksudkan, spesifikasi pembaikan adalah amat diperlukan dan sekarang apa yang telah berlaku adalah kerani di garaj tadi telah membuat beberapa pindaan keatas catatan tadi dengan memasukkan bahawa banyak bahagian telah dibaiki, dalam hal ini pihak London County Council telah membuat pembayaran yang melebihi daripada apa yang sepatutnya kepada pihak garaj tersebut. Tuan punya garaj telah didakwa kerana tuntutan dibawah froud, dan persoalannya sekarang adalah diatas nama siapakah saksi perlu dipanggil bagi kerani yang membuat pindaan tadi pihak Pegawai Pendawaraya tidak memanggilnya kerana tidak mengharapkan keterangan dari saksi tersebut sebagai seorang saksi yang penting boleh dipercayai (Credible witness) akan tetapi mereka telah memaklumkan kepada peguam bela defenden berkaiatan dengan saksi tersebut. Namun peguam bela bagi defenden juga turut tidak memanggil saksi berkenaan. Samada pihak pendakwaraya mahupun peguambela defence telah memanggil atau tidak saksi tersebut, tuan punya garaj adalah telah disabitkan sebagai orang yang bersalah, dan dalam rayuan nya dengan alasan bahawa pihak pendakwaraya adalah perlu memanggil saksi tersebut. Lord Gooddard – Lord Chief Justice- menyatakan bahawa adalah telah sedia diketahui dimana tugas seorang pendakwaraya adalah untuk mewujudkan satu kesempurnaan/kepuasan kepada pihak penentang (defence) ,seorang saksi yang mana pihak pendakwaraya telah ketahui bahawa ianya mampu/berwibawa dan jika ianya dipanggil memberikan segala hal perkara sebagai yang berlaku ( keterangan) , maka pendakwaraya telah melaksanakan tugasnya itu dan pihak defence tidak pula memilih untuk memanggilnya jadi adalah betul/ tepat tuan punya garaj adalah berhak disabitkan dengan kesalahan

Beban bukti kes jenayah adalah amat tinggi, memandangkan hukuman jenayah membawa kesan amat serius terhadap kehidupan orang yang didapati bersalah atas jenayah tersebut. Bukti jenayah tersebut perlu dengan jelas mengatasi sebarang keraguan munasabah bahawa tertuduh sememangnya bersalah. Sekiranya didapati bersalah, pilihan jenis hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah adalah hukuman penjara, sebatan, denda, perintah pengawasan, dan/atau perintah pemulihan agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan jenayah tersebut di masa hadapan.

Dalam kes Chai Ah Son v R [1954] MLJ 217

adalah tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki arak yang diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut :

(Whether or not an accused person has confessed it remains the duty of the prosecution to place all the material evidence before the Court with the proviso that they are not compelled to call witnesses whom they have good reason to think are not witnesses of truth or are likely to be hostile; and when such witnesses are not called they should usually be offered for cross-examination unless there is some good reason for not doing so.)

(Samada tertuduh membuat pengakuan salah atau tidak, ianya masih tugas pendakwa untuk memberi semua keterangan material kepada mahkamah dengan syarat pendakwa tidak dipaksa untuk memanggil saksi memberi keterangan yang dipercayai tidak benar atau menjadi tidak memihak. Jika saksi ini tidak dipanggil ianya hendaklah tawarkan untuk pemereksaan balas kecuali pendakwa ada alasan yang baik untuk tidak berbuat demikian]

Vincent V Cole 173 ER 115 di mana Lord Tenterdem menyatakan

“ Saya bertindak cukup tegas pada peraturan ini : Apa yang ditulis hanya boleh dibukti oleh apa yang tertulis itu. Pengalaman telah mengajar saya, adalah sangat merbahaya untuk mempercayai keterangan saksi walaupun sejujur mana saksi tersebut dalam kontek benda bertulis (dokumen) kerana ianya mudah tersilap. Saya fikir tujuan keadilan adalah menguatkuasa peraturan ini dengan ketat. (maksud disini keterangan saksi mengenai dokumen sangat mudah tersilap kecuali dokumen itu sendiri dikemukakan sebagai keterangan



kes Pendakwa Raya lwn. Haji Kassim [(1971) 2 M.L.J. 115] dimana Hakim Besar Ong menegaskan bahawa  jika mahkamah memerlukan sesuatu maklumat daripada saksi dan dia enggan menjawabnya maka dia mungkin boleh diambil tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah.

Siapa Itu Saksi?
  • Saksi adalah seseorang yang memberi bukti dimahkamah dengan memberi keterangan. Didalam perbicaraan sivil, seorang saksi boleh merupakan sesiapa sahaja yang mengetahui / mengenali salah seorang dari pihak yang terlibat dalam kes tersebut. Oleh itu, seseorang itu mungkin diminta untuk menjadi saksi kerana beliau mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kes itu.
  •  Anda samada boleh menawarkan diri bersetuju untuk menjadi saksi, ataupun pihak mahkamah boleh memaksa anda menjadi saksi dengan mengeluarkan saman.

Contohnya, didalam perbicaraan penceraian, kedua-dua pasangan besar kemungkinan akan menjadi saksi untuk pihak mereka sendiri, kerana kedua-dua pasangan pastinya mahu menceritakan kisah mereka sendiri. Pernyataan ini juga boleh terbuka/terdedah kepada proses pencabaran

Antara persoalan yang penting perlu di berikan perhatian oleh pihak Pegawai pendakwa adalah penyediaan saksi-saksi utama dalam usaha untuk membantu mengukuhkan keterangan utama dan keterangan sokongan bagi menyokong semua exibit yang di kemukakan sebarang bahan pembuktian, sebagai seorang Pegawai Mahkamah sifat mereka seharusnya kewajipan ini di laksanakan dengan penuh perhatian bagi membantu Mahkamah untuk mentadbir keadilan.

Pegawai Pendakwa adalah wajib memastikan agar Saksi utama yang akan di bawa ke Mahkamah itu adalah Seorang yang mampu memberikan keterangan lisan atau testimoni  sek.59 Akta keterangan 1950 dalam sesuatu perbicaraan. Di sini banyak persoalan timbul siapakah sepatutnya menjadi saksi kepada seorang Pegawai lain yang sedang menjalankan sesuatu aktiviti contohnya aktiviti persempelan di bawah akta Makanan 1983. Adakah cukup hanya Seorang Pembantu Kesihatan (PKA) Pembantu Rendah Awam (PAR) atau lain-lain Pegawai yang ada di sekitar beliau. Kemungkinan besar saksi-saksi ini boleh memenuhi kehendak seksyen [59 AK , S.60 dan bah.3 bab iv AK ]  namun kes-kes di bawah Kanuh Prosedure Jenayah adalah memerlukan standard pembuktian yang amat tinggi  (beban Bukti dan keterangan  yang boleh  meujudkan Bukti Melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)

Pegawai Pendakwa atau Ketua Jabatan sudah merangka suatu prosedure kerja (SOP) bagi semua aktiviti yang melibatkan penguatkuasaan Undang-undang dan ini termasuklah dalam perancangan bagimana pemilihan dan penempatan saksi-saksi yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan di jalankan, tetapi kelemahan yang di lihat kepada SOP ini adalah kurang menekankan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan prosedure itu, dan kelemahan ini telah memberikan tanggapan kepada pengamal menganggapnya sebagai arahan pentadbiran, Sebagai tambahan setiap prosedure yang dikeluarkan oleh Kmenterian atau badan-badan tertentu dengan sendirinya akan menjadi suatu (Undang-undang) dan hal ini banyak di perincikan kan dengan jelas jika kita meneliti kesan nya di bawah (Undang-undang pentadbiran) . 

Bagi aktiviti Rutin Penguatkuasaan di bawah Ata DDBIA kajian  serangga pembawa penyakit, yang mana menjadi amalan sekarang setiap sub-pasukan telah di tetapkan terdiri dari Dua Orang PKA dan Seorang PRA, dan bagi Aktiviti Penguatkuasaan di bawah Akta Makanan dan Peraturan Kebersihan Makanan secara rutin sekurang-kurang nya Dua Orang PPKP (Pen.Peg.Kesihatan Persekitaran) akan bergerak dan melaksanakan aktiviti tersebut. Kesemua prosedure Piawai (SOP) ini adalah amat penting untuk di patuhi bagi memenuhi kehendak Akta Keterangan 1950 dan lain-lain statut yang berkaitan dengan nya Dan isu nya sekarang adakah kerja berpasukan (2 dua orang Pejawat Awam) PPKP atau PKA ini di perlukan di bawah undang-undang dan di sini kita akan cuba membuat sedikit pencerahan kepada semua persolan tersebut>

Dalam kes Roslan Karim & Ors v PP [1975] 1 MLJ 84 “It is a cardinal principle in criminal law that the prosecution must prove the guilt of the accused, and there is no duty cast on an accused person to establish his innocence.” telah di putuskan bahawa Seorang saksi yang di kemukakan adalah seharusnya boleh menjawab semua bentuk soalan yang di kemukakan samada dari pihak Pendakwa atau Peguambela, Seksyen 118 Akta Keterangan 1950: “All persons shall be competent to testify unless the court considers that they are prevented from understanding the questions put to them or from giving rational answers to those questions by tender years, extreme old age, disease, whether of body or mind, or any other cause of the same kind.
Explanation – A mentally disordered person or a lunatic is not incompetent to testify unless he is prevented by his condition from understanding the questions put to him and giving rational answers to them.
  • Beban bukti kes jenayah (Bab-iv) AK sec.101 Sec.102, 103 dan 104 jelas menunjukkan adalah amat tinggi, memandangkan hukuman jenayah membawa kesan amat serius terhadap kehidupan orang yang didapati bersalah atas jenayah tersebut. Bukti jenayah tersebut perlu dengan jelas mengatasi sebarang keraguan munasabah bahawa tertuduh sememangnya bersalah. Sekiranya didapati bersalah, pilihan jenis hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah adalah hukuman penjara, sebatan, denda, perintah pengawasan, dan/atau perintah pemulihan agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan jenayah tersebut di masa hadapan

Antara persoalan yang penting perlu di berikan perhatian oleh pihak Pegawai pendakwa adalah penyediaan saksi-saksi utama dalam usaha untuk membantu mengukuhkan keterangan utama dan keterangan sokongan bagi menyokong semua exibit-exibit yang di kemukakan sebarang bahan pembuktian, sebagai seorang Pegawai Mahkamah sifat mereka seharusnya kewajipan ini di laksanakan dengan penuh perhatian bagi membantu Mahkamah untuk mentadbir keadilan.

Tangungjawab Peguam atau Peg.Pendakwa agar tidak tersalah mengemukakan Saksi dalam memberikan keterangan di Mahkamah.
Dalam kes Re J/P Harris (1953) 19 mlj.161 Sesaorang peguam @ pendakwa yang didapati dengan sengaja telah meletakkan atau cuba menjauhkan/ menyekat  saksi daripada memberikan apa-apa keterangan dalam mahkamah sebagaimana  sepatutnya kedudukan seorang saksi yang di anggap  tidak mendatangkan apa-apa kepentingan kepada kes kelayan nya. Dengancara  ini kemudian nya peguam juga telah meujudkan  satu penangguhan kes menerusi apa-apa helah atau tipuan tadi…Mahkamah memutuskan bahawa peguam atau pendakwa  telah bersalah diatas salah laku (miss Conduct)  dan beliau telah digantung daripada malannya selama 3 bulan dan dikehendaki membayar segala kos perbelanjaan dalam urusan perbicaraan itu.
*      Didalam satu artikel Lord Denning bertajuk The Honest Lawyer berkenaan dengan Tangungjawab seorang Pendakwaraya. – Dimana Lord Denning telah menulis seperti mana berikut:-

§  Sumber Kes [The London Cauntry Council] digunakan, dimana kerja-kerja memperbaiki kenderaan ambulances disuatu garaj tertentu dilakukan, apabila suatu pembaikan di perlukan suatu catatan telah dihantar ke garaj tersebut dengan kenderaan yang dimaksudkan, spesifikasi pembaikan adalah amat diperlukan dan sekarang apa yang telah berlaku adalah kerani di garaj tadi telah membuat beberapa pindaan keatas catatan tadi dengan memasukkan bahawa banyak bahagian telah dibaiki, dalam hal ini pihak London County Council telah membuat pembayaran yang melebihi daripada apa yang sepatutnya kepada pihak garaj tersebut. Tuan punya garaj telah didakwa kerana tuntutan dibawah froud, dan persoalannya sekarang adalah diatas nama siapakah saksi perlu dipanggil bagi kerani yang membuat pindaan tadi pihak Pegawai Pendawaraya tidak memanggilnya kerana tidak mengharapkan keterangan dari saksi tersebut sebagai seorang saksi yang berkepentingan (Credible witness) akan tetapi mereka telah memaklumkan kepada peguam bela defenden berkaiatan dengan saksi tersebut. Namun peguam bela bagi defenden juga turut tidak memanggil saksi berkenaan.
Samada pihak pendakwaraya mahupun peguambela defence telah memanggil atau tidak saksi tersebut, tuan punya garaj adalah telah disabitkan sebagai orang yang bersalah, dan dalam rayuan nya dengan alasan bahawa pihak pendakwaraya adalah perlu memanggil saksi tersebut. Lord Gooddard – Lord Chief Justice- menyatakan bahawa adalah telah sedia diketahui dimana tugas seorang pendakwaraya adalah untuk mewujudkan satu kesempurnaan/kepuasan kepada pihak penentang (defence) ,seorang saksi yang mana pihak pendakwaraya telah ketahui bahawa ianya mampu/berwibawa dan jika ianya dipanggil memberikan segala hal perkara sebagai keterangan, maka pendakwaraya telah melaksanakan tugasnya itu dan pihak defence tidak pula memilih untuk memanggilnya jadi adalah betul/ tepat tuan punya garaj adalah berhak disabitkan dengan kesalahan

Mahkamah tidak mempunyai apa-apa alasan untuk meragui kebenaran atau kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutama SP3 dan SP2 yang membuat serbuan dan menjumpai sendiri barang kes dadah tersebut pada badan tertuduh. Adalah mustahil untuk saksi pendakwaan bercakap bohong dengan tujuan menganiaya tertuduh. Rujuk kes PP v Mohd Banda Shah ( 2008) 4 MLJ 556. Apa yang dikatakan oleh saksi-saksi pendakwaan bukanlah sesuatu yang improbable. Keterangan mereka haruslah diterima oleh Mahkamah.
Mahkamah menggunapakai prinsip dalam kes Mat v PP (1963) MLJ 263 yang diterima pakai dalam kes Mahkamah Mohamed Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 di muka surat 171 dimana Yang Arif Mohd Azmi SCJ memutuskan:-

“To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth o   the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to  be convinced that the defence version is true, in which case the court
must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it  asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for
this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test”.

  • PRINSIP DAN SKOP SEKSYEN 118 EA 1950 (Competent Witness)
Sebagai tambahan kepada kepentingan ujudnya saksi sokongan atau keterangan sokongan dari saksi kedua berikut adalah perinsip yang perlu di patuhi dan di teliti dengan serius oleh pihak pendakwa dalam penentuan dan perancangan pemilihan saksi sebelum seuatu aktiviti penguatkuasaan itu di jalankan.Kebelangan ini banyak prinsip-pronsip ini telah di terapkan atau di masukkan dalam sop penguatkuasaan, tetapi kemungkinan adanya pegawai-pegawai baru yang tidak memahami kenapa SOP ini di ujudkan, Seksyen 118 EA 1950 ini menerangkan secara terperinci dan membincangkan tentang “competency”sesaorang saksi.  Seksyen ini memperuntukkan bahawa semua orang adalah kompeten untuk memberi keterangan kecuali mereka yang Unable to understand the questions put to them, or (orang yang tidak mampu memahami soalan-soalan yang di kemukakan kepada saksi tersebut khususnya soalan-soalan berbentuk teknikal bagi mencapai maksud kes-kes di dalam sesuatu mahkamah)

Seksyen ini SEKSYEN 118 EA 1950  juga didalam sesuatu kes dibawah Undang-undang Kesihatan Awam, memberikan maksud bahawa sesaorang Saksi tersebut seharusnya memahami sepenuhnya procedure kerja yang sedang di lakukan di hadapan beliau, contohnya Jika PPKP mengambil / membawa PKA atau PRA atau lain-lain kakitangan Kerajaan bagi menjadi Saksi dalam aktiviti beliau mengadakan proses persempelan, maka di sini proses seharusnya bermula dari persiapan peralatan Pegawai tersebut dari Pejabat hingga ke Lapangan kemudian beliau akan memilih premis-premis tertentu, seterusnya memperkenalkan diri, dan meminta kebenaran untuk memeriksa barangan dalam premis tersebut kemudian membuat pilihan jika perlu untuk aktiviti persempelan. Pegawai Pendakwa dan Ketua Jabatan perlu mengetahui bahawa adakah nanti 59 AK dan S.60 AK Akta keterangan dapat di penuhi sebelum kes-kes tersebut di bawa ke Mahkamah.

Proses persempelan pula terdiri dari beberapa peringkat dan proses dan dari proses pemilihan sehinggalah selesai sampel bagi Mahkamah saksi tadi adalah di kehendaki sentiasa memerhatikan proses tersebut tanpa terputus sebarang rantaian sehinggalah sam[el tadi di bawa balik ke Pejabat dan di simpan di-salam bilik Exibit barulah selesai tugas PPKP ke2 yang menjadi saksi tadi. Dan cuba kita bayangkan jika tiada sebarang saksi dan jika saksi tadi dari Pegawai Jabatan lain atau pegawai bawahan seperti PRA atau PKA persoalan nya akah mampu mereka menjadi saksi yang di maksudkan dibawah Seksyen 118 EA 1950


Eksibit ialah sesuatu dokumen atau barang yang dikemukakan melalui seseorang saksi yang sedang memberi keterangan semasa pemeriksaan di dalam mahkamah dan dikemukakan sebagai keterangan dokumentari atau ‘real evidence’ (barang kes) untuk menyokong keterangan lisan. Di dalam kes yang melibatkan Pen.Peg.Kes.Persekitaran ke2 (Saksi Persempelan) adalah lebih rumit dimana semua proses-proses atau perjalanan aktiviti persempelan ini hinggalah sampai ke Pejabat dan di masukkan kedalam bilik erxibit di kunci dan di mana kunci di simpan , semuanya akan di soal dalam mahkamah keatas Saksi Kedua tadi, di harapkan semua soalan-soalan bagi mendapatkan keterangan sokongan tadi akan dapat di jawab bagi meujudkan keterangan sokongan bagi keterangan Saksi Pertama atau pegawai [persempelan ] dalam kes ini. Kegagalan pihak Saksi kedua tadi dalam memberikan keterangan atau menjawab semua soalan yang di kemukakan oleh pihak Pegawai Pendakwa dan Peguambela dalam proses persempelan dari mula hingga akhir dengan sendirinya boleh melemahkan semua keterangan yang di kemukakan oleh Pegawai Pendakwa bagi pengukuhan kes-kes beliau

Pengurusan Pergerakan Ekxibit adalah sangat ketat di tetapkan oleh undang-undang seperti berikut:

PENGAWALAN  BARANG KES DALAM UNDANG  - UNDANG
·         Order 28 Rules 14 & 15 Subordinate Courts [rule 1980 ]
·         Order 35 Rules 8 & 9 High Court 1980
·         Akta Keterangan (  Sek 5 -16, 65, 66, 67, 68,76, 78, 89, 101, 102 -106 )

        ARAHAN DARI  JABATAN PEGUAM    NEGARA MENGENAI  BARANG KES
    Register Circular No.(a) 1/83 – Control and keeping of Exhibits 
    Pekeliling Pendaftar No. 1 tahun 1991 penyimpanan  barang - barang  kes oleh  pihak 
-    pendakwa.Register Circular No.8/1956  - Exhibits & Exhibits books, order forfeiture &   destruction

Siapa yang boleh memberi keterangan di Mahkamah? - (Competent Witness)

  • Sek. 118  AK - Semua orang adalah kompeten memberi keterangan melainkan mereka tidak memahami soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka dan jawapan yang tidak rasional kerana terlalu muda, terlalu tua, kerana penyakit, sama ada penyaki tubuh atau penyakit otak
  • Seorang sakit otak/gila, kompeten juga jika boleh memahami soalan-soalan dan memberi jawapan rasional.
  • Saksi bisu - Sek 119 AK  - Boleh memberi keterangan dengan apa-apa cara lain asalnya mudah difahami, misalnya dengan tulisan isyarat tetapi semua ini perlu dibuat dalam mahkamah terbuka. Keterangan ini disifatkan keterangan lisan.

TUGAS/TANGGUNGJAWAB  PPKP / PKA SEBAGAI SAKSI KOMPETEN Sec.118

Seksyen 134 - tiada bilangan tertentu yang diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta.
  • Maxim: “Evidence has to be weighed and not counted”.


Kes:Ghouse bin Haji Kader Mustan v R [1946}MLJ 36, 37(HC), per McElwaine CJ:
“If a witness in this Colony is ‘competent’ and has been summoned he is bound to give evidence, and to answer all relevant question.”.

Kes: Syed Abdul Aziz & Anor V PP [1993] 3 SLR 534 (CCA) after having given some preliminary answers a witness told the court that he did not want to testify. It was only after the learned trial judges had warned him that he would be punished for being in contempt of court if he did not testify that he agreed to do so.

Seksyen 132 EA 1950 covers the obligation of a witness to answer questions that will incriminate him. Jika seseorang itu didapati tidak kompeten dia hendaklah ditolak daripada menjadi saksi.
 Kes: Kee Lik Tian v PP [1984] 1 MLJ 306 (HC) sec. 120(2)EA 1950   boleh memberi keterangan di mahkamah, jika terdapat bukti saksi ini ada kepentingan terhadap Tertuduh, keterangan ini hendaklah disokong dengan keterangan lain.

Kes: Liow Siow Long v PP - “… It is difficult to accept suggestion that if a witness is shown to be a relation of the deceased his evidence is tainted. Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense  that the witnesses are competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened.”


  • Question by party to his own witness

154. The court may, in its discretion, permit the person who calls a witness to put any questions to him which might be put in crossexamination by the adverse party.
  • Impeaching credit of witness

155. (E.A.1950) The credit of a witness may be impeached in the following ways by the adverse party or, with the consent of the court, by the party who calls him:
(a) by the evidence of persons who testify that they from their knowledge of the witness believe him to be unworthy of credit;
(b) by proof that the witness has been bribed, or has accepted the offer of a bribe, or has received any other corrupt inducement to give his evidence;
(c) by proof of former statements inconsistent with any part of his evidence which is liable to be contradicted;
(d) (Deleted by Act A729).
Explanation — A witness declaring another witness to be unworthy of credit may not, upon his examination-in-chief, give reasons for his belief, but he may be asked his reasons in cross-examination, and the answers which he gives shall not be contradicted, though, if they are false, he may afterwards be charged with giving false evidence.

ILLUSTRATIONS
(a) A sues B for the price of goods sold and delivered to B. C says that he delivered the goods to B. Evidence is offered to show that on a previous occasion he said that he had not delivered the goods to B. The evidence is admissible.
(b) A is indicted for the murder of B. C says that B, when dying, declared that A had given B the wound of which he died.

Evidence is offered to show that on a previous occasion C said that the wound was not given by A or in his presence. The evidence is admissible. Questions tending to corroborate evidence of relevant fact admissible


Kebolehpercayaan saksi boleh dicabar dengan cara berikut

  1. Sek 155 AK - keterangan orang-orang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka mengenai saksi itu, mereka percaya saksi itu tidak boleh dipercayai; 
  2. Membuktikan bahawa saksi telah disogok, menerima dorongan rasuah supaya memberi keterangannya
  3. Dengan membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan terdahulu tak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal
  4. Impeachment adalah satu proses di mana kredit atau kredibiliti saksi dicabar.
  5. Proses ini diambil kira apabila ujud kes yang bertukar menjadi saksi yang 'bercanggahan'. Membezakan saksi percanggahan & pelupa. Terhad kepada percanggahan kenyataan bekas dan apa-apa keterangan yang dipererkata dalam mahkamah
  6. Apabila dicabar, keterangan saksi yang akan sama ada boleh diambil kira atau tidak ada pemberat mengikat padanya. Atau adakah  bukti baru yang akan dikemukakan.
  7. Saksi impeached boleh dikenakan bagi Sumpah palsu 193 Kanun Keseksaan
·         Provisions governing impeachment
o   S 145(1) Evidence Act.
o   S.155(c) Evidence Act.
·         Cases :-
     i)  Muthusamy V PP (1948) MLJ 57
     ii)  Krishnan & Anor V PP (1981 2MLJ 121
    iii)  PP V Munusamy (1980) 2MLJ 133 FC
    iv)  Ong Joo Chin V R (1946) MLJ 1
     v)  Mathew Lim V Game Warden, Pahang
          (1960) MLJ 89
     vi)  Yusoff bin Sidin V PP (1971) 1MLJ 203
    vii)  PP V Datuk Hj Harun bin Hj Idris & Ors
           (1977) 1MLJ 180
   viii)  Dato’ Mokhtar Hashim &Anor V PP ( 1983)  2MLJ 232

KREDIBILITI SAKSI

·      KREDIBILITI SAKSI juga penting bagi seorang Pegawai Pendakwa bagi meyakinkan kepada pihak Mahkamah bahawa saksi-saksi yang di kemukakan adalah seorang Saksi  yang kredibiliti, adalah menjadi suatu yang amat penting bagi mahkamah memberikan pertimbangan kerana sabitan dalam kes-kes  jenayah boleh laksanakan  cukup dengan hanya berdasarkan keterangan lisan  dari seorang saksi sahaja.
o   Dlm kes Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105  mahkamah memutuskan:  jika seorang saksi tidak bercakap benar dalam satu perbicaraan, jelas dia tidak boleh dipercayai, maka semua keteragannya hendak’lah diperiksa dengan teliti.” Jadi secara tidak langsung keadaan ini akan melemahkan kes-kes yang dibawa oleh seorang Pegawai Pendakwa
o   Manakala dlm Mohamed bin Kardi v PP[1969]1 MLJ 135, mahkamah kata: apabila seorang saksi buat dua pernyataan yang bercanggah secara nyata, maka ia boleh dijadikan alasan untuk tidak percayai saksi itu.
·      Dalam isu kredibiliti ini mungkin nampak tidak begitu jelas kenapa pentingnya dua (2) orang PPKP di perlukan dalam satu proses kerja namun ujudnya seorang saksi yang kredibiliti nya tergugat akan menyebabkan dua (2) orang saksi yang di harapkan tersebut akan menimbulkan satu keterangan yang mungkin dapat membantu atau memulihkan kembali keterangan dari saksi pertama tetapi sebaliknya mungkin juga akan timbul percanggahan dan dengan sendirinya akan melemahkan kes-kes tersebut di di Mahkamah. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya sesuatu aktiviti penguatkuasaan tersebut tidak mengikut SOP penguatkuasaan sepertimana yang telah di tetapkan oleh Ketua Jabatan

 Menyoal saksi dengan tujuan untuk mengoncang kredibilitinya

contohnya:Soalan Untuk Menggugat  Saksi:
o   Peranan peguam untuk membantah dan mencabar keterangan saksi-saksi pendakwa supaya tahap pembuktian ‘prima facie’ tidak dicapai dalam sesuatu kes pendakwaan      
o   Menyoal saksi dengan tujuan untuk mengoncang kredibilitinya, contohnya: ‘Setuju jika saya katakan bahawa kamu tidak pernah menjalani kursus pengendalian & penyediaan makanan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa?’ jika saksi bersetuju, soalan seterusnya ialah ‘Jadi, saya cadangkan bahawa kamu sebenarnya tidak tahu cara-cara pengendalian & penyediaan makanan yang betul untuk menjamin kebersihannya

  Cuba menimbulkan keraguan dalam keterangannya,contohnya: ‘Bagaimana kamu katakan bahawa semua makanan di kantin kamu telah ditutup dengan tudung saji, sedangkan kamu setuju bahawa kamu tidak berada di situ pada hari tersebut


KESAN KETERANGAN SAKSI YANG TELAH DIDAPATI TIDAK KOMPETEN


Jika mahkamah telah menerima seseorang saksi itu sebagai kompeten untuk memberi keterangan tetapi kemudiannya mendapat bukti daripada fakta yang menjejaskan kapasiti saksi itu dan selepas pemerhatian kepada kelakuan saksi itu, mahkamah mengubah pendiriannya tentang kekompetenan saksi, pemeriksaan ke atas saksi ini hendaklah diberhentikan dan keterangannya di “struck out”. Kes: Sidek bin Ludan v PP
  1. KETERANGAN SOKONGAN (KSK) Prinsip keterangan sokongan ini adalah amat memerlukan seorang saksi kedua (ke2) atau lebih di dalam sesuatu keterangan di dalam sesebuah mahkamah, biasanya keterangan sokongan ini akan di perolehi dari keterangan dari pihak saksi yang kedua (ke2) secara tidak langsung keterangan ini akan menjadi penyokong kepada keterangan saksi utama tadi. Di sinilah menampakkan dengan lebih jelas keperluan dua orang Peg,Penguatkuasa atau (dua Orang PPKP) dalam perlaksanaan sesuatu tugas penguatkuasaan.
  • Apabila timbul beberapa percanggahan samada dengan keterangannya yang terdahulu atau keterangan saksi-saksi pembelaan lain. Bagi mengukuhkan lagi keterangan-keterangan yang di bawa ke Mahkamah adalah menjadi tangungjawab dan amalan utama pihak Pendakwa bagi memenuhi kehendaki seksyen 59 AK dan S.60 AK dan kes Re J/P Harris (1953) 19 mlj.161 “ dengan memastikan [pihak Pendakwa perlu berusaha untuk mencapai  mekanisma lain untuk membentuk satu keterangan sokongan Definisi menurut kes Attan Abdul Ghani v PP [1970] 2 MLJ 143:  “Keterangan sokongan adalah  merupakan suatu keterangn yg boleh menyokong atau dlm perkataan lain menunjukkan bahawa keterangan yang diberikan oleh saksi yg keterangannya perlu disokong itu benar.” Keterangan-keterangan sokongan seperti  keterangan langsung dan keteragan mengikut keadaan boleh diterima oleh mahkamah utk megaitkan tertuduh dengan kesalahan yg dituduh – Shanmugan Munusamy v PP [ 1999] 1 CLJ 783; Jika sesuatu keterangan saksi dapat disokong dari keterangan seorang saksi lain  keboleh-percayaan keterangannya meningkat.
  • Mahkamah tidak pernah menetapkan apa syarat atau peruntukan khusus ketetapan yang terjumlah kepada ‘Keterangan sokongan’, ianya adalah terpulang kepada fakta sesuatt kes untuk tentukan jenis sokongan yang boleh diterima’. Kesavan Sanderan v PP [1999] 1 CLJ 343:  mahkamah sepatutnya melihat disekeliling kes untuk menentukan berapa banyak sokongan diperlukan. Dlm kes R v Baskerville [1916] 2 KB 658: Keterangan sokongan hendaklah bebas, dimana melibatkan tertuduh dan juga mangsa
  • Peruntukan di bawah Seksyen 157 AK:  menerangkan apa yang dikatakan sebagai keterangan sokongan iaitu suatu pernyataan yang dibuat terdahulu oleh sesaorang saksi, samada dibuat secara bertulis atau dalam bentuk lisan, dan samada atas sumpah atau atas percakapan biasa, boleh diterima sebagai suatu keterangan sokongan. Lim Guan Eng v PP [2000] 2 AMR1619 FC: p’kataan dlm s157 jelas menunjukkan dan apa yang di maksudkan sebagai keterangan sokongan
·         Kategori Saksi Yang Keteragannya perlu  disokong – saksi berkepentingan
o   Saksi berkepentingan adalah dimana seorang saksi yg mempunyai kepentingan didalam sesuatu  kes – mungkin ada motif utk memalsukan keterangan persoalan nya isunya  adakah sesaorang  PPKP  itu mempunyai sebarang kepentingan keatas kes-kes tersebut dan jawapan nya adalah ada kepentingan Kes Mahmud Jamili bin Zaudin v PP [1995] 4 MLJ 243 Hakim Alaudin:  keterangan saksi berkepentingan perlu disokong – hanya jika dapat dibuktikan saksi berkenaan mempunyai motif untuk memalsukan keterangan nya

Keterangan Bernilai (evidential value) akan ditimbangkan oleh Mahkmah adalah berdasarkan perkara-perkara di bawah:

o   Kebenaran pernyataan ini tidak diuji melalui pemeriksaan balas
o   Hanya fakta yang relevan dengan kes sahaja boleh diterima.  Pandangan/pendapat tidak akan diterima
o   Jika orang yang membuat pernyataan ini adalah seorang accomplice, pernyataannya perlu disokong oleh keterangan lain
o   Pernyataan ini juga boleh terbuka/terdedah kepada proses pencabaran


  • Koroborasi:  Bukti sokongan bagi menunjukkan keterangan tentang jenayah adalah benar. Contohnya, keterangan daripada guru yang melihat mangsa menangis dan telah melihat kesan berikutan kejadian, sejurus selepas kejadian rogol dikatakan berlaku. Dalam kes yang melibatkan Pen.Peg.Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam ( Saksi kedua) adalah sewaktu : Saksi di sapina hadir ke mahkamah dan memberikan keterangan aktiviti persempelan: jadi saksi kedua perlu memahami dan menerang sepenuhnya semua persoalan berkaiatan dengan aktiviti yang di lakukan oleh Saksi Utama (Peg.Persempelan Makanan) kerana semua soalan-soalan dari Pegawai Pendakwa dan Peguam bela adalah berkisar kepada aktiviti penguatkuasaan tersebut dari Pejabat hingga ke Lapangan dan seterusnya sampai ke Pejabat semula dan bagaimana sesuatu exibit itu di simpan juga perlu di ketahui oleh saksi tersebut, bagi memastikan agar keterangan tadi tidak terputus.
  • Corroboration (Keterangan Koroborasi) ini sebenarnya adalah merupakan jawapan yang tepat kenapa perlu nya dua (2) Orang atau lebih (PPKP ) perlu bagi aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 , PPKHT 2004 dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) 1988 dan Kerja Pembantu Kesihatan Awam secara berpasukan 2(dua) orang PKA dan seorang PRA penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan & Kawalan Serangga Pembawa Penyakit DDBIA adalah sangat releven.

Corroboration is evidence 

Tending to confirm some fact of which other evidence is given. Obviously the more corroboration is present, the easier it is to prove a fact.

In Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] A.C. 729 Lord Simon stated: Corroboration is therefore nothing other than evidence which
"confirms" or "supports" or "strengthens" other evidence ...It is, in short, evidence which renders  ther evidence more probable Sometimes a conviction cannot be obtained without corroboration. In such cases it is often stated, perhaps misleadingly, that corroboration is required as a matter of law. We shall examine such cases first.


Meaning of Corroboration
  1. Corroborate means to attest the truth of something or  confirmation
2.       Evidence in support of / supporting evidence In the celebrated case of R V Baskerville (1916) 2 KB 658 on what amount to corroborative evidence, Lord Readding CJ said :

“ We hold that evidence in corroboration must be   independent testimony which affects the accused   by connecting or tending to connect him with the    crime. In other words, it must be evidence which   implicates him, that is, which confirms in some    material particular not only the evidence that the   crime has been committed, but also that the    prisoner committed it.”

Corroboration is evidence tending to confirm some fact of which other evidence is given. Obviously the more corroboration is present, the easier it is to prove a fact.
In Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] A.C. 729 Lord Simon stated: Corroboration is therefore nothing other than evidence which
"confirms" or "supports" or "strengthens" other evidence ...It is, in short, evidence which renders  ther evidence more probable
Sometimes a conviction cannot be obtained without corroboration. In such cases it is often stated, perhaps misleadingly, that corroboration is required as a matter of law. We shall examine such cases first

DALIP BHAGWAN SINGH v. PUBLIC PROSECUTOR FEDERAL COURT, KUALA LUMPUR EUSOFF CHIN CJ PEH SWEE CHIN FCJ WAN ADNAN FCJ
[CRIMINAL REFERENCE NO: 06-3-91]4 NOVEMBER 1997
EVIDENCE: Corroboration – Accomplice evidence – Whether mere act of trial judge warning himself sufficient to prevent conviction from being quashed – Whether trial judge must go on to say that case was proven beyond reasonable doubt – Whether appellate judge may reverse acquittal without dealing with reason given by trial judge on need for corroboration
Corroboration: adalah bermakna
ü  Menyokong cara untuk membuktikan kebenaran sesuatu atau pengesahan
ü  Keterangan support daripada / menyokong keterangan

Dalam kes yang di rujuk  R V Baskerville (1916) 2 KB 658 apa-apa yang terjumlah kepada apa-apa bukti yang nyata, Yang Arief  Readding CJ berkata:

We hold that evidence in corroboration must be   independent testimony which affects the accused by connecting or tending to connect him with the crime. In other words, it implicates him, that is, which confirms in some must be evidence which   material particular not only the evidence that the   crime has been committed, but also that the   prisoner committed it.”

Kami berpegang bahawa keterangan corroboration mestilah suatu Testimoni yang bebas yang mampu memberikan  kesan kepada tertuduh dengan menyambung atau cenderung untuk menyambung rantaian keterangan dia dengan yang jenayah atau suatu kesalahan yang di lakukan . Dalam erti kata lain, ia mestilah suatu keterangan yang implicateskeatas beliau, iaitu suatu keterangan yang mengesahkan di beberapa titik-titik penting khususnya bukan sahaja bukti-bukti yang di jenayah telah dilakukan, tetapi juga bahawa yang banduan komited degannya ia. " Lord Reading CJ in R V Baskerville

Keterangan (Undang-Undang Kes) Terbaik di Malaysia (real evidence)
  •   Sejauh mana pemakaian Peraturan Keterangan terbaik di Malaysia.

Bermula seawal tahun 1936. Dalam kes How Chien V PP [1936] 1 JLR 114.

Tertuduh diketepikan sabitan kerana memiliki 40 paket rokok yang di seludup. Keputusan dibuat kerana pendakwa gagal mengemukakan keterangan sebenar (real evidence) di Mahkamah. Sekiranya tidak praktikal pendakwa hendaklah mengemukakan sebahagian darinya, gambar atau keterangan lain yang membekalkan mahkamah ianya telah diperolehi secara wajar. Untuk menyokong keputusannya hakim telah merujuk kes di England The Princess Julia [1936] 155 1 Times Rpt.263 yang berbunyi

“ it is clear to everybody that if justice to be administered ,the greatest precautions must be taken to see that the best evidence available to be presented to court”

( adalah jelas pada semua orang, jika keadilan hendak dilakukan, langkah berjaga-jaga tertinggi hendak diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah).

Dalam kes Chai Ah Son v R [1954] MLJ 217

– adalah tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki
arak yang diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut :

(Whether or not an accused person has confessed it remains the duty of the prosecution to place all the material evidence before the Court with the proviso that they are not compelled to call witnesses whom they have good reason to think are not witnesses of truth or are likely to be hostile; and when such witnesses are not called they should usually be offered for cross-examination unless there is some good reason for not doing so.)

(Samada tertuduh membuat pengakuan salah atau tidak, ianya masih tugas pendakwa untuk memberi semua keterangan material kepada mahkamah dengan syarat pendakwa tidak dipaksa untuk memanggil saksi memberi keterangan yang dipercayai tidak benar atau menjadi tidak memihak. Jika saksi ini tidak dipanggil ianya hendaklah tawarkan untuk pemereksaan balas kecuali pendakwa ada alasan yang baik untuk tidak berbuat demikian]


Chow Siew Who v PP [1967] 1 MLJ 228 FC

– mahkamah persukutuan mengenepikan sabitan tertuduh atas kes bunuh kerana kegagalan pendakwa mengemukan keterangan terbaik iaitu kenyataan simati yang dirakam dan kenyataan pengistiharan kematian (dying declarations ) yang dibuat oleh simati kepada pegawai penyiasat.

Fakta kes :

Pada 7/5/66 jam 8.30 malam simati meninggalkan tempat kerjanya bersama dengan 3 rakan yang lain dan tiba-tiba telah ditikam oleh seorang lelaki berbaju merah yang terus meninggalkan tempat kejadian. Jeritan mangsa telah menarik perhatian majikannya Chong dan Phang. Chong telah melihat lelaki berbaju merah melarikan diri. Walau baimanapun tidak seorang pun dari mereka dapat mengecam indentiti lelaki berbaju merah. Simati juga tidak memberi sebarang indentiti penyerang apabila ditanya oleh Chong.

l   
l  Mangsa telah dimasukkan ke hospital dan pada keesokan harinye telah memberitahu kepada pakcik dan abangnya bahawa penyerang adalah tertuduh. PakCiknya mendakwa tidak mengenali tertuduh tetapi abangnya mengenali tertuduh. Walau bagaimanpun lapuran mengenai indentiti tertuduh hanya dirakam oleh pegawai penyiasat pada hari kesembilan selepas kejadian dan mangsa meninggal dunia pada hari ke sepuloh.

Semasa pembicaraan kenyataan mangsa yang dirakam oleh pengawai penyiasat tidak dikemukakan sebagai keterangan dan hanya dikemukakan adalah keterangan dari Pak Cik, abangnya, Chong ,Phang dan 3 rakan simati. Tertuduh menafikan ada menyerang simati, dia mengaku ada berjumpa simati jam 8 malam dan selepas itu telah pergi ke hospital untuk rawatan sakit perut. Mahkamah persukutuan memutuskan

“pengeluaran kenyataan simati adalah keterangan terbaik, tetapi tidak dikemukakan dan tidak ada dalam rekod menunjukkan sebab ianya tidak dikemukakan. Oleh kerana kenyataan ini tidak dikemukakan maka keterangan saksi lain adalah kedua terbaik. Oleh itu keterangan mereka adalah terdedah kepada percanggahan (contradiction ) dengan keterangan simati”
l 

PP V Lim Kuan Hock [1967] 2 MLJ 114

– tertuduh dibuang kes diketepikan kerana gagal mengemukakan keterangan terbaik .

Fakta kes .

Tuduhan telah dibuat kerana melakukan rompak besenjata dengan Kong Chye dan 2 yang lain. Keterangan kawad cam telah diterima oleh hakim mahkamah sesyen yang mengendalikan kes ini bahawa tertuduh yang terlibat semasa rompakan. Walau bagaimanapun semasa pembicaraan tertuduh telah mengemukakan keterangan alibi dan mengemukakan seorang saksi bahawa semasa kejadian beliau sepenoh masa bersama saksi tersebut .President mahkamah seysen telah menerima keterangan tersebut dan membuang kes terhadap tertuduh. Rayuan kemudian dibuat.

Diputuskan tertuduh gagal memberi keterangan terbaik (best evidence) alibi . Keterangan terbaik alibi tidak diuji. Kegagalan memanggil Kong Chye untuk ditimbang kebolehpercayaan keterangan alibi tersebut , tertuduh seharusnya disabitkan dengan kesalahan.

( rakan yang melakukan jenayah bersama tertuduh iaitu Kong Chye tidak dipanggil untuk mengesahkan penyataan alibi yang dibuat dan keterangan terbaik tidak diberikan)

Wong Choon Mei & Anor V Dr. Kuldeep Singh [1985] 2 MLJ 373.

Fakta kes.

Wong telah diserang dan dimasukkan ke wad kecemasan hospital besar Kuala Lumpur dan rawat oleh repondant pertama iaitu pegawai perubatan Dr. Kuldeep. Semasa pemereksaan denyutan jantung diambil sebagai 84 dengupan seminit dan mengarahkan 4 gambar x-ray diambil pada siku kanan dan dada. Doktor mengesan terdapat keretakan tulang pada siku dan tidak ada keretakan pada tulang rusuk atau kehadiran cecair (fluid) dalam dada atau abdomen. Ubat penahan sakit diberi, pesakit diarah pulang dan datang dengan segera sekiranya terdapat rasa pening atau muntah atau mengalami sakit perut.

Malangnya selepas 15 jam kemudian Wong telah mati. Sebab kematian adalah kejutan (shock) oleh kerana pendarahan teruk kerosakan limpa akibat keretakan kiri tulang rusuk ke 8 -10 . (pemereksaan doctor sebelum ini tidak ada keretakan pada tulang rusuk).

Perayu telah menuntut ganti rugi atas kecuaian respondent pertama Res Ipsa Loquitor – the things speaks by it self. Respondant menafikan kematian Wong disebabkan kerosakan limpa akibat keretakan tulang rusuk.

Semasa pembicaraan 4 gambar x-ray tidak dikemukakan sebagai keterangan dengan alasan ianya telah hilang dari pejabat rekod hospital. Dalam keterangan lisan doctor tidak mengesan sebarang cecair di dalam dada atau abdomen.

Juru x-ray yang juga pernah melihat 2 dari gambar x-ray sebelum itu juga dibenarkan memberi keterangan dan menyatakan dia tidak melihat sebarang kesan keretakan dan cecair di dalam badan.

Hakim yang mengendalikan kes telah menerima keterangan tersebut .

Rayuan kemudian dibuat kepada Mahkamah Agong. Rayuan telah diterima dan keputusan majority dua hakim.

Pengeluaran 4 gambar x-ray adalah “best evidence”(keterangan terbaik) untuk menentukan samada terdapat keretakan pada tulang rusuk yang menyebabkan kerosakan pada limpa. Keterangan respondent tidak mengemukakan gambar tersebut adalah keterangan secondary. Keterangan secondary tersebut adalah :
i. Kenyataan respondent gambar x-ray telah hilang dari pejabat rekod.
ii. Keterangan juru x-ray yang melihat tiada keretakan pada tulang rusuk kiri dua minggu kemudian.

Samada kedua-dua keterangan secondary ini di terima dengan betul mahkamah telah melihat dari kontek seksen 61- 65.

Kes Ameeronissa Khatoon V Abedoonissa Khatoon [1874- 75] 2 India Appeal 87 telah disebut oleh hakim.

“Untuk keterangan secondary diterima asas yang mencukupi hendaklah diterima iaitu kenapa dokumen asal tidak kemukakan hendaklah di ambil kira secukupnya”.

Merujuk kepada kes ini kegagalan untuk mengemukan 4 gambar x-ray mestilah dijelaskan secukupnya seperti syarat seksen 65(1)(c).Contohnya dengan memanggil pegawai rekod x-ray. Jika pegawai ini tidak boleh hadir, ketidakhadirannya mestilah dijelaskan secukupnya.

Membenarkan keterangan dengar cakap (hearsay) oleh respondent adalah tidak dingini.

Mahkamah seterusnya merujuk kepada Vincent V Cole 173 ER 115 di mana Lord Tenterdem menyatakan

“ Saya bertindak cukup tegas pada peraturan ini : Apa yang ditulis hanya boleh dibukti oleh apa yang tertulis itu. Pengalaman telah mengajar saya, adalah sangat merbahaya untuk mempercayai keterangan saksi walaupun sejujur mana saksi tersebut dalam kontek benda bertulis (dokumen) kerana ianya mudah tersilap. Saya fikir tujuan keadilan adalah menguatkuasa peraturan ini dengan ketat. (maksud disini keterangan saksi mengenai dokumen sangat mudah tersilap kecuali dokumen itu sendiri dikemukakan sebagai keterangan ).

Mahkamah Agong menyatakan kecuali seksen seksen 65 (1)(c) dipatuhi dengan ketat maka barulah keterangan secondary boleh diterima , jika tidak ia membuka pintu belakang untuk “ cover –up”(melindungi) dan menyebabkan ketidak adilan. Dalam kes ini keterangan respondat dan juru x-ray tidak diterima.

Nampaknya dari 3 kes Malaysia di atas , mahkamah tidak memberi komen tentang pengaruh prinsip Peraturan Terbaik yang semakin menurun seperti di England. Cuma hakim George Seah membuat satu kenyataan yang mempunyai merit :
Nampaknya, kecuali dalam kes keterangan dokumen, ada banyak perkara boleh katakan untuk diambil ringan (relax) pada pemakaian peraturan keterangan terbaik.
( except in the case of documentary evidence, in other cases there is much to say for relaxing the application of the best evidence rule) .

Peraturan keterangan terbaik masih terpakai pada keterangan dokumen. Cross on Evidence berkata

“Peraturan yang masih tinggal adalah dokumen asal perlu dikemukakan untuk membukti kandungannya dan kegagalannya mestilah dijelaskan. Seksen 64 dan 91 adalah di dasarkan pada Peraturan Terbaik Keterangan dan pada keterangan dokumen ianya mestilah digunakan dengan ketat (lihat seksen 61- 63 ).

Setelah meneliti semua kes-kes dan beberapa peruntukan dibawah Akta keterangan khususnya di bawah Seksyen 59 dan 60 maka pihak Pegawai Pendakwa hendaklah sentiasa berhati-hati dan serius dalam menyediakan semua kes-kes beliau yang akan di bawa ke Mahkamah. Kesimpulan nya “Adalah jelas dalam isu Corroboration Evidence dapat menjawa isu kenapa Pegawai Berkuasa seharusnya menjalankan kerja berpasangan (berpasukan) dalam semua aktiviti penguatkuasaan kecuali dalam kerja-kerja yang berbentuk servilance (Pemantauan)  Di samping itu juga kerja berpasangan atau berpasukan ini dapat membantu Pegawai Berkuasa dalam mencegah segala tohmahan masyarakat dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan kuasa, Rasuah dan lain-lain aktiviti yang tidak bermoral.